Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ingatkah Anda?

Ingatkah Anda?

Sudahkah anda membaca majalah-majalah yang lepas dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:

Pada 14 Nisan, bilakah masanya domba Paska disembelih?

Sesetengah terjemahan Bible menyatakan bahawa domba harus disembelih “semasa waktu senja.” Maksudnya, selepas matahari terbenam, tetapi sebelum hari menjadi gelap sepenuhnya. (Kel. 12:6)—15/12, muka surat 18-19.

Apakah prinsip Bible yang dapat membantu orang muda untuk membuat keputusan bijak?

Tiga prinsip yang dapat membantu ialah: (1) Utamakan Kerajaan Tuhan dan lakukanlah kehendak-Nya. (Mat. 6:19-34) (2) Meraih sukacita dengan membantu orang lain. (Kis. 20:35) (3) Menikmati khidmat kepada Yehuwa semasa muda. (Pkh. 12:1)—15/1, muka surat 19-20.

Apakah yang dilakukan oleh Yesus sejak tahun 1914?

Pada tahun 1914, Yesus Kristus digambarkan sebagai penunggang kuda putih yang memakai sebuah mahkota. Dia segera pergi menakluki sistem jahat Syaitan. (Why. 6:1, 2)—15/1, muka surat 28.

Bilakah majlis “perkahwinan Anak Domba” berlangsung? (Why. 19:7)

“Perkahwinan Anak Domba” diadakan selepas Raja Yesus Kristus menakluki musuh-musuhnya, iaitu selepas Babilon Besar dibinasakan dan perang Armagedon berakhir.—15/2, muka surat 10.

Mengapakah orang Yahudi menanti-nantikan kemunculan Mesias? (Luk. 3:15)

Kita tidak pasti sama ada orang Yahudi abad pertama memahami nubuat Daniel, seperti kita memahaminya hari ini. (Dan. 9:24-27) Namun mereka mungkin mendengar pengumuman malaikat kepada para gembala, atau kata-kata Hana apabila melihat Yesus yang masih bayi di Rumah Tuhan. Ahli kaji bintang juga mencari bayi “yang akan menjadi raja orang Yahudi.” (Mat. 2:1, 2) Selain itu, Yohanes Pembaptis juga telah berkata bahawa Mesias akan muncul tidak lama lagi.—15/2, muka surat 26-27.

Bagaimanakah kita boleh mengelakkan daripada memungkiri janji?

Ada kalanya kita tidak dapat menunaikan janji kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan. Namun, jika kita menjanjikan sesuatu, kita patut berusaha untuk menunaikannya.—15/3, muka surat 32.

Bagaimanakah kita boleh menolak godaan untuk melihat pornografi?

Tiga langkah berjaga-jaga ialah (1) Jika terpandang gambar erotik, alihkan pandangan anda dengan segera. (2) Jagalah fikiran anda dengan bertumpu pada perkara yang positif dan berdoalah. (3) Jagalah langkah anda dengan mengelakkan filem atau laman web yang mengandungi pornografi.—1/4, muka surat 10-12.

Apakah yang boleh berlaku jika seorang Kristian meninggalkan keluarganya untuk bekerja di tempat lain?

Apabila ibu bapa dan anak tidak hidup bersama, anak mungkin menghadapi masalah emosi dan moral. Mereka mungkin mula berasa marah terhadap ibu bapa. Selain itu, orang Kristian yang tinggal jauh daripada teman hidupnya mungkin menghadapi godaan seksual.—15/4, muka surat 19-20.

Apakah empat soalan penting yang boleh kita ingat apabila bertemu dengan orang semasa menginjil?

Empat soalannya ialah: Siapakah mereka? Di manakah saya akan berjumpa dengan mereka? Bilakah masanya untuk bercakap dengan mereka? Bagaimanakah seharusnya saya bercakap dengan mereka?—15/5, muka surat 12-15.