Hendaklah Kamu “Sentiasa Menghargai” Orang seperti Itu
SEJAK tahun 1992, Badan Pimpinan telah melantik para penatua yang matang dan berpengalaman sebagai pembantu jawatankuasa. * Para pembantu ini merupakan “biri-biri lain” dan mereka menyokong Badan Pimpinan. (Yoh. 10:16) Mereka juga menghadiri mesyuarat jawatankuasa masing-masing setiap minggu. Di sana, mereka menyediakan maklumat serta memberikan cadangan. Badan Pimpinan membuat keputusan dan para pembantu akan memastikan bahawa keputusan itu dilaksanakan. Mereka sudi melakukan apa sahaja tugas yang diberikan. Mereka juga menyertai Badan Pimpinan untuk pergi ke konvensyen istimewa dan antarabangsa. Ada kalanya mereka ditugaskan untuk melawat pejabat cawangan sebagai wakil ibu pejabat.
Seorang saudara yang berkhidmat sebagai pembantu sejak tahun 1992 berkata, “Apabila saya melakukan tugas saya, Badan Pimpinan dapat menumpukan lebih banyak perhatian kepada hal-hal rohani.” Seorang lagi saudara yang berkhidmat sebagai pembantu selama 20 tahun berkata, “Khidmat ini memang suatu penghormatan besar yang tidak disangka-sangka.”
Badan Pimpinan mengamanahkan banyak tanggungjawab kepada pembantu mereka dan menghargai kerja keras saudara-saudara ini. Semoga kita juga “sentiasa menghargai” orang seperti itu.—Flp. 2:29.
^ per. 2 Lihat buku Kerajaan Tuhan Kini Memerintah! bab 12, kotak bertajuk “Bagaimana Badan Pimpinan Menjaga Kepentingan Kerajaan Tuhan” untuk maklumat mengenai tanggungjawab enam jawatankuasa Badan Pimpinan.