Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

“Boleh Tolong Ambil Gambar Kami?”

“Boleh Tolong Ambil Gambar Kami?”

“Boleh Tolong Ambil Gambar Kami?”

Pada hari kedua selepas konvensyen distrik di Mexico, Josué, seorang anggota Bethel, telah melawat kota Querétaro. Pasangan yang bernama Javier dan Maru dari Columbia memintanya untuk mengambil gambar mereka. Oleh sebab Josué dan kawan-kawannya berpakaian kemas dan memakai lencana konvensyen, pasangan tersebut bertanya jika mereka telah menghadiri sebuah upacara penyampaian ijazah atau upacara lain yang istimewa. Josué menjawab bahawa mereka sedang menghadiri konvensyen Saksi-Saksi Yehuwa dan menjemput pasangan tersebut untuk menghadirinya pada hari Ahad.

Pasangan itu berasa kekok untuk menghadiri konvensyen kerana mereka tidak mempunyai pakaian yang sesuai. Namun, Josué masih memberi mereka namanya dan nombor telefon pejabat cawangan Mexico.

Empat bulan kemudian Javier menghubungi Josué. Dia dan isterinya telah menghadiri konvensyen itu, dan sekarang mereka tinggal di Bandar Raya Mexico dan ingin Saksi-Saksi Yehuwa mengunjungi mereka. Tidak lama kemudian sebuah pembelajaran Bible dimulakan dengan Javier dan Maru, dan mereka mula menghadiri perjumpaan. Sepuluh bulan kemudian, mereka menjadi penyiar belum dibaptis. Walaupun pasangan tersebut terpaksa berpindah ke Toronto, Kanada, mereka terus membuat kemajuan rohani dan telah dibaptiskan.

Kemudian Josué menerima sepucuk surat dari Javier yang menerangkan sebabnya dia memeluk kebenaran. “Sebelum menghadiri konvensyen, saya dan isteri saya berbincang bahawa kami memerlukan bimbingan rohani. Apabila kami melihat betapa kemasnya pakaian kamu, kami berfikir bahawa kamu telah menghadiri suatu perjumpaan yang sangat istimewa. Apabila kami pergi ke konvensyen, kami terharu kerana orang di situ melayan kami dengan baik. Mereka menunjukkan tempat duduk dan membantu kami melihat ayat-ayat Bible walaupun kami berpakaian seperti pelancong. Kelakuan hadirin di situ baik sekali.”

Betapa benarnya kata-kata Raja Salomo yang bijak, “Taburlah benih pada waktu pagi dan waktu petang juga, kerana kamu tidak tahu sama ada semuanya akan tumbuh, ataupun yang mana satu akan tumbuh dengan lebih subur.” (Pkh. 11:6, ABB) Bolehkah ada menabur benih dengan memberitahu orang tentang konvensyen atau ceramah umum yang akan diadakan? Yehuwa boleh menggunakan anda untuk menarik minat orang seperti Javier dan Maru yang mendahagakan bimbingan rohani.​—Yes. 55:1.

[Gambar pada muka surat 32]

Dari kiri ke kanan: Alejandro Voeguelin, Maru Pineda, Alejandro Pineda, Javier Pineda, dan Josué Ramírez di pejabat cawangan Mexico