Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ingatkah Anda?

Ingatkah Anda?

Sudahkah anda membaca isu-isu majalah pembelajaran yang lepas dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:

Bilakah Yesus “mengisytiharkan” berita kepada roh-roh yang dipenjarakan? (1 Ptr. 3:19)

Nampaknya, Yesus mengisytiharkan berita penghakiman kepada makhluk-makhluk roh yang dipenjarakan itu setelah dia dibangkitkan.—6/15, muka surat 23.

Bilakah Yesus menghakimi domba dan kambing? (Mat. 25:32)

Yesus akan menghakimi umat manusia semasa kesengsaraan besar, selepas agama palsu dibinasakan.—7/15, muka surat 6.

Bilakah orang jahat yang disebut dalam cerita ibarat gandum dan lalang akan menggertakkan gigi mereka? (Mat. 13:36, 41, 42)

Peristiwa ini akan berlaku semasa kesengsaraan besar. Semua penyokong agama palsu mula melarikan diri untuk mencari tempat perlindungan tetapi gagal, lalu mereka mula menangis dan menggertakkan gigi kerana dalam keadaan terdesak.—7/15, muka surat 13.

Bilakah perumpamaan Yesus tentang hamba yang setia dan bijaksana digenapi? (Mat. 24:45-47)

Nubuat ini digenapi selepas tahun 1914, dan bukannya pada Pentakosta 33 M. Pada tahun 1919, Yesus telah memilih beberapa orang saudara daripada kaum terurap untuk menjadi hamba yang setia dan bijaksana lalu melantik mereka untuk mengurus hamba-hamba yang lain.—7/15, muka surat 21-23.

Bilakah Yesus melantik hamba yang setia untuk mengurus segala hartanya?

Hal ini akan berlaku pada masa depan, semasa kesengsaraan besar dan semasa hamba yang setia mendapat ganjaran di syurga, iaitu memerintah bersama Yesus.—7/15, muka surat 25.

Selain daripada bantuan Tuhan, apakah yang membantu 230 Saksi-Saksi Yehuwa selamat mengharungi perjalanan yang jauh dari kem konsentrasi Sachsenhausen?

Walaupun mereka lemah akibat daripada kebuluran dan penyakit, mereka sentiasa menggalakkan satu sama lain untuk terus bertahan.—8/15, muka surat 18.

Mengapakah kita mendapat galakan daripada kisah orang Israel yang melintas Sungai Yordan untuk memasuki Tanah yang Dijanjikan?

Meskipun sungai itu melimpah kerana hujan lebat, Yehuwa menghentikan aliran sungai supaya umat-Nya dapat menyeberangi sungai tersebut. Peristiwa itu pasti telah menguatkan iman dan keyakinan mereka terhadap Yehuwa, dan sudah tentu kita juga digalakkan oleh kisah ini.—9/15, muka surat 16.

Bagaimanakah nubuat di Mikha 5:5 tentang “pemimpin-pemimpin yang paling kuat” digenapi pada hari ini?

Kita memahami bahawa “pemimpin-pemimpin yang paling kuat” yang disebut di Mikha 5:5 merujuk kepada para penatua yang dilantik di sidang. Mereka menguatkan umat Tuhan agar dapat menghadapi serangan pada masa depan.—11/15, muka surat 20.