Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

“Bukan Sebahagian daripada Dunia”

“Bukan Sebahagian daripada Dunia”

“Bukan Sebahagian daripada Dunia”

“Dunia membenci mereka kerana mereka bukan sebahagian daripada dunia.”​—YOHANES 17:14.

Maksud: Yesus bukan sebahagian daripada dunia. Maka, dia tidak terlibat dalam masalah sosial atau politik pada zamannya. Dia menjelaskan, “Jika Kerajaanku sebahagian daripada dunia ini, pengikut-pengikutku tentu berjuang supaya aku tidak diserahkan kepada orang Yahudi. Tetapi, Kerajaanku bukanlah dari dunia ini.” (Yohanes 18:36) Yesus juga menggalakkan pengikutnya untuk menghindari sikap, pertuturan, dan perbuatan yang dikutuk dalam Bible.—Matius 20:25-27.

Teladan Orang Kristian Awal: Seorang penulis yang bernama Jonathan Dymond kata, “[Orang Kristian awal] enggan terlibat [dalam perang]. Mereka sanggup dihina, dipenjarakan, atau bahkan dibunuh.” Mereka ingin tetap berpendirian neutral tidak kira apa pun yang berlaku. Selain itu, nilai moral mereka juga berbeza daripada orang pada zaman itu. Rasul Petrus kata kepada orang Kristian awal, “Mereka berasa hairan kerana kamu tidak lagi berlari bersama mereka mengikut haluan tidak bermoral yang keji. Itulah sebabnya mereka menghina kamu.” (1 Petrus 4:4) Sejarawan Will Durant kata bahawa “orang kafir rasa marah dan tersinggung kerana orang Kristian bersikap sopan santun dan berpegang pada kepercayaan mereka.”

Siapa yang Mengikut Teladan Mereka Hari Ini? Buku New Catholic Encyclopedia kata, “Adalah salah dari segi moral jika seseorang bersikap neutral dan enggan mengangkat senjata.” Berdasarkan laporan daripada pertubuhan hak asasi manusia di Afrika mengenai pembasmian kaum di Rwanda pada 1994, Reformierte Presse menulis bahawa semua gereja turut terlibat, “kecuali Saksi-Saksi Yehuwa.”

Seorang guru sekolah menengah berasa sangat sedih semasa membincangkan peristiwa Holocaust Nazi. Dia kata, “Tiada kumpulan dan organisasi rakyat biasa yang berpegang teguh pada pendirian mereka. Sebaliknya, mereka menyerah dan menerima dusta, kekejaman, dan perbuatan keji yang berlaku.” Tetapi, selepas mendapat maklumat daripada Muzium Peringatan Holocaust Amerika Syarikat, guru itu menulis, “Sekarang baru saya tahu!” Dia belajar bahawa Saksi-Saksi Yehuwa berpegang teguh pada kepercayaan dan pendirian mereka biarpun menerima layanan yang buruk.

Dari segi moral pula, majalah U.S. Catholic kata, “Kebanyakan kaum muda Katolik hari ini tidak setuju kerana gereja tidak menggalakkan pasangan yang belum kahwin untuk tinggal bersama [dan] ada hubungan seks.” Dalam majalah itu, seorang pemimpin gereja kata, “Mungkin lebih daripada 50 peratus pasangan yang datang ke gereja untuk dikahwinkan sudah pun tinggal bersama.” Tetapi menurut The New Encyclopædia Britannica, Saksi-Saksi Yehuwa “sentiasa mengikut nilai moral yang tinggi dalam hidup mereka.”