Yehuwa Berkomunikasi dengan Manusia
“Engkau menyuruh aku mendengar ketika Engkau berfirman.”—AYB. 42:4.
LAGU: 113, 114
1-3. (a) Mengapakah fikiran dan bahasa Tuhan lebih tinggi daripada manusia? (b) Apakah yang akan kita pelajari daripada rencana ini?
YEHUWA ingin mengongsi kehidupan dan kebahagiaan dengan malaikat dan manusia yang diciptakan-Nya. (Mzm. 36:10; 1 Tim. 1:11) Pada mulanya, Yehuwa menciptakan Yesus yang digelar sebagai “Firman.” (Yoh. 1:1; Why. 3:14) Yehuwa menyatakan fikiran dan perasaan-Nya semasa berkomunikasi dengan Yesus. (Yoh. 1:14, 17; Kol. 1:15) Rasul Paulus berkata bahawa para malaikat juga berkomunikasi dalam bahasa tersendiri. Bahasa mereka berbeza dengan bahasa manusia.—1 Kor. 13:1.
2 Yehuwa tahu segala sesuatu tentang berbilion-bilion malaikat dan manusia yang diciptakan-Nya. Dia dapat mendengar doa yang diucapkan oleh jutaan orang pada masa yang sama. Dia memahami doa mereka tidak kira bahasa apa pun yang digunakan mereka. Semasa mendengar doa mereka, Yehuwa juga berkomunikasi dan memberikan arahan kepada para malaikat. Untuk melakukan perkara itu, fikiran dan bahasa Yehuwa sudah tentu lebih tinggi daripada fikiran dan bahasa yang digunakan oleh manusia. (Baca Yesaya 55:8, 9.) Maka, semasa berkomunikasi dengan manusia, Dia menyampaikannya dalam cara yang mudah difahami.
3 Dalam rencana ini, kita akan belajar cara Yehuwa berkomunikasi dengan manusia dalam cara yang mudah difahami. Kita juga akan mengkaji bagaimana Dia mengubah cara berkomunikasi mengikut keadaan.
TUHAN BERKOMUNIKASI DENGAN MANUSIA
4. (a) Apakah bahasa yang digunakan Yehuwa semasa berkomunikasi dengan Musa, Samuel, dan Daud? (b) Apakah maklumat yang terkandung dalam Bible?
4 Semasa berkomunikasi dengan Adam di Taman Eden, Yehuwa mungkin menggunakan bahasa Ibrani kuno. Yehuwa juga menggunakan bahasa itu semasa berkomunikasi dengan Musa, Samuel, dan Daud. Mereka menulis fikiran Tuhan dengan menggunakan bahasa itu dan memiliki cara penulisan tersendiri. Mereka menulis apa yang ditentukan oleh Yehuwa dan tentang sejarah hubungan Tuhan dengan umat-Nya. Contohnya, Bible mencatatkan tentang iman dan kasih mereka terhadap Tuhan. Bible juga mencatatkan mengenai kesilapan dan ketidaksetiaan mereka. Semua maklumat ini ditulis untuk manfaat kita.—Rm. 15:4.
5. Adakah Tuhan hanya menggunakan bahasa Ibrani untuk berkomunikasi dengan manusia? Jelaskan.
5 Yehuwa tidak selalu menggunakan bahasa Ibrani semasa berkomunikasi dengan manusia. Apabila orang Israel dibebaskan dari Babilon, beberapa di antara mereka menggunakan bahasa Aram dalam percakapan seharian. Kemungkinan itulah sebabnya Daniel, Yeremia, dan Ezra menulis beberapa bahagian buku Bible dalam bahasa Aram. *
6. Mengapakah Kitab Ibrani diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani?
6 Apabila Iskandar Agung menawan sebahagian besar dunia pada masa lampau, bahasa Yunani atau Koine telah menjadi bahasa utama di banyak negara. Banyak orang Yahudi mula bercakap dalam bahasa Yunani. Kemudian, Kitab Ibrani diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani dan dipanggil Septuagint. Septuagint merupakan terjemahan Bible yang pertama dan salah satu terjemahan yang terpenting. Para penyelidik percaya bahawa Septuagint ialah hasil 72 orang penterjemah. * Ada penterjemah yang menterjemahkannya kata demi kata, ada pula yang sebaliknya. Namun, orang Yahudi yang berbahasa Yunani dan orang Kristian yang lain yakin bahawa Septuagint merupakan Firman Tuhan.
7. Apakah bahasa yang digunakan Yesus untuk mengajar murid-muridnya?
7 Semasa Yesus berada di bumi, dia mungkin menggunakan bahasa Ibrani. (Yoh. 19:20; 20:16; Kis. 26:14) Dia juga mungkin menggunakan beberapa ungkapan bahasa Aram yang biasa diucapkan. Tetapi, dia juga tahu bahasa Ibrani kuno yang digunakan oleh Musa dan nabi-nabi yang lain. Tulisan mereka dibaca di rumah ibadat setiap minggu. (Luk. 4:17-19; 24:44, 45; Kis. 15:21) Selain itu, bahasa Yunani dan Latin juga digunakan pada zaman Yesus. Namun, Bible tidak menyatakan bahawa Yesus menggunakan bahasa tersebut.
8, 9. Mengapakah banyak orang Kristian bertutur dalam bahasa Yunani? Apakah yang kita belajar tentang Yehuwa daripada hal ini?
Kisah 6:1.) Apabila berita baik tersebar, banyak orang Kristian bertutur dalam bahasa Yunani dan bukannya Ibrani. Oleh sebab bahasa Yunani merupakan bahasa yang biasa dituturkan, buku Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes diedarkan dalam bahasa Yunani. * Surat-surat Paulus dan buku-buku Bible yang lain juga ditulis dalam bahasa Yunani.
8 Pengikut-pengikut Yesus yang pertama bertutur dalam bahasa Ibrani. Tetapi selepas kematiannya, murid-muridnya bertutur dalam bahasa lain. (Baca9 Semasa penulis Kitab Yunani Kristian memetik ayat daripada Kitab Ibrani, mereka biasanya menggunakan Septuagint. Kadangkala, petikan tersebut sedikit berbeza daripada ayat dalam bahasa Ibrani asal. Namun, hasil kerja mereka menjadi sebahagian daripada Bible yang diilhami Tuhan. Hal ini menunjukkan bahawa Yehuwa tidak memandang suatu bahasa atau budaya lebih baik daripada yang lain.—Baca Kisah 10:34.
10. Apakah yang dapat kita pelajari daripada cara Yehuwa berkomunikasi dengan manusia?
10 Kita telah belajar bahawa Yehuwa berkomunikasi dengan manusia mengikut keadaan. Dia tidak mengharapkan kita untuk bercakap dalam bahasa tertentu untuk mengenali-Nya dan tujuan-Nya. (Baca Zakharia 8:23; Wahyu 7:9, 10.) Kita juga belajar bahawa Yehuwa mengilhami penulis Bible dan membenarkan mereka menulis fikiran-Nya dalam gaya bahasa tersendiri.
MESEJ TUHAN TERPELIHARA
11. Adakah bahasa yang berbeza-beza menghalang Yehuwa daripada berkomunikasi dengan manusia, dan mengapa?
11 Adakah bahasa yang berbeza menghalang Yehuwa daripada berkomunikasi dengan manusia? Tidak. Contohnya, Bible hanya mengandungi beberapa kata Yesus dalam bahasa asal yang digunakannya. (Mat. 27:46; Mrk. 5:41; 7:34; 14:36) Tetapi Yehuwa memastikan mesej Yesus ditulis dan diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani dan bahasa lain. Oleh sebab Firman Tuhan disalin banyak kali oleh orang Yahudi dan orang Kristian, mesej Tuhan terpelihara. Kemudian, salinan-salinan ini diterjemahkan ke dalam lebih banyak bahasa. Kira-kira 400 tahun selepas kematian Kristus, salah seorang penulis berkata bahawa ajaran Yesus telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa seperti Syria, Mesir, India, Persia, dan Etiopia.
12. Bagaimanakah Bible ditentang?
12 Terdapat banyak tentangan terhadap 2 Timotius 2:9.
Bible dan mereka yang menterjemahkan dan mengedarkannya. Kira-kira 300 tahun selepas kelahiran Yesus, Maharaja Roma yang bernama Diocletian memerintahkan agar semua salinan Bible dihapuskan. Kira-kira 1,200 tahun kemudian, William Tyndale mula menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Inggeris. Dia berkata bahawa jika Tuhan mengizinkannya untuk hidup lama, dia akan memastikan bahkan budak yang bekerja di ladang dapat memahami Bible lebih baik daripada paderi. Oleh sebab Tyndale dianiaya, dia melarikan diri dari England ke Eropah untuk menterjemahkan dan mencetak Biblenya. Salinan Biblenya telah diedarkan kepada ramai orang walaupun pemimpin agama cuba membakar semua Bible yang diterjemahkannya. Akhirnya, Tyndale dijerut dan dibakar di sebatang tiang. Tetapi terjemahannya berjaya mengharungi serangan daripada para pemimpin agama. Terjemahannya telah digunakan sebagai rujukan untuk menterjemahkan Bible King James Version.—Baca13. Kajian naskhah kuno Bible menunjukkan apa?
13 Beberapa salinan Bible yang lama mengandungi perbezaan dan kesilapan kecil. Namun, pakar Bible mengkaji dengan teliti beribu-ribu naskhah kuno dan terjemahan Bible yang lama. Selepas membandingkannya, mereka mendapati hanya beberapa ayat Bible yang mengandungi perbezaan kecil. Tetapi mesej Bible tidak berubah. Kajian sebegini telah meyakinkan pelajar Bible yang ikhlas bahawa Bible yang didapati kini ialah Firman yang diilhami Yehuwa.—Yes. 40:8. *
14. Seberapa luaskah pengedaran Bible?
14 Walaupun mengalami banyak tentangan, Bible diterjemahkan ke dalam lebih daripada 2,800 bahasa. Tiada buku lain yang pernah diterjemahkan ke dalam begitu banyak bahasa. Walaupun banyak orang tidak beriman terhadap Tuhan, Firman-Nya merupakan buku yang paling banyak diedarkan dalam sejarah. Sesetengah terjemahan Bible kurang tepat dan tidak mudah difahami. Namun kebanyakannya menyampaikan mesej tentang harapan kehidupan kekal.
TERJEMAHAN BIBLE YANG BARU DIPERLUKAN
15. (a) Apakah perubahan yang berlaku pada bahan bacaan sejak tahun 1919? (b) Mengapakah bahan bacaan disediakan dalam bahasa Inggeris terlebih dahulu?
15 Pada tahun 1919, sekumpulan kecil pelajar Bible telah dilantik sebagai “hamba yang setia dan bijaksana.” Pada masa itu, hamba yang setia berkomunikasi dengan umat Tuhan menggunakan bahasa Mat. 24:45) Kini, bahan bacaan Bible boleh didapati dalam lebih daripada 700 bahasa. Seperti bahasa Yunani pada masa lampau, sekarang bahasa Inggeris biasa digunakan dalam perniagaan dan pendidikan. Maka, bahan bacaan kita disediakan dalam bahasa Inggeris kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa lain.
Inggeris. (16, 17. (a) Apakah yang diperlukan oleh umat Tuhan? (b) Bagaimanakah keperluan itu dipenuhi? (c) Apakah keinginan Saudara Knorr?
16 Semua bahan bacaan kita adalah berdasarkan Bible. Pada mulanya, umat Tuhan menggunakan Bible King James Version tahun 1611. Namun, bahasanya lama dan susah difahami. Nama Tuhan juga digunakan hanya beberapa kali, sedangkan nama itu muncul ribuan kali dalam naskhah kuno Bible. Edisi itu juga memiliki kesilapan dan ayat-ayat tambahan yang tidak terdapat dalam naskhah kuno. Terjemahan Bible bahasa Inggeris yang lain memiliki masalah serupa.
17 Jelaslah bahawa umat Tuhan memerlukan terjemahan Bible yang tepat dan mudah difahami. Maka Jawatankuasa Terjemahan Bible Dunia Baru telah dibentuk. Saudara-saudara dalam jawatankuasa ini telah menerbitkan beberapa bahagian Bible dari tahun 1950 hingga 1960. Jilid pertama dikeluarkan semasa konvensyen pada 2 Ogos 1950. Pada masa itu, Saudara Knorr berkata bahawa umat Tuhan memerlukan terjemahan Bible yang terkini, tepat, dan mudah difahami. Dengan demikian, mereka dapat mempelajari kebenaran dengan mendalam. Mereka memerlukan terjemahan Bible yang mudah dibaca dan difahami sama seperti tulisan asal pengikut Kristus. Saudara Knorr ingin agar Bible Terjemahan Dunia Baru membantu jutaan orang untuk mengenal Yehuwa.
18. Apakah yang dapat membantu penterjemah Bible?
18 Pada tahun 1963, keinginan Saudara Knorr menjadi kenyataan. Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baru boleh didapati dalam bahasa Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Portugis, dan Sepanyol. Pada tahun 1989, Badan Pimpinan Saksi-Saksi Yehuwa telah membentuk satu bahagian baru di ibu pejabat untuk membantu penterjemah Bible. Kemudian pada tahun 2005, keizinan telah diberikan untuk menterjemahkan Bible ke dalam bahasa lain sekiranya majalah Menara Pengawal sudah terdapat dalam bahasa itu. Hasilnya, sebahagian atau seluruh Bible Terjemahan Dunia Baru boleh didapati dalam lebih daripada 130 bahasa.
19. Apakah peristiwa penting yang berlaku pada tahun 2013? Apakah yang akan dipelajari dalam rencana seterusnya?
19 Bahasa Inggeris telah berubah sejak edisi pertama Terjemahan Dunia Baru dikeluarkan. Oleh itu, terjemahan ini perlu dikemaskinikan. Pada 5 dan 6 Oktober 2013, sebanyak 1,413,676 hadirin dari 31 buah negara telah menghadiri mesyuarat tahunan Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania yang ke-129. Ada juga yang dihubungkan melalui rangkaian audio video. Seorang ahli Badan Pimpinan mengumumkan pengeluaran Terjemahan Dunia Baru yang dikemaskinikan dalam bahasa Inggeris. Hadirin sangat gembira dan banyak di antara mereka menangis apabila mendapat salinan Bible sendiri. Semasa penceramah membaca ayat-ayat dari terjemahan itu, semua hadirin sedar bahawa terjemahan itu mudah dibaca dan difahami. Dalam rencana seterusnya, kita akan belajar lebih banyak tentang edisi ini dan cara edisi ini diterjemahkan ke dalam bahasa lain.
^ per. 5 Ezra 4:8, 7:12, Yeremia 10:11, dan Daniel 2:4 pada asalnya ditulis dalam bahasa Aram.
^ per. 6 Septuagint bermaksud “Tujuh puluh.” Nampaknya, terjemahan ini bermula pada kira-kira tahun 300 SM dan tamat pada tahun 150 SM. Pada hari ini, terjemahan ini masih dianggap penting kerana membantu para penyelidik memahami perkataan atau ayat-ayat Ibrani yang susah.
^ per. 8 Sesetengah orang berasa bahawa Matius menulis bukunya dalam bahasa Ibrani yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani. Buku ini mungkin diterjemahkan oleh Matius.
^ per. 13 Lihat Lampiran A3 dalam Bible New World Translation yang dikemaskinikan dalam bahasa Inggeris; dan lihat tajuk “How Did the Book Survive?” dalam brosur A Book for All People, muka surat 7-9.