Hendaklah Kamu Saling Mengampuni
“Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni.”—KOL. 3:13.
1, 2. Mengapakah anda patut bertanya sama ada anda rela mengampuni orang lain?
FIRMAN YEHUWA membantu kita untuk mengetahui pandangan Tuhan tentang dosa, kerelaan-Nya untuk mengampuni, dan reaksi-Nya terhadap kita apabila kita berdosa. Dalam rencana lepas, kita belajar mengapa Yehuwa memaafkan Daud dan Manasye. Mereka menyesali perbuatan sendiri, mengakui kesalahan, dan bertekad untuk tidak mengulangi dosa yang sama. Mereka benar-benar bertaubat, jadi Tuhan memperkenankan mereka.
2 Mari kita lihat pengampunan dari sudut yang berbeza. Apakah perasaan anda andai kata salah seorang saudara anda menjadi mangsa kekejaman Manasye? Dapatkah anda memaafkan Manasye? Soalan ini penting kerana orang dalam dunia hari ini tidak bermoral, ganas, dan mementingkan diri. Jadi, mengapakah seorang Kristian harus sudi mengampuni? Dan jika anda dilayan dengan buruk, apakah yang dapat membantu anda mengawal emosi? Bagaimanakah anda dapat mencerminkan sikap Yehuwa yang rela mengampuni?
SEBAB KITA HARUS MENGAMPUNI
3-5. (a) Bagaimanakah Yesus menjelaskan pentingnya sikap rela mengampuni? (b) Apakah yang dapat kita pelajari daripada perumpamaan Yesus di Matius 18:21-35?
3 Jika kita mahu mempunyai hubungan yang damai dengan ahli keluarga, kawan, orang lain, dan Yehuwa, kita mesti rela mengampuni semua orang, termasuk orang yang tidak seiman. Bible menunjukkan bahawa kita wajib memaafkan orang yang menyinggung perasaan kita. Untuk membantu kita memahami mengapa tuntutan ini munasabah, mari kita lihat perumpamaan Yesus tentang seorang pegawai dan seorang raja.
4 Pegawai ini berhutang keliling pinggang. Jika hendak Mat. 18:21-34, ABB.
dibayar balik, dia perlu bekerja selama 60,000,000 hari. Namun, raja itu membatalkan semua hutang pegawai tersebut. Kemudian, pegawai itu pergi mencari orang yang berhutang padanya wang yang nilainya sama dengan gaji 100 hari sahaja. Orang itu merayu, “Bersabarlah, aku akan melunaskan hutangku!” Tetapi pegawai itu memberikan perintah supaya dia dipenjarakan. Apabila hal ini sampai ke telinga raja, raja berkata kepada pegawai itu, “Sepatutnya kamu mengasihani rakanmu, sebagaimana beta sudah mengasihani kamu.” Raja sangat murka lalu memenjarakan pegawai yang jahat itu sehingga semua hutangnya dilunaskan.—5 Apakah pengajaran yang hendak disampaikan oleh Yesus? Dia berkata, ‘Demikianlah Bapaku yang di syurga akan memperlakukan setiap orang daripada kamu, jika kamu tidak mengampuni saudaramu dengan ikhlas.’ (Mat. 18:35) Memandangkan kita tidak sempurna dan sering melakukan dosa, kita tidak mungkin dapat memenuhi syarat Yehuwa dengan sempurna. Namun, Yehuwa rela memaafkan kita, dan memadamkan dosa kita. Jadi, jika kita mahu menjadi sahabat Yehuwa, kita wajib memaafkan kesilapan orang lain. Dalam Khutbah Di Atas Bukit, Yesus berkata, “Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadap kamu, Bapa kamu yang di syurga pun akan mengampunkan kesalahan kamu. Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang lain, Bapa kamu yang di syurga tidak akan mengampunkan kesalahan kamu juga.”—Mat. 6:14, 15, ABB.
6. Mengapakah ada masanya kita rasa susah untuk mengampuni orang?
6 Tetapi anda mungkin berkata, “Cakap memang senang, tetapi nak membuatnya yang payah!” Hal ini kerana semasa kita tersinggung, perasaan kita terlibat. Kita mungkin berasa marah, dikhianati, dan mahu menuntut keadilan atau membalas dendam. Kita mungkin sangat sakit hati sehingga berasa bahawa kita tidak dapat
memaafkan orang itu. Jika anda mempunyai perasaan sebegini, apakah yang dapat membantu anda mencerminkan sikap rela mengampuni seperti Yehuwa?FAHAMILAH PERASAAN SENDIRI
7, 8. Apakah yang dapat membantu anda bersikap rela mengampuni walaupun perasaan anda tergores?
7 Semasa kita marah, emosi yang menyelubungi kita sangat kuat. Seorang pemuda yang sangat marah menggambarkan perasaannya, “Saya meninggalkan rumah dan bersumpah tidak akan pulang. Hari itu, matahari musim panas terang bersinar, dan denai yang saya lalui indah nian. Suasana yang indah dan tenteram menyejukkan jiwa saya. Selepas beberapa jam, saya pulang dengan hati yang begitu insaf dan kesal.” Pengalaman ini menunjukkan bahawa masa diperlukan agar kita dapat bertenang dan berfikiran waras. Hal ini membantu kita supaya tidak bertindak secara melulu dan menyesal pada kemudian hari.—Mzm. 4:5; Ams. 14:29; Yak. 1:19, 20.
8 Tetapi bagaimana pula jika rasa marah anda terhadap seseorang tidak hilang-hilang? Cuba tentukan mengapa anda berasa begitu. Adakah apa yang berlaku tidak adil? Adakah orang itu tidak sopan? Atau adakah anda berasa bahawa orang itu sengaja mahu menyakiti anda? Adakah perbuatannya seteruk yang disangka? Jika anda mengambil masa untuk memahami perasaan sendiri, anda dapat tahu prinsip Bible mana yang patut diterapkan. (Baca Amsal 15:28; 17:27.) Semasa anda mengambil kira fakta dan bukannya perasaan sendiri sahaja, anda akan dibantu untuk memaafkan orang lain. Walaupun hal ini tidak senang, Bible dapat membantu anda untuk meneliti “fikiran dan niat hati” sendiri. Dengan demikian, anda dapat meniru pengampunan Yehuwa.—Ibr. 4:12.
PATUTKAH ANDA TERSINGGUNG?
9, 10. (a) Apakah mungkin reaksi anda jika anda tersinggung? (b) Apakah kebaikan yang boleh diraih jika anda tidak cepat tersinggung dan rela mengampuni orang?
9 Terdapat banyak situasi dalam hidup kita yang boleh membuat kita marah. Sebagai contoh, apakah reaksi anda jika pemandu lain hampir melanggar kereta anda? Ada orang yang begitu marah sehingga sanggup turun dari kereta lalu menyerang pemandu lain. Tetapi sebagai seorang Kristian, anda tentu tidak mahu bertindak sedemikian.
10 Adalah lebih baik jika kita dapat berfikir sejenak sebelum bertindak. Mungkinkah anda juga bersalah kerana sendiri tidak menumpukan perhatian? Atau mungkinkah kereta orang itu ada masalah? Jika kita cuba memahami mengapa sesuatu berlaku, bersikap positif, dan rela mengampuni, kita tidak akan berasa begitu marah atau kecewa. Pengkhutbah 7:9 (ABB) menyatakan, “Jangan lekas marah; hanya orang bodoh menyimpan dendam.” Jadi, janganlah terlalu mengambil hati apabila orang lain menyinggung perasaan kita. Sering kali, apa yang berlaku tidak disengajakan. Hal yang berlaku mungkin disebabkan oleh ketidaksempurnaan atau salah faham. Janganlah terlalu ambil hati semasa orang lain nampaknya tidak bertimbang rasa dalam pertuturan dan perbuatan mereka. Andai kata anda rela memperlihatkan kasih dan mengampuni orang, anda akan berasa lebih gembira.—Baca 1 Petrus 4:8.
“AMBILLAH KEMBALI SALAM KESEJAHTERAAN KAMU”
11. Apakah seharusnya reaksi kita terhadap orang yang bersikap biadab semasa menginjil?
11 Semasa menginjil, bagaimanakah anda dapat mengawal diri jika penghuni rumah bersikap biadab? Semasa Yesus mengutus 70 orang muridnya untuk menginjil, dia menyuruh mereka untuk memberi salam Luk. 10:1, nota kaki) “Jika orang yang tinggal di dalamnya sukakan damai, biarlah salam kesejahteraan kamu itu tinggal dengan dia. Jika tidak, ambillah kembali salam kesejahteraan kamu itu.” (Luk. 10:5, 6, Berita Baik Untuk Manusia Moden) Kita berasa gembira jika orang menyambut baik mesej kita. Tetapi ada kalanya, orang mungkin tidak bersikap damai. Jadi apakah yang patut kita lakukan? Yesus berkata bahawa kita patut ‘mengambil kembali salam kesejahteraan kita.’ Semasa beredar dari setiap pintu, kita seharusnya memiliki hati yang tenang. Jika kita terpancing untuk menjadi marah terhadap penghuni rumah yang tidak sopan, kita tidak akan memiliki kesejahteraan.
sejahtera kepada setiap orang. (12. Bagaimanakah kita boleh menerapkan nasihat Paulus di Efesus 4:31, 32?
12 Kita harus bersikap damai dalam setiap aspek kehidupan dan bukan semasa menginjil sahaja. Sikap sudi mengampuni orang lain tidak bermaksud kita perlu menutup sebelah mata terhadap kesalahan mereka atau berpura-pura bahawa tiada masalah yang terjadi. Mengampuni bermaksud kita terus bersikap damai dan tidak menaruh dendam. Kalau fikiran negatif terus bermain di minda kita, kita tidak dapat hidup damai. Jadi jangan izinkan fikiran sedemikian mengawal anda. Ingatlah bahawa jika anda menaruh dendam, anda tidak boleh hidup bahagia. Oleh itu, pupuklah sikap rela mengampuni!—Baca Efesus 4:31, 32.
BERTINDAK DALAM CARA YANG MENYENANGKAN HATI YEHUWA
13. (a) Bagaimanakah seorang Kristian harus melayani musuhnya? (b) Apakah yang mungkin berlaku jika kita bersikap lembut?
13 Anda boleh membantu orang yang telah melukakan hati anda untuk menghargai prinsip Bible. Rasul Paulus menulis, “‘Jika musuhmu lapar, berilah dia makan; jika dia dahaga, berilah dia minuman. Kerana dengan berbuat demikian, kamu akan membuat dia malu [“kamu akan melonggokkan bara api ke atas kepalanya,” NW].’ Janganlah biarkan diri kamu dikalahkan oleh kejahatan, tetapi kalahkanlah kejahatan dengan kebaikan.” (Rm. 12:20, 21, ABB) Jika anda terus bersikap baik walaupun orang lain cuba membuat anda marah, anda mungkin dapat melembutkan hatinya dan mendorongnya agar bersikap baik juga. Dia mungkin terdorong untuk menerima kebenaran kerana anda cuba menyelami perasaannya dan berbelas kasihan. Sikap lembut anda akan memberi orang itu peluang untuk memikirkan sebabnya anda berkelakuan baik.—1 Ptr. 2:12; 3:16.
14. Mengapakah anda tidak patut menaruh dendam terhadap orang yang telah melayan anda dengan buruk?
14 Kita tidak boleh bergaul dengan sesetengah orang disebabkan keadaan tertentu. Hal ini merangkumi orang yang disingkirkan dari sidang kerana telah berdosa dan enggan bertaubat. Jika orang sebegini telah menyakiti anda, anda mungkin berasa sangat susah untuk mengampuninya meskipun dia telah bertaubat. Memang, masa diperlukan untuk menghilangkan parut di hati. Namun anda boleh berdoa kepada Yehuwa untuk membantu anda memupuk sikap rela mengampuni. Lagipun, anda tidak mengetahui isi hatinya. Tetapi Yehuwa mengetahui perasaan terpendam dalam hati setiap orang dan bersabar terhadap pendosa. (Mzm. 7:10; Ams. 17:3) Itulah sebabnya Bible menyatakan, ‘Jika seseorang berbuat jahat terhadap kamu, janganlah balas dia dengan kejahatan. Berusahalah untuk melakukan apa yang dianggap baik oleh semua orang. Dengan sedaya upaya, berusahalah untuk hidup damai dengan semua orang. Saudara-saudaraku! Jangan sekali-kali balas dendam; biarlah Tuhan yang membalas dendam. Di dalam Alkitab tertulis, “Aku akan membalas kejahatan mereka. Aku akan menghukum mereka, firman Tuhan.”’ (Rm. 12:17-19, ABB) Adakah anda berhak untuk menghakimi orang lain? Tidak. (Mat. 7:1, 2) Tetapi yakinlah bahawa Yehuwa ialah Hakim yang adil benar!
15. Apakah yang dapat membantu kita supaya tidak terus berasa marah terhadap seseorang?
15 Adakah anda mangsa ketidakadilan dan berasa susah untuk memaafkan orang yang sudah bertaubat daripada kesalahannya? Ingatlah, orang yang menyinggung anda juga merupakan mangsa ketidaksempurnaan. (Rm. 3:23) Yehuwa berbelas kasihan terhadap segenap umat manusia yang tidak sempurna. Jadi, berdoalah bagi orang yang menyakiti anda. Jika kita berdoa bagi seseorang, kita tidak akan terus berasa marah dengannya. Kita juga tidak patut menaruh dendam kerana Yesus berkata, “Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu.”—Mat. 5:44.
16, 17. Apakah sepatutnya perasaan anda jika para penatua mendapati bahawa seorang pendosa sudah bertaubat, dan mengapa?
16 Para penatua diberikan tanggungjawab untuk menangani salah laku dalam sidang Kristian. Saudara-saudara ini tidak memiliki semua pengetahuan seperti Tuhan. Tetapi mereka berusaha untuk membuat keputusan yang selaras dengan garis panduan Bible dan dibimbing oleh daya aktif-Nya. Oleh itu, keputusan yang dibuat selepas berdoa kepada Yehuwa akan mencerminkan pandangan-Nya.—Mat. 18:18.
17 Jika para penatua mendapati bahawa seorang pendosa sudah bertaubat, adakah anda akan memaafkan dan memperlihatkan kasih terhadapnya? Dalam situasi sebegini, kita harus setia kepada Tuhan. (2 Kor. 2:5-8) Hal ini sememangnya tidak senang jika orang itu telah menyakiti anda atau ahli keluarga anda. Tetapi percayalah pada Yehuwa dan cara Dia menangani situasi itu. Dengan demikian, anda akan bertindak dengan bijak dan sudi mengampuni orang lain.—Ams. 3:5, 6.
18. Apakah manfaatnya jika anda sudi mengampuni orang?
18 Jika kita enggan mengampuni orang, kita akan berasa tertekan dan kesihatan kita akan merosot. Hubungan kita dengan orang lain juga akan terjejas. Sebaliknya, jika kita sudi mengampuni, kita akan lebih sihat kerana tidak berasa marah dan sedih. Hubungan kita dengan orang lain juga akan bertambah baik. Lebih penting lagi, kita akan menikmati hubungan yang baik dengan Yehuwa, Bapa kita yang di syurga.—Baca Kolose 3:12-14.