Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Nubuat 4. Tidak Memiliki Kasih Sayang

Nubuat 4. Tidak Memiliki Kasih Sayang

Nubuat 4. Tidak Memiliki Kasih Sayang

‘Manusia tidak akan memiliki kasih sayang.’​—2 TIMOTIUS 3:1-3.

● Seorang wanita yang bernama Chris di Wales bekerja dalam pertubuhan untuk membantu mangsa dera domestik. Dia berkata, “Ada sekali, seorang wanita yang pernah saya tolong datang lagi untuk minta bantuan. Tapi, dia dibelasah dengan begitu teruk sehingga saya langsung tidak dapat cam dia.” Chris menyambung, “Trauma emosi yang dilalui sesetengah wanita buat mereka tidak mahu melihat orang lain. Mereka asyik tunduk dan pandang ke lantai saja.”

APAKAH FAKTANYA? Di sebuah negara Afrika, sekitar 1 daripada 3 wanita telah didera secara seksual semasa kecil. Menurut satu tinjauan, lebih daripada satu pertiga lelaki di negara itu juga berasa bahawa mereka berhak memukul isteri. Sebenarnya, lelaki juga boleh menjadi mangsa dera. Sebagai contoh di Kanada, hampir 3 daripada 10 lelaki dipukul atau didera oleh pasangan mereka.

APAKAH PANDANGAN SESETENGAH ORANG? Sejak dulu pun, kes dera sudah ada. Tetapi sekarang, hal ini mendapat lebih banyak perhatian.

ADAKAH HAL ITU BERASAS? Memang masyarakat semakin peka terhadap keganasan rumah tangga. Tetapi, adakah hal ini membantu mengurangkan jumlah kes dera? Tidak! Jelas sekali, kasih sayang sesama manusia kian lama kian pudar.

APAKAH PANDANGAN ANDA? Adakah 2 Timotius 3:1-3 sedang berlaku di sekeliling anda? Adakah anda setuju semakin banyak orang tidak memiliki kasih sayang dalam keluarga?

Dalam nubuat berikut, anda akan belajar apa yang dinubuatkan tentang bumi kita.

[Petikan pada muka surat 7]

“Keganasan rumah tangga ialah salah satu jenayah yang paling jarang dilaporkan. Secara purata, seorang wanita didera oleh pasangannya sebanyak 35 kali sebelum menghubungi polis.”​—JURUCAKAP BAGI TALIAN BANTUAN PENDERAAN DOMESTIK DI WALES.