Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

“Berita Baik tentang Kerajaan Tuhan Akan Disebarkan”

“Berita Baik tentang Kerajaan Tuhan Akan Disebarkan”

“Berita Baik tentang Kerajaan Tuhan Akan Disebarkan”

“Berita baik tentang Kerajaan Tuhan akan disebarkan ke seluruh bumi sebagai kesaksian kepada semua bangsa. Kemudian, barulah akhir akan datang.”​—MATIUS 24:14.

Maksud: Penulis Bible yang bernama Lukas berkata bahawa Yesus “pergi dari kota ke kota dan dari pekan ke pekan untuk menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan.” (Lukas 8:1) Yesus sendiri berkata, “Berita baik tentang Kerajaan Tuhan harus aku khabarkan juga di kota-kota lain, kerana untuk tugas itulah aku diutus.” (Lukas 4:43) Selain mengutus pengikutnya untuk menginjil di pekan-pekan, Yesus juga memberitahu mereka, “Kamu akan menjadi saksi-saksiku . . . sampai ke hujung bumi.”​—Kisah 1:8; Lukas 10:1.

Teladan Orang Kristian Awal: Pengikut Yesus telah mengikut arahannya dengan tekun. Bible kata, “Setiap hari, baik di Rumah Tuhan mahupun dari rumah ke rumah, mereka tidak henti-henti mengajarkan dan mengumumkan berita baik tentang Yesus, iaitu Kristus.” (Kisah 5:42) Semua pengikutnya telah melakukan kerja ini, dan bukan hanya kumpulan yang khas. Sejarawan yang bernama Neander kata, ‘Celsus, penulis pertama yang menentang orang Kristian, telah mencela mereka kerana mereka orang biasa yang tidak berpendidikan dan bertaraf rendah tetapi mahu menginjil tentang Firman Tuhan.’ Jean Bernardi pula menulis dalam bukunya yang berjudul The Early Centuries of the Church, “[Orang Kristian] menginjil kepada sesiapa pun dan di mana sahaja. Tidak kira di jalan atau di pekan, di tempat terbuka dan di dalam rumah. Mereka melakukannya tidak kira sambutan orang. . . . Mereka menginjil hingga ke hujung bumi.”

Siapa yang Mengikut Teladan Mereka Hari Ini? David Watson, seorang pastor gereja Anglican berkata, “Salah satu sebab kerohanian orang semakin lemah adalah kerana gereja tidak mengambil serius tanggungjawab untuk menginjil dan mengajar.” Dalam buku Why Are the Catholics Leaving? José Luis Pérez Guadalupe menulis bahawa gereja Evangelis, Adventist, dan lain-lain “tidak menginjil dari rumah ke rumah.” Mengenai Saksi-Saksi Yehuwa pula, dia berkata, “Mereka menginjil secara teratur dari rumah ke rumah.”

Tambahan lagi, Jonathan Turley kata dalam Cato Supreme Court Review, 2001-2002, “Apabila mendengar nama Saksi-Saksi Yehuwa, ramai terfikir tentang orang yang datang ke rumah untuk menginjil. Bagi Saksi-Saksi Yehuwa, kerja menginjil dari rumah ke rumah bukan sekadar untuk menyebar kepercayaan mereka, tetapi merupakan hal yang penting dalam ibadat mereka.”

[Kotak pada muka surat 9]

Dapatkah Anda Mengenal Pasti Tandanya?

Setelah membincangkan syarat-syarat Bible bagi orang Kristian sejati, siapakah yang memenuhi semua syarat ini? Ingatlah, walaupun terdapat ribuan jenis agama Kristian, Yesus pernah ajar, “Bukan semua orang yang berkata kepadaku, ‘Tuan, Tuan,’ akan masuk dalam Kerajaan di syurga. Hanya mereka yang melakukan kehendak Bapaku yang di syurga akan memasukinya.” (Matius 7:21) Maka, jika anda mengenal pasti siapa yang sedang melakukan kehendak Bapa dan menyertai mereka, anda juga akan mempunyai tanda Kristian sejati. Dengan demikian, anda dapat meraih berkat yang kekal di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan. Kami menjemput anda untuk tanya salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa untuk lebih banyak maklumat tentang Kerajaan Tuhan dan berkat-berkatnya.​—Lukas 4:43.