Harapan bagi Orang yang Telah Mati—Pembangkitan
Adakah anda percaya pada janji Bible mengenai pembangkitan? a Kita tentu ingin disatukan kembali dengan orang tersayang yang sudah mati. Adakah harapan ini sesuatu yang mustahil? Untuk membantu kita menjawab soalan ini, kita akan meneliti contoh para rasul.
Para rasul percaya sepenuhnya terhadap pembangkitan. Mengapa? Pertama, harapan mereka berdasarkan pada hakikat bahawa Yesus sendiri telah dibangkitkan daripada kematian. Para rasul dan ‘lebih daripada 500 pengikut’ melihat Yesus yang telah dibangkitkan. (1 Korintus 15:6) Tambahan pula, pembangkitan Yesus diakui dan diterima seperti yang tercatat dalam buku Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes.—Matius 27:62–28:20; Markus 16:1-8; Lukas 24:1-53; Yohanes 20:1–21:25.
Kedua, para rasul telah menyaksikan sekurang-kurangnya tiga pembangkitan yang dilakukan oleh Yesus—pertama di kota Nain, kedua di Kapernaum, dan akhirnya di Betania. (Lukas 7:11-17; 8:49-56; Yohanes 11:1-44) Pembangkitan di Betania, seperti yang tercatat di awal majalah ini, melibatkan sebuah keluarga yang sangat rapat dengan Yesus. Mari kita lihat dengan lebih lanjut apa yang telah berlaku.
“AKULAH YANG MEMBANGKITKAN ORANG MATI”
Selepas Lazarus mati selama empat hari, Yesus berkata kepada Marta, “Saudaramu akan hidup kembali.” Pada mulanya, Marta tidak memahami maksud Yesus. Marta berkata, “Aku tahu bahawa Lazarus akan hidup semula.” Pada masa itu, dia fikir bahawa Lazarus akan dibangkitkan pada masa hadapan. Bayangkan perasaannya semasa melihat adiknya bangkit daripada kematian selepas mendengar Yesus berkata, “Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup”!—Yohanes 11:23-25.
Di manakah Lazarus berada selama empat hari selepas kematiannya? Lazarus tidak mengatakan apa-apa yang menunjukkan dia sedang hidup di tempat lain selama empat hari itu. Dia juga tidak mempunyai jiwa yang terus hidup yang pergi ke syurga. Semasa membangkitkan Lazarus, Yesus tidak perlu memaksanya turun ke bumi dan meninggalkan kehidupan yang bahagia di syurga bersama Tuhan. Jadi, di manakah Lazarus selama empat hari itu? Sebenarnya, dia sedang tidur di dalam kubur.— Pengkhutbah 9:5, 10.
Yesus membandingkan kematian seperti keadaan semasa seseorang itu sedang tidur dan akan dibangunkan semasa pembangkitan. Catatan Bible berkata, ‘Sahabat kita Lazarus sudah tidur, tetapi aku akan pergi membangunkan Yohanes 11:11-14) Dengan membangkitkan Lazarus, Yesus memberinya kehidupan semula dan dia disatukan dengan keluarganya. Betapa menakjubkan pemberian Yesus kepada keluarga Lazarus!
dia.’ Para pengikut Yesus berkata kepadanya, “Guru, jika Lazarus tidur, dia akan sembuh.” Yesus sebenarnya sedang mengatakan tentang kematian Lazarus. Tetapi, mereka berfikir bahawa Lazarus sedang tidur. Kemudian, Yesus menjelaskan, “Lazarus sudah meninggal.” (Pembangkitan yang Yesus lakukan menggambarkan apa yang akan dia lakukan sebagai Raja Kerajaan Tuhan di masa hadapan. b Semasa pemerintahannya ke atas bumi ini nanti, Yesus akan membangkitkan semula manusia yang telah tidur dalam kuburan. Itulah sebabnya dia mengatakan, “Akulah yang membangkitkan orang mati.” Fikirkan kegembiraan yang akan anda rasai apabila dapat berjumpa semula dengan orang yang tersayang! Fikirlah juga kegembiraan yang dirasai oleh mereka yang akan dibangkitkan!—Lukas 8:56.
Fikirkan kegembiraan yang akan anda rasai apabila dapat berjumpa semula dengan orang yang tersayang!
IMAN TERHADAP KEHIDUPAN KEKAL
Yesus berkata kepada Marta, ‘Sesiapa yang percaya kepadaku akan hidup, meskipun dia sudah mati.’ (Yohanes 11:25, 26) Mereka yang dibangkitkan oleh Yesus semasa Pemerintahan Seribu Tahun Kristus akan mempunyai harapan kehidupan kekal asalkan mereka terus beriman kepadanya.
‘Sesiapa yang percaya kepadaku akan hidup, meskipun dia sudah mati.’—Yohanes 11:25
Selepas membuat pernyataan yang begitu bermakna mengenai pembangkitan, Yesus tanya Marta soalan yang benar-benar menyingkapkan isi hatinya: “Adakah kamu percaya akan hal ini?” Marta berkata kepadanya, ‘Ya Tuan, aku percaya bahawa Tuan Anak Tuhan.’ (Yohanes 11:26, 27) Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda ingin memupuk iman yang serupa dengan Marta mengenai harapan kebangkitan? Langkah pertama adalah untuk mempelajari kehendak Tuhan bagi umat manusia. (Yohanes 17:3; 1 Timotius 2:4) Pengetahuan sebegini boleh membantu kita untuk memupuk iman. Tanyalah Saksi-Saksi Yehuwa tentang apa yang Bible ajarkan mengenai topik ini. Mereka tentu gembira untuk membincangkan harapan pembangkitan ini dengan anda.
a Lihat rencana “Kematian Bukan Akhir Segalanya!” pada muka surat 6 terbitan ini.
b Untuk maklumat lanjut mengenai janji Bible tentang harapan pembangkitan, lihat bab 7 buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.