Adakah Anda Menghargai Warisan Rohani Kita?
‘Tuhan memilih suatu kelompok di kalangan mereka untuk menjadi umat-Nya.’—KIS. 15:14.
1, 2. (a) Apakah itu “Rumah Daud,” dan bagaimanakah rumah itu akan dipulihkan? (b) Siapakah hamba Yehuwa hari ini?
SEMASA perjumpaan badan pimpinan di Yerusalem pada tahun 49 M, Yakobus berkata, ‘Simon [Petrus] baru sahaja menerangkan bagaimana Tuhan pada mulanya menunjukkan kasih-Nya kepada orang bukan Yahudi dengan memilih suatu kelompok di kalangan mereka untuk menjadi umat-Nya. Hal ini sesuai dengan nubuat nabi-nabi kerana di dalam Alkitab tertulis, “Setelah itu Aku akan kembali, firman Tuhan, Aku akan membina semula rumah Daud yang sudah roboh, dan memperbaiki runtuhannya. Aku akan menegakkannya semula, supaya semua orang yang lain akan mencari Aku, semua bangsa lain yang bukan Yahudi sudah Aku panggil untuk menjadi umat-Ku. Demikianlah firman Tuhan yang telah menyatakan hal ini sejak dahulu.”’—Kis. 15:13-18, ABB.
2 “Rumah Daud” merujuk kepada raja-raja daripada keturunan Daud. Rumah itu “runtuh” apabila raja terakhir Yehuda, iaitu Zedekia, digulingkan. (Am. 9:11) Tetapi, rumah itu akan dipulihkan semula apabila keturunan Daud, iaitu Yesus, menjadi Raja yang kekal. (Yeh. 21:27; Kis. 2:29-36) Yakobus menunjukkan bahawa nubuat Amos ini digenapi semasa pewaris-pewaris Kerajaan Tuhan dikumpulkan dari orang Yahudi serta orang bukan Yahudi. Hari ini hamba Yehuwa terdiri daripada saki-baki kaum terurap dan jutaan “domba-domba lain” yang sedang menyebarkan kebenaran Bible.—Yoh. 10:16.
UMAT YEHUWA MENGHADAPI CABARAN
3, 4. Bagaimanakah umat Yehuwa mengekalkan kerohanian mereka semasa di Babilon?
3 Keruntuhan “rumah Daud” jelas dilihat apabila orang Yahudi hidup dalam pembuangan di Babilon. 1 Yoh. 5:19) Warisan rohani membantu umat Yehuwa untuk kekal setia.
Memandangkan ajaran agama palsu berleluasa di Babilonia, bagaimanakah umat Yehuwa dapat mengekalkan kerohanian sepanjang 70 tahun dalam pembuangan? Sama seperti cara kita kekal setia dalam sistem dunia Syaitan ini. (4 Firman Tuhan adalah sebahagian daripada warisan rohani kita. Orang Yahudi di Babilon tidak mempunyai Kitab Suci yang lengkap. Namun, mereka mempunyai pengetahuan tentang Hukum Musa, termasuklah Sepuluh Hukum. Mereka mengetahui “lagu tentang Sion,” mengingati banyak amsal, dan pengalaman hamba setia yang lain. Ya, mereka meratap apabila terkenang akan Sion, dan mereka tidak melupakan Yehuwa. (Baca Mazmur 137:1-6.) Oleh sebab itu, kerohanian mereka tidak terjejas walaupun mereka dikelilingi ajaran palsu dan amalan Babilon.
TRITUNGGAL BUKANLAH AJARAN BARU
5. Apakah bukti yang menunjukkan tritunggal didapati di Babilon dan Mesir kuno?
5 Tritunggal merupakan ajaran yang lazim di Babilon kuno. Salah satu terdiri daripada Sin (dewa bulan), Shamash (dewa matahari), dan Ishtar (dewi kesuburan dan perang). Pada zaman Mesir kuno, dewa dipercayai mengahwini dewi dan melahirkan seorang anak lelaki, “yang membentuk ikatan tritunggal, atau tiga dewa. Dalam ikatan ini, bapa tidak selalu menjadi ketua. Ada kalanya, dia hanya memainkan peranan suami, manakala dewi akan menjadi pujaan ramai.” (New Larousse Encyclopedia of Mythology) Salah satu tritunggal ini terdiri daripada dewa Osiris, dewi Isis, dan anak mereka Horus.
6. Apakah itu Tritunggal? Mengapakah kita tidak mempercayai ajaran ini?
6 Hari ini, banyak agama yang bergelar Kristian juga mengajar tentang Tritunggal. Pihak gereja mengajar bahawa Bapa, Anak, dan Roh Kudus ialah satu Tuhan. Tetapi, ajaran ini menafikan kedaulatan Yehuwa, seolah-olah Dia tidak berkuasa kerana Dia hanyalah sebahagian daripada Tuhan. Umat Yehuwa dilindungi daripada ajaran palsu sebegini kerana mereka setuju dengan kata-kata Bible, ‘Ingatlah, hai Israel! Yehuwa—dan Yehuwa satu-satunya—ialah Tuhan kita.’ (Ul. 6:4, ABB) Memandangkan Yesus memetik ayat itu, adakah orang Kristian sejati memiliki pendapat yang berbeza?—Mrk. 12:29, nota kaki.
7. Mengapakah mustahil bagi seseorang yang mempercayai Tritunggal untuk dibaptiskan?
7 Doktrin Tritunggal bercanggahan dengan arahan Yesus kepada pengikutnya, iaitu, ‘Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikutku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh [daya aktif] Tuhan.’ (Mat. 28:19, ABB) Jika seseorang ingin dibaptis dan menjadi Saksi-Saksi Yehuwa, dia mesti mengakui bahawa Bapa, iaitu Yehuwa sebagai Tuhan Yang Maha Tinggi. Dia juga mengakui Yesus sebagai Anak Tuhan yang mempunyai kedudukan lebih rendah daripada Bapanya. Calon pembaptisan itu haruslah mempercayai bahawa Roh Tuhan, atau daya aktif, bukan sebahagian daripada Tritunggal. (Kej. 1:2, nota kaki) Seseorang yang masih percaya pada ajaran Tritunggal tidak boleh melambangkan pembaktian kepada Yehuwa melalui pembaptisan. Ya, warisan rohani kita telah melindungi kita daripada mempercayai ajaran palsu ini!
SPIRITISME MENUNJUKKAN BELANGNYA
8. Apakah yang dipercayai oleh orang Babilon tentang dewa dewi dan roh-roh jahat?
8 Agama orang Babilon dilimpahi dengan ajaran palsu mengenai dewa dewi, roh-roh jahat, dan spiritisme. Sebuah buku
rujukan menyatakan bahawa orang Babilon percaya roh-roh jahat boleh membawa penyakit kepada orang. Maka orang Babilon akan memohon dewa dewi mereka untuk melindungi mereka daripada roh-roh jahat.—The International Standard Bible Encyclopaedia.9. (a) Semasa dalam buangan, bagaimanakah kebanyakan orang Yahudi mempelajari ajaran palsu? (b) Bagaimanakah kita dilindungi daripada melibatkan diri dengan roh-roh jahat?
9 Semasa dalam buangan di Babilon, ramai orang Yahudi terdedah kepada ajaran palsu. Kemudian apabila ajaran Yunani tersebar, kebanyakan orang Yahudi mempercayai bahawa roh-roh jahat boleh membantu manusia. Tetapi, kepercayaan ini berbahaya dan tidak benar. Warisan rohani melindungi kita daripada melibatkan diri dengan roh-roh jahat kerana kita tahu bahawa Tuhan membenci amalan spiritisme orang Babilon. (Yes. 47:1, 12-15) Kita turut dibimbing oleh pandangan Tuhan terhadap spiritisme.—Baca Ulangan 18:10-12; Wahyu 21:8.
10. Apakah latar belakang kepercayaan dan amalan Babilon Besar?
10 Spiritisme bukan sahaja diamalkan oleh orang Babilon kuno, tetapi juga diamalkan oleh penyokong Babilon Besar hari ini. Babilon Besar merujuk kepada semua agama palsu di dunia. (Why. 18:21-24) Menurut sebuah kamus, “Babilon [Besar] merangkumi lebih daripada satu empayar atau budaya. Babilon [Besar] juga tidak terhad kepada satu lokasi atau zaman, tetapi melibatkan penyembahan berhala yang berleluasa.” (The Interpreter’s Dictionary of the Bible) Babilon Besar yang sarat dengan amalan spiritisme, penyembahan berhala, dan dosa lain hanya menunggu waktu untuk dimusnahkan.—Baca Wahyu 18:1-5.
11. Apakah amaran yang telah diterbitkan mengenai spiritisme?
11 Yehuwa menegaskan, “Jangan lakukan ilmu sihir apa pun.” (Im. 19:26) Pada abad ke-19, ramai orang mengamalkan spiritisme. Maka, majalah pembelajaran bulan Mei 1885 menyatakan, “Kepercayaan bahawa orang mati masih hidup di alam yang lain bukanlah sesuatu yang baru. Kepercayaan ini ialah sebahagian daripada agama zaman kuno, dan merupakan akar umbi bagi semua mitologi.” Rencana itu turut menyatakan bahawa roh-roh jahat menyamar sebagai orang mati dan mencuba untuk berhubung dengan orang yang masih hidup. Akibatnya, ramai orang telah diperdaya. Buku kecil What Say the Scriptures About Spiritism? memberikan amaran yang serupa, seperti bahan bacaan kita yang diterbitkan baru-baru ini.
ADAKAH ORANG MATI MENDERITA DI ALAM LAIN?
12. Apakah kata-kata Salomo yang terilham mengenai keadaan orang mati?
12 “Semua orang yang mengenal kebenaran” dapat menjawab soalan itu. (2 Yoh. 1, nota kaki) Kita tentu bersetuju dengan kata-kata Salomo, “Bukankah anjing yang hidup lebih baik daripada singa yang mati? Orang yang masih hidup tahu bahawa mereka akan mati, tetapi orang yang telah mati tidak tahu apa-apa pun. . . . Jalankanlah segala tugasmu dengan sungguh-sungguh, kerana di dunia orang mati tiada pekerjaan, fikiran, pengetahuan, ataupun hikmat lagi; ke sanalah kamu akan pergi.”—Pkh. 9:4, 5, 10, ABB.
13. Bagaimanakah orang Yahudi dipengaruhi oleh agama dan budaya orang Yunani?
13 Orang Yahudi sudah mengetahui tentang keadaan orang mati. Tetapi, apabila kerajaan Yunani memerintah Yehuda dan Siria, kerajaan ini menggalakkan rakyat untuk menerima agama dan budaya orang Yunani. Akibatnya, orang Yahudi mula mempercayai ajaran palsu bahawa
jiwa manusia tidak boleh mati dan akan diseksa di alam lain. Orang Yunani bukanlah bangsa pertama yang mempercayai ajaran ini. Sebuah buku menyatakan bahawa orang Babilon mempercayai kewujudan suatu alam di mana dewa dewi yang perkasa serta roh-roh jahat menyeksa manusia. (The Religion of Babylonia and Assyria) Jelaslah, orang Babilon juga mempercayai bahawa jiwa manusia tidak boleh mati.14. Apakah yang Ayub dan Abraham tahu tentang kematian dan pembangkitan?
14 Walaupun Ayub tidak mempunyai Alkitab, dia tahu kebenaran tentang kematian. Dia sedar bahawa Yehuwa ialah Tuhan pengasih yang mempunyai keinginan untuk membangkitkannya. (Ayb. 14:13-15) Abraham juga percaya pada pembangkitan. (Baca Ibrani 11:17-19.) Jelaslah mereka percaya bahawa jiwa boleh mati, dan bukannya hidup di alam lain. Selain itu, adalah mustahil untuk membangkitkan seseorang yang tidak boleh mati. Daya aktif Tuhan tentunya membantu Ayub dan Abraham untuk memahami keadaan orang mati dan beriman terhadap pembangkitan. Kebenaran ini juga adalah sebahagian daripada warisan rohani kita.
DIBEBASKAN OLEH KORBAN TEBUSAN
15, 16. Bagaimanakah kita dibebaskan daripada dosa dan kematian?
15 Kita berasa bersyukur kerana Tuhan telah menyingkapkan cara-Nya untuk membebaskan kita daripada dosa dan kematian. (Rm. 5:12) Kita sedar bahawa Yesus ‘tidak datang untuk dilayani; dia datang untuk melayani orang serta menyerahkan nyawanya untuk membebaskan banyak orang.’ (Mrk. 10:45) Betapa leganya kita kerana melalui korban tebusan Yesus, kita telah dibebaskan.—Rm. 3:22-24.
16 Orang Yahudi mahupun orang bukan Yahudi pada abad pertama harus bertaubat dan beriman kepada korban tebusan Yesus supaya memperoleh pengampunan. Yoh. 3:16, 36) Sekiranya seseorang terus berpaut pada ajaran palsu, seperti Tritunggal dan jiwa yang tidak boleh mati, dia tidak akan mendapat manfaat daripada korban tebusan Yesus. Tetapi, kita boleh mendapat manfaat kerana kita tahu bahawa melalui Yesus, ‘Tuhan membebaskan kita dan mengampunkan dosa kita.’—Kol. 1:13, 14.
Situasinya sama juga pada hari ini. (TERUSLAH BERKHIDMAT KEPADA YEHUWA!
17, 18. Dari manakah kita mendapat maklumat yang penting tentang sejarah kita, dan bagaimanakah kita boleh mendapat manfaat daripadanya?
17 Warisan rohani kita merangkumi kebenaran yang kita miliki, berkat rohani dan jasmani yang diperoleh, serta pengalaman kita sebagai hamba Tuhan. Selama bertahun-tahun, Buku Tahunan melaporkan tentang aktiviti kita di seluruh pelosok dunia. Melalui video Faith in Action, Bahagian 1 dan 2, serta melalui bahan bacaan seperti Jehovah’s Witnesses—Proclaimers of God’s Kingdom, kita mempelajari tentang sejarah Saksi-Saksi Yehuwa. Tambahan pula, majalah kita sering mengandungi pengalaman rakan seiman yang menyentuh hati.
18 Kita mendapat manfaat seraya kita mempelajari tentang sejarah organisasi Yehuwa, sepertimana orang Israel mengenang saat Tuhan membebaskan mereka daripada kuasa Mesir. (Kel. 12:26, 27) Musa yang lanjut usia memberitahu orang Israel, “Ingatlah akan masa lampau, zaman dahulu kala; mintalah bapa kamu menceritakannya kepada kamu; mintalah orang tua-tua menceritakan kisah yang lalu.” (Ul. 32:7, ABB) Sebagai ‘umat Yehuwa dan domba-domba-Nya,’ kita gembira memuji dan memberitahu orang tentang kehebatan-Nya. (Mzm. 79:13) Maka, dengan mengkaji sejarah umat Yehuwa, kita akan dibantu untuk terus berkhidmat kepada-Nya.
19. Memandangkan kita menikmati cahaya rohani, apakah yang harus kita lakukan?
19 Kita bersyukur kerana kita tidak berada dalam kegelapan rohani. Sebaliknya, kita sedang menikmati cahaya rohani daripada Yehuwa. (Ams. 4:18, 19) Jadi, marilah kita mengkaji kebenaran Firman Tuhan dengan teliti dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyebarkan kebenaran kepada orang lain. Kita harus memiliki perasaan pemazmur yang berkata, ‘Aku akan mengisytiharkan kebaikan-Mu, kebaikan-Mu sahaja. Engkau telah mengajar aku sejak masa mudaku; sampai sekarang aku menceritakan perbuatan-Mu yang menakjubkan itu. Kini aku sudah tua dan rambutku pun beruban, jangan tinggalkan aku, ya Tuhan. Sertailah aku semasa aku mengisytiharkan kuasa dan kebesaran-Mu kepada semua keturunan yang akan datang.’—Mzm. 71:16-18, ABB.
20. Apakah isu-isu yang wujud, dan apakah perasaan anda terhadap isu-isu ini?
20 Sebagai umat Yehuwa, kita sedar akan isu-isu kedaulatan Tuhan dan integriti manusia. Sudah tentu kita menyebarkan kebenaran tentang Yehuwa sebagai Pemerintah Alam Semesta Yang Berdaulat. Kita juga menyembah-Nya dengan sepenuh hati. (Why. 4:11) Dengan bantuan daya aktif Tuhan, kita mengkhabarkan berita baik kepada orang yang rendah hati, menyembuhkan orang yang hancur hati, dan melegakan hati orang yang berdukacita. (Yes. 61:1, 2) Walaupun Syaitan mencuba menguasai umat Tuhan dan segenap umat manusia, dia terus gagal. Warisan rohani akan membantu kita untuk terus memelihara integriti kepada Tuhan serta memuji-Nya sekarang dan selama-lamanya.—Baca Mazmur 26:11; * 86:12.
^ per. 20 Mazmur 26:11 (NW), “Bagi aku, aku akan berjalan dengan integriti. Selamatkan aku dan tunjukkanlah perkenan kepadaku.”