Gunakanlah Firman Tuhan untuk Membantu Diri Dan Orang Lain
“Aku mengikut segala peraturan-Mu.”—MZM. 119:128.
1. Mengapakah kita harus yakin sepenuhnya pada Firman Tuhan?
SEBELUM seorang pelajar Bible layak menyertai aktiviti penyebaran, para penatua akan bertanya, “Adakah individu ini menunjukkan bahawa dia percaya Bible ialah Firman Tuhan yang terilham?” * Sebenarnya, semua hamba Yehuwa harus mempercayai Bible. Mengapa? Jika kita yakin sepenuhnya pada Firman Tuhan dan menggunakannya semasa menginjil, kita dapat membantu orang lain mengenali Yehuwa dan meraih penyelamatan.
2. Mengapakah kita harus “tetap berpegang kepada ajaran benar”?
2 Rasul Paulus menekankan pentingnya Firman Tuhan. Dia menulis kepada Timotius, “Hendaklah engkau tetap berpegang kepada ajaran benar yang sudah diajarkan kepadamu dan yang engkau percayai dengan sepenuhnya.” Ajaran ini mendorong Timotius untuk beriman pada berita baik. Begitu juga bagi kita hari ini, ajaran ini memberi kita “kebijaksanaan untuk mendapat penyelamatan.” (2 Tim. 3:14, 15) Kata-kata Paulus dalam ayat seterusnya kerap digunakan untuk membuktikan bahawa Bible diilhami oleh Tuhan. Namun kita memperoleh faedah lain daripada ayat di 2 Timotius 3:16. (Baca.) Marilah kita mengupas ayat ini agar lebih yakin bahawa semua ajaran Yehuwa memang benar.—Mzm. 119:128.
“BERGUNA UNTUK MENGAJAR”
3-5. (a) Apakah reaksi orang ramai yang mendengar ceramah Petrus, dan mengapa? (b) Mengapakah ramai orang di Tesalonika menerima kebenaran? (c) Mengapakah ramai orang kagum dengan cara kita menginjil?
3 Yesus memberitahu umat Israel, “Aku akan mengutus Mat. 23:34) Ayat itu merujuk kepada para pengikut Yesus. Dia melatih mereka cara menggunakan Bible semasa menginjil. Pada Pentakosta 33 M, Petrus telah memberikan ceramah kepada orang ramai di Yerusalem. Cara dia menjelaskan ayat-ayat di Kitab Ibrani menyebabkan mereka kesal hati lalu bertaubat. Hasilnya sekitar tiga ribu orang dibaptis pada hari itu.—Kis. 2:37-41.
nabi, orang bijak, dan guru kepada kamu.” (4 Rasul Paulus juga telah menginjil ke tempat yang jauh dari Yerusalem. Di Makedonia, dia telah menginjil kepada orang Yahudi yang menyembah di rumah ibadat kota Tesalonika. Selama tiga Sabat, ‘dia menjelaskan ayat-ayat Alkitab dan membuktikan bahawa Penyelamat yang diutus oleh Tuhan harus mengalami kematian dan bangkit daripada kematian.’ Hasilnya? “Beberapa orang antara [orang Yahudi] percaya kepada kata-kata Paulus . . . begitu juga sebilangan besar orang Yunani.”—Kis. 17:1-4.
5 Ramai orang kagum dengan cara kita menggunakan Bible untuk membuktikan ajaran-ajaran benar. Di Switzerland, selepas seorang saudari membaca sebuah ayat Bible kepada seorang penghuni rumah, penghuni rumah itu bertanya, “Kamu dari gereja mana?” Saudari itu menjawab, “Kami ialah Saksi-Saksi Yehuwa.” Penghuni rumah itu membalas, “Oh ya. Siapa lagi yang akan datang ke rumah saya dan membaca Bible selain daripada Saksi-Saksi Yehuwa?”
6, 7. (a) Bagaimanakah saudara yang mengajar di sidang boleh menggunakan Bible degan betul? (b) Bagaimanakah kita harus menggunakan Bible semasa mengadakan pembelajaran Bible?
6 Bagaimanakah kita boleh menggunakan Bible dengan sepenuhnya semasa mengajar? Jika anda memiliki tanggungjawab untuk mengajar sidang dari pentas, gunakanlah ayat Bible yang spesifik. Janganlah mengucapkan kata-kata Bible sahaja, atau membacanya daripada cetakan kertas ataupun alat elektronik. Bukalah Bible dan baca ayat itu, serta galakkan pendengar berbuat demikian juga. Selain itu, luangkanlah masa untuk menerangkan ayat Bible supaya para pendengar mendekati Yehuwa. Hal ini lebih baik daripada menyampaikan pengalaman atau contoh yang merumitkan semata-mata untuk hiburan.
7 Apakah yang harus kita ingat semasa mengendalikan pembelajaran Bible? Semasa menggunakan bahan bacaan Kristian, kita perlu berhati-hati supaya tidak lupa untuk membaca ayat-ayat rujukan. Kita harus menggalakkan pelajar Bible membaca ayat rujukan dan membantunya memahami ayat itu. Usahlah memberikan penerangan yang panjang lebar, atau memberitahunya apa yang sepatutnya dia percaya atau lakukan. Sebaliknya, galakkanlah pelajar itu untuk meluahkan pendapatnya dengan mengajukan soalan-soalan yang akan membantunya memahami ajaran Bible dengan betul. *
‘BERGUNA UNTUK MENEGUR’
8. Apakah pergelutan yang berlaku dalam diri Paulus?
8 Kita sering berfikir bahawa hanya para penatua boleh “menegur orang.” Memang penatua ‘harus menegur orang yang berbuat dosa.’ (1 Tim. 5:20; Tit. 1:13) Namun, kita juga harus menegur diri sendiri. Paulus mempunyai hati nurani yang bersih dan merupakan teladan yang baik. (2 Tim. 1:3) Tetapi, dia menulis, “Aku sedar bahawa dalam diriku ada hukum lain yang bertentangan dengan hukum yang diakui oleh akal budiku. Itulah sebabnya aku ditawan oleh hukum dosa yang menguasai diriku.” Dengan menyelidiki kata-kata ini, kita akan memahami bagaimana Paulus melawan kecenderungan berdosa.—Baca Roma 7:21-25.
9, 10. (a) Apakah kelemahan yang mungkin dihadapi Paulus? (b) Bagaimanakah Paulus meneruskan pergelutannya untuk menentang dosa?
1 Tim. 1:13) Sebelum dia menjadi pengikut Yesus, Paulus menganiaya orang Kristian dengan kejam. Dia mengaku bahawa dia “sangat marah terhadap mereka.” (Kis. 26:11) Paulus telah belajar mengawal kemarahannya. Namun, kadangkala dia perlu mengawal perasaan dan percakapannya. (Kis. 15:36-39) Bagaimanakah dia berjaya berbuat demikian?
9 Apakah kelemahan yang harus Paulus atasi? Walaupun dia tidak menerangkannya secara terperinci, Paulus pernah mengatakan bahawa dia suka “menghina.” (10 Dalam suratnya kepada sidang Korintus, Paulus menerangkan cara untuk menegur diri. (Baca 1 Korintus 9:26, 27.) Seperti petinju yang menumbuk sasarannya dengan tepat, Paulus mengambil tindakan yang tegas terhadap kelemahannya sendiri. Dia mencari nasihat Bible, memohon bantuan Yehuwa, dan berusaha sedaya upaya untuk menerapkan nasihat itu. * Kita boleh meniru teladannya kerana kita pun perlu bergelut melawan kecenderungan berdosa.
11. Bagaimanakah kita dapat selalu ‘menguji diri’ untuk memastikan bahawa kita berjalan dalam kebenaran?
11 Janganlah berhenti melawan dosa. Sebaliknya, kita perlu selalu ‘menguji diri’ untuk memastikan kita hidup selaras dengan kebenaran. (2 Kor. 13:5) Semasa membaca ayat seperti Kolose 3:5-10, kita boleh menanya diri, “Adakah saya sedang berusaha untuk mematikan kecenderungan berdosa atau saya sedang menyukai hal-hal yang dibenci Yehuwa? Jika laman web lucah tiba-tiba muncul sewaktu saya sedang melayari Internet, adakah saya akan segera meninggalkan laman itu? Atau, adakah saya akan sengaja melayari laman web yang buruk?” Dengan menerapkan nasihat Bible, kita akan tetap “berjaga-jaga dan berwaspada.”—1 Tes. 5:6-8.
‘BERGUNA UNTUK MEMBETULKAN APA YANG SALAH’
12, 13. (a) Apakah maksud “membetulkan apa yang salah”? Bagaimanakah kita dapat meniru teladan Yesus? (b) Apakah yang tidak harus dilakukan semasa “membetulkan apa yang salah”?
12 Frasa Yunani “membetulkan apa yang salah” bermaksud “membaiki dan memulihkan.” Ada kalanya orang mungkin salah faham terhadap kata-kata atau tindakan kita, dan kita perlu membetulkan situasi itu. Contohnya, pemimpin Yahudi mengutuk Yesus kerana bergaul dengan “pemungut cukai dan orang yang dihina.” Yesus menjawab, “Orang sihat tidak memerlukan doktor; hanya orang yang sakit. Carilah makna ayat Alkitab ini: ‘Aku menghendaki belas kasihan dan bukan korban binatang.’” (Mat. 9:11-13) Dengan sabar dan lemah lembut, Yesus menjelaskan firman Tuhan kepada orang. Maka, orang yang rendah hati belajar bahawa Yehuwa ialah Tuhan yang ‘penuh dengan rahmat dan belas kasihan, tidak cepat murka, menunjukkan kasih dan kesetiaan yang besar.’ (Kel. 34:6) Hasilnya, ramai orang beriman pada berita baik.
13 Teladan Yesus menunjukkan cara kita boleh membantu orang. Nasihat di 2 Timotius 3:16 tidak bermaksud bahawa kita perlu “membetulkan apa yang salah” dengan cara yang kasar. “Semua yang tertulis di dalam Alkitab” tidak menggalakkan kita untuk berbuat demikian. “Seperti tikaman pedang,” kata-kata yang pedas akan menyinggung orang dan tidak membawa manfaat.—Ams. 12:18.
14-16. (a) Bagaimanakah para penatua boleh membantu orang lain untuk “membetulkan apa yang salah”? (b) Mengapakah penting untuk membantu anak “membetulkan apa yang salah”?
14 Jadi, bagaimanakah kita boleh “membetulkan apa yang salah” dengan sabar dan lemah lembut? Misalnya, pasangan Kristian yang selalu bertengkar meminta bantuan penatua. Apakah yang boleh penatua itu lakukan? Tanpa berat sebelah, dia boleh membantu pasangan tersebut dengan menggunakan prinsip Bible yang terdapat di bab 3 dalam buku Rahsia Kebahagiaan Keluarga. Dengan demikian, suami dan isteri mungkin dapat melihat prinsip yang patut diterapkan. Pada kemudian hari, penatua itu boleh menanya mereka jika situasinya bertambah baik dan sama ada mereka memerlukan bantuan lagi.
15 Bagaimanakah ibu bapa boleh membantu anak “membetulkan apa yang salah”? Katakan anda ingin membantu anak perempuan anda menghindari persahabatan yang kurang elok. Pertama, anda perlu lebih mengenali kawannya itu. Jika ada perkara yang membimbangkan, cakaplah dengan anak anda serta mengongsi prinsip yang terkandung dalam mana-mana bahan bacaan yang mengandungi topik tentang kaum muda. Anda juga boleh meluangkan lebih banyak masa dengannya. Perhatikanlah kelakuannya semasa menginjil dan semasa rekreasi keluarga. Jika anda sabar dan lemah lembut dengannya, dia pasti akan merasai kasih anda. Oleh itu, lebih senang baginya untuk mengikut nasihat anda dan mengelakkan pilihan buruk.
16 Dengan cara yang sabar dan lemah lembut, kita juga boleh menggalakkan mereka yang bimbang mengenai kesihatan, tawar hati kerana hilang pekerjaan, serta mereka yang tidak begitu memahami ajaran
Bible. Menggunakan Bible untuk “membetulkan apa yang salah” memang bermanfaat.BERGUNA UNTUK MENDISIPLIN ‘MENURUT KEHENDAK TUHAN’
17. Mengapakah kita harus bersyukur atas disiplin yang diterima?
17 “Pada masa kita dihukum, hukuman itu membuat kita susah hati, bukannya senang hati.” Namun kemudian ‘orang yang dihukum akan mengalami kesejahteraan.’ (Ibr. 12:11) Ramai orang Kristian yang sudah dewasa setuju bahawa disiplin yang diberikan oleh ibu bapa membawa manfaat. Dan menerima disiplin daripada Yehuwa melalui para penatua boleh membimbing kita ke kehidupan sejati.—Ams. 4:13.
18, 19. (a) Mengapakah nasihat di Amsal 18:13 amat penting bagi penatua yang memberikan disiplin? (b) Apakah mungkin reaksi pendosa semasa para penatua mendisiplinkannya dengan lemah lembut?
18 Bagaimanakah para penatua dan ibu bapa boleh memberikan disiplin yang berkesan? Yehuwa memberitahu kita untuk memberi disiplin ‘menurut kehendak-Nya.’ (2 Tim. 3:16) Maka kita perlu menggunakan prinsip Bible. Salah satu prinsip ini terdapat di Amsal 18:13 (ABB), “Orang yang menjawab sebelum mendengar, bukan sahaja bodoh tetapi mempermalu diri sendiri.” Maka, semasa penatua mendapat tahu bahawa seseorang telah melakukan dosa yang serius, dia perlu menyiasat segala fakta yang berkaitan. (Ul. 13:14) Barulah mereka dapat mendisiplinkan ‘menurut kehendak Tuhan.’
19 Selain itu, Firman Tuhan menggalakkan penatua untuk memberikan disiplin “dengan lemah lembut.” (Baca 2 Timotius 2:24-26.) Tidak dinafikan bahawa seseorang yang berdosa boleh mendatangkan aib kepada Yehuwa dan melukakan hati orang lain. Namun, penatua yang memberikan nasihat dengan nada marah tidak akan membantu orang itu. Sebaliknya, para penatua yang meniru ‘kebaikan hati Tuhan’ mendorong orang berdosa untuk bertaubat.—Rm. 2:4.
20. Apakah prinsip yang patut diterapkan semasa mendisiplinkan anak?
20 Ibu bapa mesti menerapkan prinsip Bible semasa ‘mendidik [anak-anak] dengan ajaran dan nasihat Tuhan.’ (Ef. 6:4) Seorang bapa patut mengelak daripada menghukum anaknya hanya kerana seseorang telah mengatakan bahawa anaknya berbuat salah. Dia harus mengetahui apa yang benar-benar berlaku sebelum menghukum anaknya. Dan ahli keluarga Kristian tidak patut menjadi marah sehingga bertindak ganas. Semasa mendisiplinkan anak, ibu bapa patut meneladani Yehuwa yang “berbelas kasihan dan baik hati.”—Yak. 5:11.
KURNIAAN TUHAN YANG SANGAT BERHARGA
21, 22. Ayat manakah dalam Mazmur 119:97-104 yang menggambarkan perasaan anda terhadap Firman Tuhan?
21 Seorang hamba Tuhan pernah meluahkan perasaannya terhadap hukum Yehuwa. (Baca Mazmur 119:97-104.) Dengan mempelajarinya, dia menerima kebijaksanaan, pengertian, dan pemahaman. Menerapkan prinsip Bible membantunya mengelakkan kesilapan yang biasa dilakukan oleh ramai orang. Dia gemar dan berpuas hati mengkaji Bible. Dia bertekad untuk mentaati hukum-hukum Yehuwa yang membawa banyak manfaat dalam hidupnya.
22 Adakah anda menghargai “semua yang tertulis di dalam Alkitab”? Alkitab boleh membantu anda beriman pada pelaksanaan tujuan Tuhan. Nasihatnya membantu anda menghindari dosa dan kematian. Apabila anda menerangkan Bible dengan mahir, anda boleh membantu orang lain tetap maju ke kehidupan sejati. Semoga kita menggunakan apa yang “tertulis di dalam Alkitab” sebaik-baiknya dalam penyembahan kepada Tuhan kita yang bijaksana dan penyayang, Yehuwa.
^ per. 1 Sila lihat buku Organized to Do Jehovah’s Will, muka 79.
^ per. 7 Semasa mengajar, Yesus sering bertanya, “Bagaimanakah pendapat kamu?” Kemudian, dia menunggu jawapannya.—Mat. 18:12; 21:28; 22:42.
^ per. 10 Surat-surat Paulus mengandungi banyak nasihat mengenai cara mengatasi kecenderungan berdosa. (Rm. 6:12; Gal. 5:16-18) Maka, adalah munasabah untuk menyimpulkan bahawa Paulus sendiri telah menerapkan apa yang diajarnya kepada orang lain.—Rm. 2:21.