Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Pertanyaan Pembaca

Pertanyaan Pembaca

Adakah orang Israel menghukum penjenayah dengan menggantung mereka pada tiang?

Banyak bangsa pada zaman kuno menghukum penjenayah dengan menggantung mereka pada tiang. Orang Roma mengikat atau memaku penjenayah pada tiang selama beberapa hari sehingga dia mati akibat kesakitan, kehausan, kelaparan, dan cuaca yang panas atau sejuk. Menurut orang Roma, hukuman ini adalah sangat memalukan. Hanya penjenayah yang paling hina digantung.

Adakah orang Israel juga menghukum penjenayah dengan menggantung mereka pada tiang? “Jika seorang telah dihukum mati kerana melakukan jenayah, dan mayatnya digantung pada tiang, maka mayat itu tidak boleh dibiarkan tergantung di situ sehingga keesokan harinya. Mayat itu mesti dikubur pada hari itu juga.” (Ul. 21:22, 23, ABB) Ayat ini menunjukkan bahawa pada zaman Bible penjenayah dibunuh dahulu sebelum mayatnya digantung pada tiang atau pokok.

Mengenai hal ini, Imamat 20:2 menyatakan, “Sesiapa sahaja antara kamu, atau orang asing di kalangan kamu, yang mempersembahkan anaknya sebagai korban kepada Dewa Molokh, harus direjam sampai mati.” Bagaimana pula dengan orang “yang berhubung dengan roh-roh orang mati”? Mereka juga “mesti direjam sampai mati.”—Im. 20:27.

Ulangan 22:23, 24, (ABB) juga menyatakan, ‘Andaikata di suatu kota ada seorang lelaki tertangkap basah ketika bersetubuh dengan seorang gadis yang sudah bertunang dengan orang lain, kamu harus membawa mereka berdua ke luar kota dan merejam mereka sampai mati. Gadis itu mesti dihukum mati kerana dia tidak berteriak minta pertolongan walaupun dia berada di dalam kota, dan suaranya mudah didengar orang. Lelaki itu juga mesti dihukum mati kerana dia bersetubuh dengan seorang gadis yang sudah bertunang. Dengan demikian kamu membasmi kejahatan itu.’ Maka bagi bangsa Israel kuno, orang yang melakukan jenayah yang serius biasanya akan direjam dengan batu. *

Pada zaman Bible penjenayah dibunuh dahulu sebelum mayatnya digantung pada tiang atau pokok

Ulangan 21:23 menyatakan bahawa ‘mayat yang dibiarkan tergantung pada tiang mendatangkan kutuk daripada Tuhan.’ Oleh itu, tindakan ini adalah suatu amaran bagi bangsa Israel.

^ per. 6 Banyak cendekiawan setuju bahawa di bawah Hukum Musa, seorang penjenayah dibunuh dahulu sebelum digantung pada tiang. Namun, terdapat bukti bahawa pada abad pertama, beberapa penjenayah digantung hidup-hidup oleh orang Yahudi dan kemudian dibiarkan mati di atas tiang.