Pemimpin-Pemimpin yang Paling Kuat —Maknanya bagi Kita Hari Ini
“Kita akan mengutus pemimpin-pemimpin yang paling kuat untuk melawan mereka.”—MI. 5:4.
1. Mengapakah rancangan raja Siria dan raja Israel pasti gagal?
PADA abad kelapan SM, antara tahun 762 SM hingga 759 SM, raja Israel dan raja Siria telah mengisytiharkan perang terhadap raja Yehuda. Mereka merancang untuk menawan Yerusalem, menyingkirkan Raja Ahas, dan menabalkan raja baru yang bukan daripada keturunan Raja Daud. (Yes. 7:5, 6) Raja Israel sepatutnya tahu bahawa rancangan ini tidak akan berhasil. Yehuwa telah berjanji bahawa takhta-Nya akan menjadi milik keturunan Daud buat selama-lamanya. Firman Tuhan pasti digenapi.—Yos. 23:14; 2 Sam. 7:16.
2-4. Jelaskan bagaimana Yesaya 7:14, 16 digenapi (a) pada abad kelapan SM (b) pada zaman Yesus.
2 Pada mulanya, pakatan Siria-Israel nampaknya lebih berkuasa. Dalam satu pertempuran sahaja, Ahas telah kehilangan 120,000 orang askar! Maaseya, “putera Raja Ahas” turut terbunuh. (2 Taw. 28:5-7) Semua ini sedang diperhatikan oleh Yehuwa. Dia ingat akan janji-Nya kepada Daud. Oleh itu, Dia mengutus nabi Yesaya untuk menyampaikan mesej yang menjanjikan harapan.
3 Yesaya berkata, “Seorang gadis yang mengandung akan melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya ‘Imanuel.’ . . . Bahkan sebelum masa itu tiba, negeri kedua-dua orang raja [Siria dan Israel] yang tuanku takuti akan ditinggalkan kosong.” (Yes. 7:14, 16, ABB) Bahagian pertama nubuat Yesaya biasanya dikaitkan dengan kelahiran Mesias. (Mat. 1:23) Tetapi “kedua-dua orang raja,” iaitu raja Siria dan raja Israel tidak menyerang Yehuda pada zaman Yesus. Jadi, pastinya nubuat tentang Imanuel digenapi terlebih dahulu pada zaman Yesaya.
* Pada zaman Bible, seorang bayi mungkin diberikan nama untuk memperingati peristiwa yang istimewa, namun ibu bapa dan sanak saudara akan memanggilnya dengan nama lain. (2 Sam. 12:24, 25) Selain itu, tiada bukti yang menunjukkan bahawa Yesus pernah dipanggil dengan nama Imanuel.—Baca Yesaya 7:14; 8:3, 4.
4 Tidak lama selepas Yesaya menyampaikan nubuat itu, isterinya hamil dan melahirkan seorang anak lelaki yang bernama “Curi Segera, Rampas Cepat.” Kemungkinan besar anak ini ialah “Imanuel” yang disebut oleh Yesaya.5. Apakah keputusan bodoh yang dilakukan oleh Raja Ahas?
5 Sementara Israel dan Siria merancang untuk menakluki Yehuda, Asyur juga sedang berusaha untuk menakluki kawasan tersebut. Asyur ialah negara ketenteraan yang bakal menjadi kuasa dunia. Menurut Yesaya 8:3, 4, Asyur akan mengambil “semua harta kota Damsyik dan semua barang jarahan Samaria” sebelum menyerang kerajaan selatan Yehuda. Ahas sepatutnya mempercayai firman Tuhan melalui Yesaya, tetapi dia telah bersepakat dengan kerajaan Asyur. Akibatnya, Yehuda ditindas oleh mereka. (2 Raj. 16:7-10) Ahas gagal melunaskan tanggungjawabnya sebagai gembala Yehuda! Kita boleh menanya diri, “Apabila membuat keputusan yang penting, adakah saya menaruh kepercayaan terhadap Tuhan atau manusia?”—Ams. 3:5, 6.
GEMBALA BARU BERTINDAK DENGAN BERBEZA
6. Bagaimanakah Hizkia berbeza daripada Ahas?
6 Ahas mangkat pada 746 SM, dan anaknya Hizkia mewarisi kerajaan Yehuda yang miskin dan penduduknya tidak lagi menyembah Yehuwa. Setelah Hizkia menjadi raja, apakah keutamaannya? Adakah dia akan memulihkan ekonomi Yehuda? Tidak. Hizkia berfikiran rohani dan merupakan gembala yang baik bagi orang Yehuda. Hal pertama yang dilakukannya ialah memulihkan ibadat sejati dan menguatkan persahabatan orang Yehuda dengan Yehuwa. Apabila Hizkia memahami kehendak Tuhan, dia segera mematuhinya. Dia telah memberikan contoh yang baik bagi kita!—2 Taw. 29:1-19.
7. Mengapakah orang Lewi memerlukan sokongan raja yang baru?
7 Orang Lewi memainkan peranan yang penting dalam memulihkan ibadat sejati. Oleh itu, Hizkia berjumpa dengan mereka dan berjanji untuk menyokong mereka. Bayangkan perasaan orang Lewi yang hadir ke perjumpaan itu. Pipi mereka dibasahi air mata kegembiraan seraya mereka mendengar raja mengumumkan, ‘Kamulah yang telah dipilih oleh Yehuwa untuk membakar kemenyan bagi-Nya.’ (2 Taw. 29:11) Ya, orang Lewi telah menerima arahan yang jelas untuk memulihkan ibadat sejati!
8. Apakah langkah seterusnya yang diambil oleh Hizkia untuk memulihkan kerohanian bangsanya? Apakah hasilnya?
8 Hizkia menjemput semua orang Yehuda dan orang Israel untuk merayakan Paska dan diikuti dengan Perayaan Roti Tidak Beragi yang berlangsung selama tujuh hari. Semua yang hadir amat menikmatinya sehingga mereka meneruskan perayaan itu tujuh hari lagi. Bible menyatakan, “Seluruh kota Yerusalem bersukacita, kerana sejak pemerintahan Raja Salomo putera Raja Daud, belum pernah perkara seperti ini berlaku.” (2 Taw. 30:25, 26, ABB) Perayaan rohani itu pasti menggalakkan semua yang hadir! Menurut 2 Tawarikh 31:1, “Selepas perayaan itu selesai, . . . Mereka memusnahkan mazbah-mazbah dan tempat-tempat penyembahan berhala.” Segenap bangsa Yehuda mula kembali kepada Yehuwa. Hal ini telah melengkapi mereka untuk menghadapi cabaran yang bakal melanda.
RAJA BERSEDIA MENGHADAPI CABARAN
9. (a) Bagaimanakah rancangan Israel digagalkan? (b) Pada mulanya, Sanherib berjaya melakukan apa di Yehuda?
9 Kata-kata Yesaya terbukti benar apabila orang Asyur menakluki kerajaan utara Israel dan mengusir rakyatnya. Hal ini telah menggagalkan rancangan Israel untuk menabalkan raja yang bukan daripada keturunan Daud. Tetapi bagaimana pula dengan rancangan Asyur? Sekarang mereka ingin menakluki Yehuda. Bible berkata, “Pada tahun keempat belas pemerintahan Raja Hizkia, Raja Sanherib dari Asyur, menyerang kota-kota yang berkubu di Yehuda serta mengalahkan semuanya.” Sanherib berjaya menawan 46 buah kota di Yehuda. Pada waktu itu, bayangkan jika anda menetap di Yerusalem dan tentera Asyur menawan kota demi kota di Yehuda, dan mereka kian mara ke rumah anda!—2 Raj. 18:13, ABB.
10. Mengapakah Mikha 5:4, 5 membina semangat Hizkia?
10 Hizkia sedar tentang bahaya yang meluru ke arahnya. Tetapi dia tidak cemas lalu bersepakat dengan negara kafir seperti ayahnya Ahas. Hizkia yakin kepada Yehuwa. (2 Taw. 28:20, 21) Hizkia mungkin mengetahui kata-kata nabi Mikha yang hidup sezaman dengannya. Nabi ini bernubuat, “Apabila orang Asyur menyerang . . . kita akan mengutus pemimpin-pemimpin yang paling kuat untuk melawan mereka. Dengan kekuatan senjata, mereka akan mengalahkan Asyur.” (Mi. 5:4, 5) Nubuat ini pastinya membina semangat Hizkia kerana Yehuwa akan mengutus tentera yang luar biasa untuk mengalahkan Asyur.
11. Bilakah nubuat mengenai “pemimpin-pemimpin yang paling kuat” mempunyai penggenapan yang jauh lebih penting?
11 Nubuat mengenai “pemimpin-pemimpin yang paling kuat” akan mengalami penggenapan yang jauh lebih penting selepas kelahiran Yesus, ‘seorang penguasa yang asal usul nenek moyangnya bermula Mikha 4:14–5:1.) Nubuat ini akan digenapi pada masa depan apabila umat Yehuwa diserang oleh tentera “Asyur” zaman moden. Apakah tentera yang akan digunakan oleh Yehuwa melalui anak-Nya untuk mengalahkan musuh ini? Kita akan membincangkannya kemudian. Sebelum itu, marilah kita lihat apa yang dilakukan oleh Hizkia semasa tentera Asyur menyerang.
dari zaman purba.’ (BacaHIZKIA BERTINDAK DENGAN BIJAK
12. Bagaimanakah Hizkia serta mereka yang bersamanya melindungi umat Tuhan?
12 Jika kita tidak mampu menyelesaikan suatu masalah, Yehuwa sentiasa sudi membantu. Tetapi, Dia ingin kita berusaha menyelesaikannya dengan sedaya upaya. Selepas Hizkia mendengar nasihat daripada “pegawai-pegawainya,” dia memutuskan untuk “menutup saluran air di luar kota . . . Raja Hizkia memperkuat pertahanan kota dengan membaiki tembok serta membina menara-menara di atasnya, dan juga membina satu lapis tembok lagi di sebelah luar . . . Baginda juga menyuruh orang membuat banyak tombak dan perisai.” (2 Taw. 32:3-5) Pada masa itu, Yehuwa menggunakan Hizkia, para pegawai, dan nabi-nabi yang setia untuk melindungi dan menggembala umat-Nya.
13. Apakah langkah terpenting yang diambil oleh Hizkia untuk melengkapi rakyatnya menghadapi serangan Asyur? Jelaskan.
13 Kemudian, Hizkia mengambil langkah yang lebih penting daripada menutup saluran air atau membaiki tembok. Selaku gembala yang prihatin, Hizkia mengumpulkan rakyatnya dan menggalakkan mereka dengan berkata, ‘Jangan takut kepada raja negeri Asyur. Kita mempunyai kuasa yang lebih besar di pihak kita daripada apa yang di pihak raja itu. Raja Asyur mempunyai kuasa manusia, tetapi kita mempunyai Yehuwa, Tuhan kita, yang menolong dan berperang bagi kita.’ Ya, Yehuwa akan berperang bagi umat-Nya! Orang Yahudi “digalakkan oleh titah raja mereka.” Perhatikan bahawa “titah raja” telah membuat mereka berani dan beriman pada Yehuwa. Hizkia dan para pegawai, berserta nabi Mikha dan Yesaya menunjukkan bahawa mereka ialah gembala yang baik, tepat seperti apa yang dinubuatkan oleh Yehuwa melalui nabi-Nya.—2 Taw. 32:7, 8; baca Mikha 5:4, 5.
14. Apakah yang dikatakan oleh utusan Asyur kepada penduduk Yerusalem? Apakah reaksi mereka?
14 Raja Asyur mendirikan khemah di Lakhis, barat daya Yerusalem. Dari situ, dia menghantar tiga orang utusan ke Yerusalem untuk menyuruh penduduknya menyerah kalah. Salah seorang utusan bercakap kepada penduduk Yerusalem dalam bahasa Ibrani. Pada mulanya, dia menggesa mereka mengkhianati Hizkia dan tunduk kepada orang Asyur. Kemudian dia menipu dengan berjanji bahawa mereka akan dipindahkan ke negeri lain dan dapat hidup dengan selesa. (Baca 2 Raja-Raja 18:31, 32.) Utusan itu juga berkata bahawa Yehuwa tidak dapat menyelamatkan orang Yahudi, sama seperti dewa dewi bangsa lain yang tidak dapat melindungi penyembah mereka daripada cengkaman Asyur. Dengan bijak, penduduk Yerusalem memutuskan untuk tidak mempedulikan tuduhan-tuduhan palsu itu. Hari ini, umat Yehuwa sentiasa mencontohi teladan mereka.—Baca 2 Raja-Raja 18:35, 36.
15. Penduduk Yerusalem hanya perlu melakukan apa? Bagaimanakah Yehuwa menyelamatkan mereka?
15 Sudah tentu Hizkia runsing, tetapi dia tidak meminta bantuan daripada negara asing. Sebaliknya, dia meminta bantuan daripada Yehuwa melalui Yesaya. Nabi Yesaya berkata, “Dia [Sanherib] tidak akan masuk ke Yerusalem, atau melepaskan 2 Raj. 19:32) Penduduk Yerusalem hanya perlu berani dan tidak berputus asa. Yehuwa akan berperang untuk Yehuda! ‘Pada malam itu satu malaikat Yehuwa pergi ke perkhemahan orang Asyur dan membunuh 185,000 orang askar.’ (2 Raj. 19:35) Penduduk Yerusalem selamat bukan kerana Hizkia menutup saluran air di luar kota atau membaiki tembok serta membina menara, tetapi kerana kuasa Yehuwa.
anak panah ke arahnya.” (PENGAJARAN BAGI KITA HARI INI
16. Hari ini, siapakah yang dilambangkan oleh (a) penduduk Yerusalem (b) “Asyur” (c) “pemimpin-pemimpin yang paling kuat”?
16 Hari ini, nubuat mengenai “pemimpin-pemimpin yang paling kuat” mengalami penggenapan yang jauh lebih penting. Penduduk Yerusalem kuno diserang oleh tentera Asyur. Umat Yehuwa juga bakal diserang oleh “Asyur,” iaitu musuh yang ingin melenyapkan mereka. Selain daripada serangan ini, Bible juga pernah menyebut tentang serangan ‘Gog dari Magog,’ serangan daripada “raja Siria,” dan serangan daripada “raja-raja di bumi.” (Yeh. 38:2, 10-13; Dan. 11:40, 44, 45; Why. 17:14; 19:19) Adakah semua ini merujuk kepada serangan yang berbeza? Tidak semestinya. Bible pernah menggunakan nama yang berlainan semasa merujuk kepada serangan yang sama. Apakah tentera yang akan digunakan oleh Yehuwa untuk mengalahkan “Asyur,” musuh kejam ini? Bible menyatakan bahawa tentera ini terdiri daripada pegawai-pegawai, atau “pemimpin-pemimpin yang paling kuat.” (Mi. 5:4) Siapakah mereka? Mereka ialah para penatua di sidang. (1 Ptr. 5:2) Hari ini, Yehuwa mengurniakan banyak saudara yang matang secara rohani untuk menggembala dan menguatkan kawanan-Nya agar dapat menghadapi serangan “Asyur” pada masa depan. Nubuat Mikha menyatakan, “Dengan kekuatan senjata, mereka akan mengalahkan Asyur.” (Mi. 5:5) Ya, anda akan mendapati bahawa ‘senjata yang mereka gunakan dalam perjuangan’ ialah ‘pedang daripada daya aktif Tuhan,’ iaitu Firman-Nya.—2 Kor. 10:4; Ef. 6:17.
17. Apakah empat pengajaran yang boleh diraih oleh penatua daripada kisah yang dibincangkan tadi?
17 Para penatua yang sedang membaca rencana ini meraih pengajaran yang baik daripada kisah yang dibincangkan tadi: (1) Langkah terbaik untuk melindungi diri daripada serangan “Asyur” adalah dengan menguatkan iman kita terhadap Tuhan dan membantu saudara saudari untuk turut berbuat demikian. (2) Apabila “Asyur” menyerang, para penatua harus yakin sepenuhnya bahawa Yehuwa akan menyelamatkan kita. (3) Pada masa itu, arahan daripada organisasi Yehuwa mungkin kelihatan tidak masuk akal dari sudut pandangan manusia. Namun, kita patut mematuhi semua arahan, tidak kira kita setuju atau tidak kerana hal ini melibatkan soal hidup mati. (4) Mereka yang bergantung pada pendidikan sekular, harta benda, atau organisasi manusia harus mengubah pemikiran mereka. Para penatua harus sentiasa bersedia membantu sesiapa sahaja yang kurang beriman pada Yehuwa.
18. Dengan merenungkan kisah ini, bagaimanakah kita dibantu untuk menghadapi masa depan?
18 Pada masa depan, kita akan menghadapi situasi seperti orang Yahudi yang terperangkap di kota Yerusalem pada zaman Hizkia. Pada masa itu, kata-kata Hizkia dapat menguatkan iman kita. Ingatlah bahawa musuh kita ‘mempunyai kuasa manusia, tetapi kita mempunyai Yehuwa, Tuhan kita, yang menolong dan berperang bagi kita’!—2 Taw. 32:8.
^ per. 4 Perkataan Ibrani yang diterjemahkan sebagai “gadis” di Yesaya 7:14 boleh bererti wanita yang sudah berkahwin atau perawan. Maka, perkataan ini boleh merujuk kepada isteri Yesaya dan perawan Yahudi yang bernama Maria.