PERBUALAN DENGAN JIRAN
Mengapakah Tuhan Mengizinkan Penderitaan?
Berikut merupakan perbualan yang mungkin diadakan oleh seorang Saksi-Saksi Yehuwa dengan jirannya. Bayangkan Saksi itu bernama Michelle dan dia sedang mengunjungi jirannya yang bernama Sophia.
APAKAH PERASAAN TUHAN TERHADAP PENDERITAAN YANG KITA ALAMI?
Michelle: Hi Sophia, apa khabar?
Sophia: Khabar baik.
Michelle: Minggu lepas, kita berbincang tentang perasaan Tuhan terhadap penderitaan yang kita alami. a Kamu kata, selama ini kamu tertanya-tanya tentang hal ini, terutamanya selepas ibu kamu mengalami kemalangan jalan raya. Oh ya, bagaimana keadaan ibu kamu sekarang?
Sophia: Keadaannya tidak tentu. Hari ini dia nampak sihat.
Michelle: Baguslah kalau dia sihat. Keadaan seperti ini memang mencabar.
Sophia: Ya. Kadangkala saya tertanya-tanya juga, sampai bila dia harus menderita.
Michelle: Saya faham perasaan kamu. Masihkah kamu ingat soalan yang saya tinggalkan minggu lepas, “Mengapakah Tuhan mengizinkan penderitaan berlaku jika dia ada kuasa untuk mengakhirinya?”
Sophia: Ya, saya masih ingat.
Michelle: Sebelum kita bincang jawapannya daripada Bible, mari kita imbas kembali apa yang telah kita bincang minggu lepas.
Sophia: OK.
Michelle: Pertama, kita sudah belajar bahawa hamba Tuhan yang setia pada zaman Bible juga tertanya-tanya mengapa Tuhan membiarkan penderitaan berlaku. Namun, Tuhan tidak memarahinya atau sekadar menyuruhnya memupuk iman yang lebih kuat.
Sophia: Ya, saya tidak pernah fikir tentang hal ini.
Michelle: Kedua, kita juga belajar bahawa Tuhan Yehuwa sama sekali tidak suka melihat kita menderita. Contohnya, Bible mengatakan bahawa Tuhan berasa sedih semasa umatnya menderita. b Tidakkah kita berasa lega untuk mengetahui perasaan Tuhan terhadap penderitaan yang kita alami?
Sophia: Ya, memang kita akan berasa lega.
Michelle: Akhir sekali, kita juga setuju bahawa Pencipta kita memiliki kuasa yang amat besar, dan sudah pasti Dia boleh menghentikan penderitaan kita bila-bila sahaja.
Sophia: Inilah yang saya tidak faham. Mengapakah Tuhan membiarkan semua perkara buruk berlaku sedangkan Dia memiliki kuasa untuk mengakhirinya?
SIAPAKAH YANG BERCAKAP BENAR?
Michelle: Mula-mula, untuk mendapatkan jawapan bagi soalan kamu, mari kita buka Bible, di buku Kejadian. Adakah kamu ingat kisah tentang Adam dan Hawa serta buah larangan itu?
Sophia: Ya, saya pernah belajar tentang kisah itu di gereja semasa sekolah minggu. Tuhan kata jangan makan buah daripada pokok itu, tetapi mereka tidak mendengar perintah Tuhan.
Kejadian bab 3, ayat 1 hingga 5?
Michelle: Tepat sekali. Sekarang, mari kita perhatikan apa yang berlaku sebelum Adam dan Hawa berdosa. Hal ini penting kerana ia berkait rapat dengan sebab manusia menderita. Boleh kamu tolong bacaSophia: Boleh. ‘Ular ialah binatang yang paling licik antara semua binatang yang dijadikan oleh Tuhan. Ular itu bertanya kepada perempuan itu, “Benarkah Tuhan melarang kamu makan buah daripada sebarang pokok di taman ini?” “Kami boleh makan buah daripada setiap pokok di taman ini,” jawab perempuan itu, “kecuali buah pokok yang ada di tengah-tengah taman. Tuhan melarang kami makan buah pokok itu ataupun menyentuhnya; jika kami berbuat demikian, kami akan mati.” Ular itu menjawab, “Itu tidak benar; kamu tidak akan mati. Tuhan berfirman demikian kerana Dia tahu bahawa jika kamu makan buah itu, fikiran kamu akan terbuka; kamu akan menjadi seperti Tuhan dan mengetahui apa yang baik dan apa yang jahat.”’(ABB)
Michelle: Terima kasih. Mari kita lihat ayat-ayat ini dengan teliti. Pertama, perhatikan bahawa seekor ular bercakap dengan Hawa. Ayat Bible yang lain menunjukkan bahawa Syaitan si Iblislah suara di sebalik ular itu. c Syaitan menanyakan Hawa tentang perintah Tuhan mengenai pokok itu. Tuhan kata, jika Adam dan Hawa makan buah itu, apakah akibatnya?
Sophia: Mereka akan mati.
Michelle: Betul. Kata-kata Syaitan yang berikut merupakan suatu tuduhan yang serius terhadap Tuhan. Syaitan kata: “Kamu tidak akan mati,” dalam erti lain, dia menuduh Tuhan sebagai penipu!
Sophia: Saya belum pernah mendengar tentang hal ini.
Michelle: Semasa Syaitan mendakwa Tuhan penipu, dia telah membangkitkan suatu isu yang memerlukan masa untuk diselesaikan. Tahukah kamu sebabnya?
Sophia: Hmm. Saya kurang pasti.
Michelle: Cuba bayangkan, saya kata bahawa saya lebih kuat daripada kamu. Bagaimanakah kamu boleh membuktikan hal ini tidak benar?
Sophia: Mungkin saya akan buat satu ujian.
Michelle: Ya, tepat sekali. Mungkin kita pilih satu benda yang berat dan lihat siapa di antara kita yang dapat mengangkatnya. Sebenarnya, sangat mudah untuk membuktikan siapa yang lebih kuat.
Sophia: Ya, saya setuju.
Michelle: Tetapi, bagaimana pula jika saya kata bahawa saya lebih jujur daripada kamu. Tidakkah kamu setuju bahawa hal ini lebih susah untuk dibuktikan?
Sophia: Ya, betul juga.
Michelle: Lagipun, kejujuran tidak seperti kekuatan yang dapat dibuktikan melalui ujian yang biasa.
Sophia: Memang betul.
Michelle: Satu-satunya cara untuk membuktikan kejujuran adalah dengan membiarkan masa berlalu agar orang lain boleh membuat pemerhatian siapa di antara kita yang lebih jujur.
Sophia: Memang masuk akal.
Michelle: Sekarang, mari kita lihat semula kisah di buku Kejadian. Adakah Syaitan mendakwa bahawa dia lebih kuat daripada Tuhan?
Sophia: Tidak.
Michelle: Adalah mudah bagi Tuhan untuk membuktikan bahawa Dia lebih kuat. Oleh itu, Syaitan mendakwa bahawa dia lebih jujur daripada Tuhan. Dalam kata lain, dia memberitahu Hawa, “Tuhan menipu kamu, tapi saya yang bercakap benar.”
Sophia: Oh, hal ini sangat menarik.
Michelle: Tuhan sangat bijaksana dan tahu bahawa cara terbaik untuk menyelesaikan cabaran ini adalah dengan membiarkan masa berlalu. Akhirnya, kita akan tahu siapa yang bercakap benar dan siapa yang menipu.
ISU YANG PENTING
Sophia: Tetapi sebaik sahaja Hawa mati, tidakkah ini membuktikan bahawa Tuhanlah yang bercakap benar?
Michelle: Memang betul tetapi sebenarnya cabaran Syaitan tidak berakhir di situ sahaja. Cuba lihat
ayat 5 sekali lagi. Apakah perkara lain yang Syaitan beritahu kepada Hawa?Sophia: Syaitan kata jika Hawa makan buah itu, fikirannya akan terbuka.
Michelle: Ya, dia akan ‘menjadi seperti Tuhan dan mengetahui apa yang baik dan apa yang jahat.’ Jadi Syaitan mendakwa bahawa Tuhan sedang menahan sesuatu yang baik daripada manusia.
Sophia: Sekarang saya faham.
Michelle: Ini merupakan cabaran yang serius.
Sophia: Apa maksud kamu?
Michelle: Melalui kata-katanya, Syaitan mendakwa bahawa Hawa dan juga seluruh umat manusia akan lebih bahagia tanpa pemerintahan Tuhan. Dalam hal ini juga, Yehuwa tahu bahawa cara terbaik untuk menyelesaikan cabaran ini adalah dengan membiarkan Syaitan membuktikan tuduhannya. Oleh itu, Tuhan membenarkan Syaitan memerintah dunia ini buat sementara waktu. Itulah sebabnya terdapat banyak penderitaan di sekeliling kita—kerana Syaitan merupakan pemerintah sebenar dunia ini, bukannya Tuhan. d Tetapi, kita masih mempunyai berita baik.
Sophia: Apakah berita itu?
Michelle: Bible mengajarkan dua kebenaran yang menarik tentang Tuhan. Pertama, Yehuwa mengambil berat semasa kita menderita. Contohnya, fikirkan kata-kata Raja Daud yang tercatat di Mazmur 31:8. Daud mengalami banyak penderitaan sepanjang hidupnya, tetapi perhatikan kata-katanya semasa dia berdoa kepada Tuhan. Bolehkah kamu baca ayat ini?
Sophia: OK. Ayat ini mengatakan, “Aku akan bergembira dan bergirang, kerana Engkau tetap mengasihi aku. Engkau nampak penderitaanku; Engkau tahu kesusahanku.” (ABB)
Michelle: Jadi, walaupun Daud mengalami penderitaan, dia mendapat kelegaan dengan mengetahui bahawa Yehuwa dapat melihat segala sesuatu yang dia alami. Tidakkah kamu juga berasa lega bahawa Yehuwa mengetahui tentang segala sesuatu yang sedang berlaku, termasuk penderitaan emosi kita yang mungkin tidak difahami oleh orang lain?
Sophia: Ya, saya tentu berasa lega.
Michelle: Kebenaran kedua yang menarik adalah Tuhan tidak akan mengizinkan penderitaan kita untuk berterusan selama-lamanya. Bible mengajarkan bahawa Dia akan segera mengakhiri pemerintahan Syaitan yang jahat. Dia juga akan menghapuskan segala perkara buruk, termasuk apa yang kamu dan ibu kamu alami. Bolehkah saya kembali lagi minggu depan dan jelaskan kepada kamu mengapa kita dapat yakin bahawa Tuhan akan segera mengakhiri segala penderitaan? e
Sophia: Tentu boleh.
Adakah anda mempunyai soalan mengenai topik Bible? Adakah anda ingin tahu lebih banyak tentang kepercayaan Saksi-Saksi Yehuwa? Jika ya, tanyalah salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa. Dia akan sudi menjawab pertanyaan anda.
a Lihat “Perbualan dengan Jiran” terbitan The Watchtower 1 Julai 2013.
b Lihat Yesaya 63:9.
c Lihat Wahyu 12:9.
d Lihat Yohanes 12:31; 1 Yohanes 5:19.
e Untuk maklumat lanjut, lihat bab 9, buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.