Kita Keluarga
Muat Turun:
1. Pergi ke negara baru,
Jauh dari keluargaku.
Bapa Yehuwa,
Telah berkati
Setiap rancanganku.
Khidmatku pada-Nya kadang susah,
Tetapi Yah jagaku.
Keluarga rohani tunjuk kasih setia,
Ku sangat bersyukur.
(KORUS)
Kita umat Yehuwa;
Bersatu, kita keluarga.
Kita saling mengasihi,
Kerana
Kita keluarga.
2. Sejakku jejakkan kaki,
Kau tunjuk kasih sejati.
Masa berlalu setiap pagi,
Kasih kita bertumbuh.
Kita tau hanya Bapa Yehuwa
Yang dapat lakukannya.
Mari kita memuji nama-Nya yang mulia
Buat selamanya.
(KORUS)
Kita umat Yehuwa;
Bersatu, kita keluarga.
Kita saling mengasihi,
Kerana
Kita keluarga.
3. Rentasi sungai dan laut,
Sampai di negara baru.
Ku datang dengan berita baik
Untuk yang ingin dengar.
Kasih dari keluarga rohani
Buat aku gembira.
Saudara saudari di serata dunia,
Serlahkan kasih Yah.
(BRIDGE)
Kasih kita
Tidak dibatasi sempadan neg’ri,
Malaysia ke Mexico,
Alaska ke Albania.
(KORUS)
Kita umat Yehuwa;
Bersatu, kita keluarga.
Kita saling mengasihi,
Kerana
Kita keluarga.
Dari setiap bangsa—
Bersatu, kita keluarga.
Kasih kita takkan pudar
Kerana kita keluarga Yah!
Fiji, Tahiti, dan New Caledonia—
Bidayuh, Iban, dan Kadazan—
Azerbaijan, Kazakhstan, dan Estonia—
Bersatu, kita keluarga.