Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Tahukah Anda?

Tahukah Anda?

Pada zaman Bible, mengapakah seseorang sengaja mengoyakkan pakaiannya?

BIBLE mengandungi beberapa kisah mengenai orang yang mengoyakkan jubah mereka. Bagi kita, perbuatan ini mungkin pelik. Namun bagi orang Yahudi kuno, inilah cara mereka menunjukkan perasaan kecewa, sedih, malu, marah, atau sedang meratap.

Contohnya, Yusuf dijual untuk dijadikan hamba. Apabila abangnya, Ruben, mendapati bahawa rancangannya untuk menyelamatkan Yusuf gagal, dia “mengoyakkan pakaiannya.” Bapa mereka, Yakub, yang menganggap bahawa Yusuf telah dibaham oleh binatang juga “mengoyakkan pakaiannya.” (Kej. 37:18-35) Ayub “mengoyakkan pakaiannya” apabila diberitahu bahawa semua anaknya sudah mati. (Ayb. 1:18-20) Selain itu, seorang utusan yang telah “mengoyak-ngoyakkan pakaiannya” berjumpa dengan Imam Agung Eli untuk memberitahu bahawa orang Israel telah tewas dalam perang, kedua-dua anak Eli dibunuh, dan tabut perjanjian dirampas oleh musuh. (1 Sam. 4:12-17) Apabila Yosia mendengar Hukum Tuhan sedang dibaca dan sedar bahawa umatnya sudah berdosa, ‘Baginda mengoyakkan pakaiannya.’2 Raj. 22:8-13.

Semasa pengadilan Yesus, Imam Agung Kayafas “mengoyakkan jubahnya” apabila menuduh Yesus mengkufuri Tuhan. (Mat. 26:59-66) Guru agama menyatakan bahawa sesiapa yang mendengar nama Tuhan dikufuri harus mengoyakkan pakaiannya. Guru agama yang hidup selepas pembinasaan Rumah Tuhan di Yerusalem pula menyatakan bahawa “Orang yang mendengar nama Tuhan dikufuri tidak perlu mengoyakkan pakaiannya lagi, kerana jika dia berbuat demikian, pakaiannya hanya akan tinggal cebisan-cebisan sahaja.”

Namun, dari sudut pandangan Yehuwa, perbuatan mengoyakkan pakaian tidak bermakna kecuali jika orang itu benar-benar menyesal. Oleh itu Yehuwa memberitahu umat-Nya, ‘Biarlah hati kamu yang hancur itu menyatakan penyesalan, jangan hanya mengoyakkan pakaian. Kembalilah kepada-Ku.’Yl. 2:13.