Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kebaikan Hati Mengubah Sikap Dingin

Kebaikan Hati Mengubah Sikap Dingin

Kebaikan Hati Mengubah Sikap Dingin

DI BELANDA, George dan Manon berkongsi berita baik dengan seorang wanita lanjut usia yang bernama Rie. Mula-mula wanita itu bersikap dingin. Mereka mendapat tahu bahawa dua suaminya dan anak lelakinya telah meninggal, dan wanita itu pula menghidap penyakit artritis yang teruk. Dia akhirnya bertenang, tetapi masih tidak bersikap mesra.

George mencadangkan agar mereka kembali dan memberikan sejambak bunga kepada Rie kerana dia kelihatan sepi dan pilu. Rie sangat terkejut dan gembira, tetapi dia tidak senang pada masa itu. Jadi mereka membuat janji temu untuk kembali pada kemudian hari. Apabila mereka kembali, tiada orang yang berada di rumah. Mereka mencuba lagi pada hari-hari yang lain, tetapi mereka masih tidak menjumpainya. Mereka mula berfikir bahawa Rie mencuba mengelak mereka.

Pada suatu hari, George dapat berjumpa dengan Rie di rumahnya. Rie meminta maaf kerana tidak menepati janjinya dan memberitahu George bahawa dia berada di hospital pada masa itu. “Sebaik sahaja kamu berdua beredar, saya mula membaca Bible,” katanya. Mereka menikmati perbincangan yang menarik dan sebuah pembelajaran Bible dimulakan.

Seraya Rie belajar Bible, dia berubah menjadi gembira dan baik hati. Walaupun dia tidak dapat keluar dari rumah, dia mula berkongsi imannya dengan sesiapa yang melawatnya. Kesihatannya tidak membenarkannya untuk hadir ke perjumpaan secara tetap, tetapi dia sangat gembira apabila saudara saudari datang melawatnya. Semasa Rie berumur 82 tahun, dia dibaptis di sebuah perhimpunan litar.

Beberapa bulan kemudian, saudari ini meninggal. Dalam sebuah puisi yang ditulisnya, dia menceritakan kepahitan perasaan sunyi pada usia tua dan kepentingan menunjukkan kebaikan hati. “Puisi itu sangat menyentuh hati saya,” kata Manon, “saya sangat bersyukur kerana Yehuwa membantu kami untuk memperlihatkan kebaikan hati kepadanya.”

Ya, teladan Yehuwa menggerakkan kita untuk menunjukkan kasih dan kebaikan hati. (Ef. 5:1, 2) Jika kita baik hati, kita akan meraih hasil yang baik dalam aktiviti penyebaran.​—2 Kor. 6:4, 6, 7.