Kita Dapat Tetap Hidup Murni
“Basuhlah tangan kamu, . . . dan murnikanlah hati kamu.”—YAK. 4:8.
1. Apakah yang dianggap biasa oleh ramai orang di dunia ini?
KITA hidup di dunia yang penuh dengan perkara yang tidak bermoral. Contohnya, ramai orang menganggap hubungan sejenis atau hubungan seks luar nikah sebagai perkara yang biasa. Filem, buku, lagu, dan iklan penuh dengan unsur seks yang tidak bermoral. (Mzm. 12:8, 9) Namun, Yehuwa dapat membantu kita untuk hidup dalam cara yang menyenangkan hati-Nya. Walaupun dunia ini tidak bermoral, kita masih dapat hidup murni, atau suci.—Baca 1 Tesalonika 4:3-5.
2, 3. (a) Mengapakah kita harus menolak keinginan yang salah? (b) Apakah yang akan dibincangkan dalam rencana ini?
2 Untuk menyenangkan hati Yehuwa, kita harus menolak perkara yang dibenci-Nya. Memandangkan kita tidak sempurna, kita mungkin tertarik kepada perkara yang tidak bermoral, sepertimana ikan tertarik kepada umpan. Jika kita mula mempunyai fikiran yang salah, kita harus menolaknya dengan segera. Jika tidak, keinginan yang tidak bermoral mungkin mendorong kita untuk melakukan dosa apabila digoda. Bible berkata, Yakobus 1:14, 15.
“Apabila keinginan itu menjadi subur, maka lahirlah dosa.”—Baca3 Keinginan yang berdosa boleh bertumbuh di dalam hati. Itulah sebabnya kita harus berhati-hati dengan keinginan kita. Dengan menolak keinginan yang salah, kita dapat mengelakkan perbuatan yang tidak bermoral serta akibat buruknya. (Gal. 5:16) Dalam rencana ini, kita akan membincangkan tiga perkara yang dapat membantu kita melawan keinginan yang salah, iaitu hubungan kita dengan Yehuwa, nasihat daripada Firman Tuhan, dan bantuan daripada orang Kristian yang matang.
“HAMPIRILAH TUHAN”
4. Mengapakah penting bagi kita untuk ‘menghampiri Tuhan’?
4 Bagi mereka yang ingin ‘menghampiri Tuhan,’ Bible berkata, “Basuhlah tangan kamu, . . . dan murnikanlah hati kamu.” (Yak. 4:8) Jika kita menghargai persahabatan dengan Yehuwa, kita akan berusaha untuk menyenangkan hati-Nya dalam semua aspek kehidupan, termasuk pemikiran kita. Jika pemikiran kita murni, hati kita juga akan menjadi murni. (Mzm. 24:3, 4; 51:8; Flp. 4:8) Yehuwa tahu bahawa kita tidak sempurna dan kadangkala berfikir tentang perkara yang tidak bermoral. Tetapi, kita akan menolak pemikiran yang salah kerana kita tidak ingin menyakiti hati-Nya. (Kej. 6:5, 6) Kita akan melakukan apa sahaja untuk memastikan pemikiran kita murni.
5, 6. Bagaimanakah doa dapat membantu kita melawan keinginan yang tidak bermoral?
5 Yehuwa akan membantu kita untuk melawan pemikiran yang tidak bermoral apabila kita memohon bantuan daripada-Nya. Dia akan memberikan daya aktif-Nya untuk menguatkan tekad kita supaya dapat tetap hidup murni. Semasa berdoa, kita boleh memberitahu Yehuwa bahawa kita ingin menyenangkan hati-Nya menerusi pemikiran kita. (Mzm. 19:15) Dengan rendah hati, kita boleh meminta Yehuwa untuk menyelidiki hati kita sama ada terdapat keinginan yang berdosa. (Mzm. 139:23, 24) Maka, teruslah minta bantuan Yehuwa agar anda dapat tetap hidup murni walaupun digoda.—Mat. 6:13.
6 Dahulu, kita mungkin gemar melakukan perkara yang tidak diperkenankan Tuhan. Selepas mengenali Yehuwa, kita mungkin masih bergelut dengan keinginan itu. Namun, Yehuwa dapat membantu kita untuk berubah dan melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya. Misalnya, selepas Raja Daud berzina dengan Batsyeba, dia bertaubat dan merayu kepada Yehuwa: “Ciptalah hati yang murni bagiku, baharuilah batinku agar menjadi teguh.” (Mzm. 51:12, 14) Walaupun kita masih bergelut dengan keinginan yang berdosa, Yehuwa dapat membimbing kita supaya mentaati dan hidup selaras dengan perintah-Nya. Dia dapat membantu kita untuk mengawal pemikiran yang berdosa.—Mzm. 119:133.
“MELAKUKAN APA YANG DIFIRMANKAN OLEH TUHAN”
7. Bagaimanakah Firman Tuhan membantu kita menolak pemikiran yang tidak bermoral?
7 Yehuwa dapat menjawab doa kita melalui Firman-Nya, Bible. Kebijaksanaan daripada Tuhan yang terkandung dalam Bible “pertama-tamanya murni.” (Yak. 3:17) Dengan membaca Bible setiap hari, kita dapat mengisi minda kita dengan hal-hal yang murni. (Mzm. 19:8, 12; 119:9, 11) Bible juga mengandungi contoh dan amaran yang dapat membantu kita menolak pemikiran dan keinginan yang tidak bermoral.
8, 9. (a) Mengapakah pemuda dalam kisah di Amsal bab 7 melakukan hubungan seks dengan seorang wanita? (b) Apakah situasi berbahaya yang harus kita elakkan?
Amsal 5:8 memberikan amaran untuk menjauhi perkara yang tidak bermoral. Di Amsal bab 7, terdapat sebuah kisah tentang seorang pemuda yang bersiar-siar pada waktu malam berdekatan rumah seorang wanita. Pada masa itu, wanita itu berada di selekoh jalan dan “berpakaian seperti seorang pelacur.” Wanita itu datang kepadanya lalu memeluknya dan menciumnya. Dia juga meluahkan kata-kata yang menggoda untuk membangkitkan nafsu pemuda itu. Pemuda itu tidak menolak keinginan yang salah, dan akhirnya dia melakukan hubungan seks dengan wanita itu. Pemuda itu sebenarnya tidak merancang untuk berdosa. Namun itulah yang terjadi dan dia terpaksa menanggung akibat buruk perbuatannya. Jika dia bertindak dengan bijaksana, dia tentu akan menjauhkan diri daripada wanita itu!—Ams. 7:6-27.
8 Buku9 Seperti pemuda itu, kita juga mungkin menghadapi situasi yang dapat membangkitkan nafsu yang salah. Misalnya, pada waktu malam, saluran televisyen mungkin menayangkan filem yang tidak bermoral. Jadi adalah berbahaya jika kita
menukar-nukar saluran hanya untuk melihat apa yang ditayangkan. Semasa melayari Internet, sesetengah pautan mungkin berbahaya kerana menuju ke laman web lucah. Selain itu, ruang sembang (chat room) dan laman web tertentu mempunyai iklan-iklan yang berunsur lucah. Dalam situasi ini, apa yang kita nampak dapat menimbulkan keinginan yang tidak bermoral dan menyebabkan kita mengingkari Yehuwa.10. Mengapakah berbahaya untuk bermain cinta? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
10 Bible juga mengajar kita tentang cara lelaki dan wanita harus memperlakukan satu sama lain. (Baca 1 Timotius 5:2.) Orang Kristian tidak harus bermain cinta. Sesetengah orang berasa bahawa menunjukkan perasaan romantik, bersikap mesra, atau bermain mata dengan orang yang berlawanan jantina tidak salah, asalkan mereka tidak bersentuhan. Namun apabila dua orang melakukan hal ini, mereka dapat membangkitkan nafsu salah yang mengakibatkan mereka melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral. Hal ini pernah berlaku dalam kalangan umat Yehuwa.
11. Apakah yang kita pelajari daripada teladan Yusuf?
11 Yusuf menetapkan teladan yang baik bagi kita. Isteri Potifar selalu menggoda Yusuf untuk tidur bersamanya. Walaupun Yusuf menolak permintaannya, dia tidak putus asa. Hari demi hari, dia mengajak Yusuf untuk “bersama dengan dia.” (Kej. 39:7, 8, 10) Seorang pakar Bible menjelaskan bahawa isteri Potifar berharap bahawa jika dia dan Yusuf berdua-duaan, Yusuf mungkin menginginkannya. Namun Yusuf tidak melayan godaannya dan tidak bermain cinta dengannya. Yusuf tidak membiarkan keinginan yang salah bertumbuh dalam hati. Apabila isteri Potifar menarik baju Yusuf dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks, Yusuf “lari ke luar” dan “jubahnya tertinggal di tangan perempuan itu.”—Kej. 39:12.
12. Bagaimanakah mata kita boleh mempengaruhi hati kita?
12 Yesus memberikan amaran bahawa apa yang kita lihat dapat menimbulkan keinginan yang salah di dalam hati. Dia berkata, “Sesiapa yang terus memandang seorang wanita dengan perasaan berahi sudah berzina dengannya dalam hati.” (Mat. 5:28) Hal ini pernah terjadi kepada Raja Daud. Dari bumbung istana “baginda nampak seorang wanita sedang mandi.” Dia tidak mengalihkan pandangannya, tetapi asyik memikirkan wanita itu. (2 Sam. 11:2) Walaupun wanita itu sudah bersuami, Daud menginginkannya dan mengadakan hubungan seks dengannya.
13. Bagaimanakah kita boleh meneladani Ayub?
13 Jika kita ingin menolak pemikiran yang tidak bermoral, kita harus mengikut teladan Ayub. Dia berkata, “Dengan sumpah aku telah berjanji, tidak memandang gadis muda dengan berahi.” (Ayb. 31:1, 7, 9) Seperti Ayub, kita boleh bertekad untuk tidak memandang seseorang dengan berahi. Jika kita ternampak gambar yang tidak senonoh pada skrin komputer, papan iklan, majalah, atau di mana-mana, kita harus mengalihkan pandangan kita dengan segera.
14. Apakah yang perlu kita lakukan untuk hidup murni?
14 Selepas membincangkan maklumat ini, anda mungkin sedar bahawa terdapat beberapa aspek dalam kehidupan anda yang perlu diperbaiki. Jika demikian, buatlah perubahan yang diperlukan dengan Yakobus 1:21-25.
serta-merta! Dengan melakukan apa yang difirmankan oleh Tuhan, anda pasti dapat menolak perbuatan seks yang tidak bermoral dan tetap hidup murni.—Baca“MEMANGGIL PARA PENATUA”
15. Jika anda sedang bergelut dengan keinginan yang salah, mengapakah anda perlu mendapatkan bantuan?
15 Jika anda sedang bergelut dengan keinginan yang salah, luahkanlah perasaan anda kepada seorang penyembah Yehuwa yang matang. Dia boleh memberi anda nasihat yang baik daripada Bible. Mungkin tidak senang bagi anda untuk bercakap kepada seseorang mengenai masalah peribadi anda. Namun, adalah penting untuk meminta bantuan. (Ams. 18:1; Ibr. 3:12, 13) Orang Kristian yang matang dapat membantu anda untuk mengenal pasti perubahan yang perlu anda lakukan. Dengan demikian, anda dapat mengekalkan hubungan baik dengan Yehuwa.
16, 17. (a) Bagaimanakah para penatua boleh membantu orang yang bergelut dengan keinginan yang salah? Berikan contoh. (b) Mengapakah penting bagi mereka yang melihat bahan lucah untuk meminta bantuan dengan segera?
16 Para penatua layak membantu kita. (Baca Yakobus 5:13-15.) Selama bertahun-tahun, seorang pemuda di Brazil bergelut dengan keinginan yang salah. Dia berkata, “Saya tahu fikiran saya tidak menyenangkan hati Yehuwa, tetapi saya berasa terlalu malu untuk meluahkan perasaan saya kepada orang lain.” Namun seorang penatua sedar bahawa pemuda ini memerlukan bantuan dan menggalakkannya untuk meminta bantuan daripada para penatua. Pemuda ini berkata, “Para penatua sangat baik hati dengan saya dan berusaha memahami masalah saya. Saya berasa tidak layak untuk dilayan dengan baik. Namun mereka mendengar masalah saya dengan teliti. Menerusi Bible, mereka meyakinkan saya bahawa Yehuwa mengasihi saya. Mereka juga berdoa bersama saya. Oleh itu, saya sudi menerima nasihat Bible yang diberikan oleh mereka.” Selepas hubungannya dengan Yehuwa bertambah erat, pemuda ini berkata, “Saya sedar betapa pentingnya untuk meminta bantuan, dan bukannya memikul beban seorang diri.”
17 Jika anda mempunyai tabiat melihat bahan lucah, anda perlu meminta bantuan dengan segera. Jika anda bertangguh, keinginan yang salah akan menjadi lebih kuat sehingga menyebabkan anda melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral. Hal ini pasti akan menyakiti hati orang lain serta membawa nama buruk kepada Yehuwa. Ramai orang telah meminta bantuan daripada para penatua dan menerapkan nasihat Bible kerana mereka ingin mendapat perkenan Yehuwa dan ingin terus berada dalam sidang Kristian.—Mzm. 141:5; Ibr. 12:5, 6; Yak. 1:15.
BERTEKADLAH UNTUK TETAP HIDUP MURNI!
18. Apakah tekad anda?
18 Semakin hari, keadaan moral dunia Syaitan semakin teruk. Namun umat Yehuwa bertekad untuk mengekalkan pemikiran yang murni. Oleh itu, Yehuwa sangat bangga dengan mereka. Marilah kita menghampiri Yehuwa dan menerima nasihat-Nya menerusi Firman Tuhan serta sidang Kristian. Dengan berbuat demikian, kita akan bersukacita dan mempunyai hati nurani yang bersih. (Mzm. 119:5, 6) Selepas Syaitan disingkirkan pada masa depan, kita berpeluang hidup kekal di dunia baru yang suci dan murni.