‘Sekarang Kamu Umat Tuhan’
‘Dahulu kamu bukan umat Tuhan, tetapi sekarang kamu umat Tuhan.’—1 PTR. 2:10.
1, 2. Apakah perubahan yang dilakukan oleh Yehuwa pada Pentakosta 33 M? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
PADA Pentakosta 33 M, Yehuwa telah membuat suatu perubahan yang bersejarah. Dia telah membentuk umat baru yang digelar sebagai Israel milik Tuhan, atau Israel rohani. (Gal. 6:16) Yehuwa telah menggunakan daya aktif-Nya untuk memilih setiap seorang daripada umat baru ini. Paulus memberitahu bahawa umat baru ini tidak perlu bersunat seperti keturunan Abraham. Hal ini adalah kerana “hati mereka bersunat” melalui daya aktif Tuhan.—Rm. 2:29.
2 Umat baru ini merangkumi para rasul serta lebih daripada 100 orang pengikut Yesus yang telah berkumpul di dalam sebuah bilik di Yerusalem. (Kis. 1:12-15) Tuhan telah mencurahkan daya aktif ke atas mereka dan mereka menjadi anak-anak-Nya. (Rm. 8:15, 16; 2 Kor. 1:21) Hal ini menunjukkan bahawa perjanjian baru sudah berkuat kuasa kerana Tuhan telah menerima tebusan Kristus. (Luk. 22:20; baca Ibrani 9:15.) Orang terurap ini membentuk umat baru Tuhan. Daya aktif telah membantu mereka untuk bertutur dan memahami banyak bahasa serta mengajarkan ‘hal-hal luar biasa yang dilakukan oleh Tuhan.’—Kis. 2:1-11.
UMAT TUHAN YANG BARU
3-5. (a) Apakah yang diberitahu oleh Petrus kepada orang Yahudi pada hari Pentakosta? (b) Bagaimanakah umat baru Tuhan menjadi banyak pada abad pertama?
3 Menerusi rasul Petrus, Yehuwa menjemput orang Yahudi dan orang bukan Yahudi untuk menyertai umat baru Tuhan, iaitu sidang Kristian. Pada hari Pentakosta, Petrus dengan berani berkata kepada orang Yahudi bahawa mereka telah membunuh Yesus. Jadi, sekarang mereka harus bertaubat dan menerima Yesus sebagai Tuan dan Kristus. Apabila mereka bertanya apa yang perlu dilakukan, Petrus menjawab, ‘Hendaklah setiap orang di kalangan saudara bertaubat daripada dosa, lalu dibaptis demi nama Yesus Kristus, supaya dosa saudara-saudara diampunkan lalu saudara semua akan menerima pemberian Tuhan, iaitu daya aktif Tuhan.’ (Kis. 2:22, 23, 36-38) Pada hari itu, sekitar 3,000 orang menyertai umat baru Tuhan, yang juga digelar sebagai Israel rohani. (Kis. 2:41) Selepas itu, para rasul terus menginjil dengan bersemangat dan lebih ramai orang menerima kebenaran. (Kis. 6:7) Semakin banyak orang menyertai umat baru ini.
4 Kemudian, pengikut-pengikut Yesus mula menginjil kepada orang Samaria. Ramai daripada orang Samaria menerima kebenaran dan dibaptis. Tetapi mereka belum menerima daya aktif Tuhan. Jadi badan pimpinan di Yerusalem mengutus Petrus dan Yohanes untuk melawat saudara saudari yang baru itu. Petrus dan Yohanes meletakkan tangan ke atas mereka, dan ‘mereka pun menerima daya aktif Tuhan.’ (Kis. 8:5, 6, 14-17) Maka, saudara saudari Samaria ini diurapi dan menjadi sebahagian daripada Israel rohani.
5 Pada tahun 36 M, Tuhan mengutus Petrus untuk menjemput orang lain menyertai Israel rohani. Hal ini terjadi apabila dia menginjil kepada seorang pegawai tentera Roma bernama Kornelius serta keluarga dan sahabat-sahabatnya. (Kis. 10:22, 24, 34, 35) Catatan Bible menyatakan bahawa sementara Petrus sedang bercakap, daya aktif Tuhan dicurahkan ke atas semua orang bukan Yahudi yang sedang mendengar. Beberapa orang Yahudi Kristian yang menyertai Petrus ‘hairan melihat Tuhan mengurniakan daya aktif-Nya kepada orang bukan Yahudi juga.’ (Kis. 10:44, 45) Sejak hari itu, orang bukan Yahudi yang tidak bersunat juga dijemput untuk menjadi sebahagian daripada Israel rohani.
UMAT YANG MENYANDANG NAMANYA
6, 7. Apakah yang dilakukan oleh bangsa baru sebagai umat yang menyandang nama Yehuwa?
6 Pada tahun 49 M, semasa mesyuarat badan pimpinan, Yakobus menyatakan bahawa ‘Petrus baru sahaja menerangkan bagaimana Tuhan mula menunjukkan kasih-Nya kepada orang bukan Yahudi’ dengan memilih mereka untuk menyandang Kis. 15:14) Umat yang menyandang nama Tuhan terdiri daripada orang Yahudi dan bukan Yahudi. Tuhan telah membentuk mereka menjadi satu bangsa. (Rm. 11:25, 26a) Kemudian, Petrus menulis: ‘Dahulu kamu bukan umat Tuhan, tetapi sekarang kamu umat Tuhan.’ Petrus menjelaskan tujuan bangsa baru ini dengan menyatakan: ‘Kamu bangsa yang terpilih, imam-imam, bangsa yang suci, umat Tuhan sendiri. Tuhan memilih kamu untuk mengisytiharkan perbuatan-Nya yang luar biasa. Tuhan sudah memanggil kamu keluar daripada kegelapan supaya masuk ke dalam cahaya-Nya yang gemilang.’ (1 Ptr. 2:9, 10) Mereka harus menjadi saksi yang berani bagi Yehuwa dan memuji-Nya sebagai Tuhan Yang Berdaulat.
nama-Nya. (7 Bangsa baru ini menyandang nama Yehuwa. Dia memanggil mereka “umat yang telah Kujadikan milik-Ku sendiri, mereka akan menyanyikan pujian untuk Aku.” (Yes. 43:21) Mereka dengan berani memberitahu orang bahawa Yehuwa ialah Tuhan yang benar dan tuhan-tuhan lain adalah palsu. (1 Tes. 1:9) Mereka menjadi saksi kepada Yehuwa dan Yesus “di Yerusalem, di seluruh Yudea, dan Samaria, serta sampai ke hujung bumi.”—Kis. 1:8; Kol. 1:23.
8. Apakah amaran yang diberikan oleh rasul Paulus kepada umat Tuhan pada abad pertama?
8 Paulus merupakan saksi Yehuwa yang berani. Dia menekankan bahawa Yehuwa ialah satu-satunya Tuhan yang benar semasa bercakap dengan ahli-ahli falsafah kafir. Paulus menerangkan bahawa Yehuwa ialah ‘Tuhan yang menjadikan dunia dengan segala isinya’ dan merupakan ‘Tuhan langit dan bumi.’ (Kis. 17:18, 23-25) Paulus juga memberikan amaran kepada sidang Kristian: “Aku tahu bahawa setelah aku pergi, serigala buas akan datang ke tengah-tengah kamu. Jemaah yang kamu jaga akan menjadi mangsa serigala. Bahkan akan tiba masanya apabila beberapa orang di kalangan kamu sendiri akan memberitakan berita yang tidak betul untuk menyesatkan pengikut Yesus sehingga mengikut mereka.” (Kis. 20:29, 30) Pada akhir abad pertama, banyak orang murtad telah muncul.—1 Yoh. 2:18, 19.
9. Apakah yang terjadi selepas kematian para rasul?
9 Selepas kematian para rasul, orang Kristian murtad berkembang dan mendirikan pelbagai gereja Kristian. Mereka tidak menyandang nama Yehuwa. Sebaliknya, mereka telah mengeluarkan nama Tuhan daripada banyak terjemahan Bible. Mereka juga menghina Tuhan dalam banyak cara. Mereka mengamalkan adat kafir dan menyebarkan ajaran-ajaran yang tidak berdasarkan Bible. Mereka menggunakan agama sebagai alasan untuk berperang. Mereka juga melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral. Selama ratusan tahun, hanya terdapat segelintir penyembah Yehuwa yang setia dan tiada kumpulan yang diaturkan sebagai umat untuk menyandang nama-Nya.
UMAT TUHAN MUNCUL SEMULA
10, 11. (a) Apakah yang dinubuatkan oleh Yesus tentang “gandum” dan “lalang”? (b) Bagaimanakah nubuat ini terjadi selepas tahun 1914?
10 Perumpamaan Yesus tentang gandum dan lalang menunjukkan bahawa kemurtadan akan merebak dan agama sejati akan menjadi susah untuk dikenal pasti. Yesus menjelaskan bahawa ketika “orang sedang tidur,” Syaitan “menanam lalang di antara gandum.” Kemudian, “lalang tumbuh bersama-sama gandum” sehingga akhir zaman. “Benih yang baik” melambangkan ‘umat Tuhan,’ dan “lalang” Mat. 13:24-30, 36-43) Bilakah hal ini terjadi? Bagaimanakah Tuhan mengaturkan umat-Nya semula di bumi?
melambangkan “orang yang berpihak kepada Si Jahat.” Pada akhir zaman, “Anak Manusia” akan mengutus malaikat untuk mengasingkan gandum daripada lalang. Para malaikat akan mengumpulkan umat Tuhan. (11 Akhir zaman bermula pada tahun 1914. Pada masa itu, hanya ada beberapa ribu orang Kristian terurap di bumi. Mereka masih ditawan secara rohani oleh Babilon Besar. Tetapi, pada tahun 1919, Yehuwa membebaskan mereka. Maka, perbezaan antara orang Kristian sejati dengan yang palsu menjadi sangat jelas. Orang Kristian sejati diaturkan menjadi “umat Tuhan.” Hal ini sama seperti yang dinubuatkan oleh Yesaya: “Pernahkah satu bangsa dilahirkan dalam sehari? Penderitaan Sion itu tidak lama lagi; segera anaknya akan lahir.” (Yes. 66:8, Berita Baik Untuk Manusia Moden) Sion melambangkan organisasi Yehuwa yang terdiri daripada malaikat. “Anaknya” dilahirkan apabila orang Kristian terurap diaturkan menjadi umat Tuhan.
12. Bagaimanakah orang Kristian terurap menjadi umat yang menyandang nama Yehuwa?
12 Seperti orang Kristian abad pertama, orang Kristian terurap hari ini juga menjadi saksi kepada Yehuwa. (Baca Yesaya 43:1, 10, 11.) Mereka berbeza daripada orang Kristian lain. Mengapa? Kerana mereka berkelakuan baik dan menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan “ke seluruh dunia supaya semua orang mendengarnya.” (Mat. 24:14; Flp. 2:15, 16) Dengan cara ini, mereka telah membantu jutaan orang untuk memupuk hubungan yang akrab dengan Yehuwa.—Baca Daniel 12:3.
“KAMI JUGA MAHU DIBERKATI SEPERTI KAMU”
13, 14. Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang tidak terurap supaya penyembahan mereka diterima oleh Yehuwa? Bagaimanakah hal ini dinubuatkan dalam Bible?
13 Rencana sebelum ini menunjukkan bahawa Yehuwa menerima mereka yang 1 Raj. 8:41-43) Hari ini, orang yang tidak terurap juga harus menyembah bersama Saksi-Saksi Yehuwa yang terurap.
menyembah bersama umat-Nya. (14 Bible menubuatkan bahawa ramai orang akan menyembah Yehuwa bersama umat-Nya pada hari-hari terakhir. Yesaya bernubuat, ‘Semua bangsa akan ke sana, dan mereka akan berkata, “Marilah kita pergi ke bukit Yehuwa, ke rumah Tuhan Israel. Dia akan mengajar kita kehendak-Nya; dan kita akan mengikut jalan-Nya, kerana ajaran Yehuwa berasal dari Yerusalem; dari Sion Dia berfirman kepada umat-Nya.”’ (Yes. 2:2, 3) Zakaria pula berkata, ‘Banyak orang dan banyak bangsa akan datang ke Yerusalem untuk menyembah Yehuwa dan memohon berkat-Nya.’ Kumpulan ini akan berkata kepada orang Israel rohani, ‘Kami juga mahu diberkati seperti kamu kerana kami mendengar bahawa Tuhan menyertai kamu.’—Za. 8:20-23.
15. “Domba-domba lain” menyertai Israel rohani untuk membuat kerja apa?
15 “Domba-domba lain” menyertai Israel rohani untuk menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan. (Mrk. 13:10) Maka, mereka menjadi sebahagian daripada umat Tuhan. Kedua-dua kumpulan ini menjadi “satu kawanan” di bawah “gembala yang baik,” Yesus Kristus.—Baca Yohanes 10:14-16.
BERLINDUNGLAH BERSAMA UMAT YEHUWA
16. Apakah yang akan dilakukan oleh Yehuwa yang menyebabkan Armagedon berlaku?
16 Selepas Babilon Besar dimusnahkan, umat Tuhan akan diserang. Pada waktu itu, kita memerlukan perlindungan Yehuwa. Apabila umat-Nya diserang, kemuncak kesengsaraan besar, iaitu Armagedon akan berlaku. Sebenarnya, Yehuwalah yang mengawal apa yang terjadi di pentas dunia. (Mat. 24:21; Yeh. 38:2-4) Kemudian, Gog akan menyerang umat-Nya yang “telah dikumpulkan.” (Yeh. 38:10-12) Apabila hal itu terjadi, Yehuwa akan bertindak dengan serta merta untuk menyelamatkan umat-Nya lalu berperang melawan Gog dan tentera Gog. Akhirnya, Yehuwa akan membuktikan kedaulatan-Nya dan memuliakan nama-Nya. Dia berkata, ‘Aku akan menunjukkan kebesaran dan kesucian-Ku kepada semua bangsa. Barulah mereka tahu bahawa Akulah Yehuwa.’—Yeh. 38:18-23.
17, 18. (a) Apabila Gog menyerang, apakah arahan yang akan diberikan oleh Yehuwa kepada umat-Nya? (b) Jika kita ingin dilindungi oleh Yehuwa, apakah yang harus kita lakukan?
17 Apabila Gog menyerang, Yehuwa akan memberitahu umat-Nya: ‘Masuklah ke dalam rumah kamu, hai bangsaku, dan tutuplah pintu. Bersembunyilah seketika, sehingga kemurkaan Tuhan sudah reda.’ (Yes. 26:20) Pada masa itu, Yehuwa akan memberikan arahan tentang bagaimana kita dapat dilindungi. “Rumah” yang dimaksudkan mungkin merujuk kepada sidang-sidang tempatan.
18 Jika kita ingin dilindungi ketika kesengsaraan besar, kita harus menerima hakikat bahawa terdapat umat yang mewakili Tuhan di bumi hari ini, iaitu sidang-sidang Kristian. Kita perlu berpihak kepada umat Yehuwa dan bergaul rapat dengan sidang kita. Semoga kita seperti pemazmur yang berkata, ‘Yehuwalah yang memberikan kemenangan, semoga Dia memberkati umat-Nya.’—Mzm. 3:9.