‘Makananku Itu Melakukan Kehendak Tuhan’
Apakah yang membuat anda bersukacita? Mungkinkah anda meraih sukacita daripada perkahwinan, keluarga, atau persahabatan? Makan bersama orang yang dikasihi memang membawa sukacita. Sebagai hamba Yehuwa, bukankah melakukan kehendak-Nya, mempelajari Bible, dan menginjil membawa sukacita?
Dalam sebuah lagu, Raja Daud memuji Pencipta, ‘Aku suka melakukan kehendak-Mu, ya Tuhanku! Aku menyimpan segala ajaran-Mu dalam hatiku.’ (Mzm. 40:9, ABB) Walaupun menghadapi kesusahan dan tekanan dalam hidup, Daud bersukacita untuk melakukan kehendak Tuhan. Sudah tentu bukan Daud sahaja yang menyembah Yehuwa dengan sukacita.
Rasul Paulus mengaitkan ayat di Mazmur 40:9 dengan Mesias, atau Kristus. Dia menulis, ‘Pada masa Kristus hampir datang ke dunia, dia berkata kepada Tuhan, “Engkau tidak menghendaki korban dan persembahan, tetapi Engkau sudah menyediakan tubuh bagiku, Engkau tidak minta korban untuk menyenangkan hati-Mu, ataupun korban untuk menghapuskan dosa. Lalu aku berkata, ‘Inilah aku, ya Tuhan, aku datang untuk melakukan kehendak-Mu, seperti yang tertulis di dalam kitab Taurat tentang diriku.’”’
Semasa di bumi, Yesus gembira melihat ciptaan, meluangkan masa bersama sahabat, dan makan bersama orang lain. (Mat. 6:26-29; Yoh. 2:1, 2; 12:1, 2) Namun dia paling gembira melakukan kehendak Bapanya. Maka, Yesus berkata, ‘Makananku itu melakukan kehendak Dia yang mengutusku, dan menyelesaikan pekerjaan yang diserahkan-Nya kepadaku.’ (Yoh. 4:34; 6:38) Murid-murid Yesus belajar rahsia kebahagiaan sejati daripada guru mereka. Mereka bersemangat mengongsi berita Kerajaan Tuhan kepada orang lain dengan penuh sukacita.
‘PERGILAH DAN JADIKANLAH MEREKA PENGIKUTKU’
Yesus memberikan perintah kepada pengikutnya, ‘Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikutku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan daya aktif Tuhan. Ajarlah mereka mentaati segala yang sudah aku perintahkan. Ingatlah, aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman.’ (Mat. 28:19, 20, ABB) Melaksanakan perintah ini merangkumi menginjil kepada orang di mana sahaja mereka boleh dijumpai, membuat kunjungan kembali, dan mengadakan pembelajaran Bible dengan orang yang berminat. Kerja ini boleh membawa sukacita yang amat besar.
Kasih mendorong kita untuk terus menginjil walaupun orang tidak menunjukkan minat
Sama ada orang berminat atau tidak, sukacita kita bergantung pada sikap kita. Mengapakah kita terus menginjil walaupun terdapat orang yang tidak berminat? Kerana kita tahu bahawa dengan menginjil, kita membuktikan kasih terhadap Tuhan dan orang lain. Ya, kerja menginjil dapat menyelamatkan nyawa sendiri dan nyawa orang lain. (Yeh. 3:17-21; 1 Tim. 4:16) Mari kita lihat beberapa faktor yang telah membantu rakan seiman kita untuk meneruskan atau memperbaharui semangat mereka semasa menginjil di kawasan yang mencabar.
GUNAKAN SETIAP KESEMPATAN
Menanya soalan yang sesuai selalunya membawa hasil yang baik semasa menginjil. Pada suatu pagi, Amalia melihat seorang lelaki sedang membaca surat khabar di taman. Amalia mendekati lelaki itu dan bertanya jika ada berita baik. Apabila lelaki itu menjawab tiada, Amalia berkata, “Saya membawa berita baik tentang Kerajaan Tuhan.” Hal ini menarik minat lelaki itu dan dia sudi belajar Bible. Malah, Amalia berjaya memulakan tiga pembelajaran Bible.
Janice telah mengambil kesempatan untuk menginjil di tempat kerja. Apabila seorang pengawal keselamatan dan rakan kerjanya menunjukkan minat pada rencana dalam The Watchtower, Janice berkata bahawa dia sudi membawa majalah itu kepada mereka secara tetap. Janice juga melakukan perkara yang sama dengan seorang rakan sekerja yang kagum dalam pelbagai topik yang dibahaskan dalam The Watchtower dan Awake! “Ini sememangnya satu berkat daripada Yehuwa!” kata Janice. Akhirnya, Janice mempunyai 11 orang yang sentiasa menerima majalah daripadanya di tempat kerja.
BERSIKAP POSITIF
Seorang penyelia litar tidak menggalakkan penyiar yang menginjil dari rumah ke rumah untuk mengakhiri perbualan dengan hanya berkata bahawa mereka akan kembali lain kali. Sebaliknya, mereka boleh bertanya, “Bolehkah saya tunjukkan cara pembelajaran Bible diadakan?” atau, “Bagi anda, bilakah masa dan hari yang sesuai saya boleh kembali untuk meneruskan perbincangan?” Menurut penyelia litar itu, saudara saudari dari sebuah sidang telah memulakan 44 pembelajaran Bible dalam seminggu dengan menggunakan pendekatan ini.
Membuat kunjungan kembali dengan segera juga berkesan. Anda boleh kembali selepas beberapa hari sahaja. Mengapa? Kerana hal ini menunjukkan bahawa kita benar-benar ingin membantu orang yang berhati jujur untuk memahami Bible. Apabila
seorang wanita ditanya mengapa dia ingin belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa, dia berkata, “Saya mula belajar kerana mereka menunjukkan kasih dan minat yang tulus.”Anda boleh bertanya kepada penghuni, “Bolehkah saya tunjukkan bagaimana pembelajaran Bible diadakan?”
Selepas menghadiri Sekolah Latihan Perintis, Madaí mempunyai 15 pelajar Bible dan sudah menyerahkan 5 lagi pelajar Bible kepada penyiar lain. Beberapa pelajar Biblenya mula menghadiri perjumpaan secara tetap. Mengapakah Madaí mendapat begitu banyak pelajar Bible? Sekolah tersebut telah mengajarnya untuk terus berkunjung sehingga bertemu dengan orang yang menunjukkan minat pada kali pertama. Seorang lagi Saksi yang telah membantu banyak orang untuk belajar Bible berkata, “Membuat kunjungan kembali dengan tekun adalah kunci untuk membantu orang yang ingin belajar tentang Yehuwa.”
Membuat kunjungan kembali dengan segera menunjukkan bahawa kita benar-benar ingin membantu orang untuk memahami Bible
Kita harus bertekun membuat kunjungan kembali dan mengadakan pembelajaran Bible. Hasilnya amat memuaskan. Kerja menginjil membolehkan kita membantu orang lain untuk “mengetahui ajaran benar” lalu menyelamatkan mereka. (1 Tim. 2: