Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Dapatkah Pokok yang Ditebang Tumbuh Semula?

Dapatkah Pokok yang Ditebang Tumbuh Semula?

JIKA dibandingkan dengan pokok sedar dari Lubnan, pokok zaitun nampaknya tidak begitu mengagumkan. Namun, pokok zaitun tahan lasak. Sesetengah pokok zaitun berumur sekitar 1,000 tahun. Akarnya menjalar jauh ke dalam tanah. Jadi pokok zaitun yang ditebang atau yang batangnya dimusnahkan masih dapat tumbuh semula, asalkan akarnya masih hidup.

Seorang lelaki setia yang bernama Ayub sangat yakin bahawa jika dia mati, dia boleh hidup semula. (Ayb. 14:13-15) Dia menggunakan contoh sepohon pokok untuk menggambarkan keyakinannya terhadap kemampuan Tuhan untuk membangkitkannya. Ayub berkata, “Masih ada harapan bagi pokok yang ditebang; pokok itu dapat hidup semula dan bercabang.” Ayub mungkin terfikir tentang pokok zaitun. Jika hujan turun selepas kemarau, pokok zaitun dapat tumbuh semula dan “tunas-tunasnya muncul kembali.”—Ayb. 14:7-9.

Seperti seorang peladang yang ingin melihat pokok zaitun yang ditebang tumbuh semula, Tuhan Yehuwa ingin membangkitkan umat manusia yang sudah meninggal. (Mat. 22:31, 32; Yoh. 5:28, 29; Kis. 24:15) Bayangkan betapa gembiranya kita semasa menyambut mereka yang akan dihidupkan semula!