Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

kovop58/stock.adobe.com

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Benarkah Sukan Olimpik Dapat Menyatupadukan Orang?—Apakah yang Bible Katakan?

Benarkah Sukan Olimpik Dapat Menyatupadukan Orang?—Apakah yang Bible Katakan?

 Semasa Sukan Olimpik Musim Panas 2024, kira-kira lima bilion orang akan menonton atlet dari 206 negara yang menyertai acara ini. “Kita sebahagian daripada acara yang menyatukan dunia ini dan mewujudkan kedamaian,” kata Thomas Bach, presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. “Marilah kita meraikan semangat Olimpik sebagai masyarakat global yang harus bersatu padu, tidak kira bangsa, bahasa, dan kaum.”

 Dapatkah Sukan Olimpik mencapai matlamat itu? Adakah terdapat harapan sejati bagi manusia untuk hidup damai dan bersatu padu?

Dapatkah Sukan Olimpik membawa kedamaian dan perpaduan?

 Sukan Olimpik tahun ini bukan sekadar suatu acara sukan. Banyak isu sosial dan politik yang memecahbelahkan orang telah menjadi topik yang hangat, seperti isu hak asasi manusia, perkauman, diskriminasi agama, dan ketidakadilan.

 Sememangnya, acara sukan antarabangsa seperti Olimpik menjadi tumpuan dan hiburan orang ramai. Namun, daripada menawarkan kedamaian dan perpaduan, sikap dan perbuatan yang membawa perpecahan sering kali dipamerkan dan digalakkan.

 Dari dahulu lagi, Bible telah menyatakan bahawa terdapat sikap-sikap orang pada hari ini yang menjadi penghalang untuk mewujudkan kedamaian. (2 Timotius 3:1-5) Untuk tahu lebih banyak, bacalah rencana “Adakah Bible Meramalkan Cara Orang Berfikir dan Berkelakuan pada Zaman Kita?

Harapan sejati untuk kedamaian dan perpaduan di seluas dunia

 Bible mengandungi harapan bahawa masyarakat manusia di seluruh pelosok dunia akan hidup damai dan bersatu padu. Bible berjanji bahawa semua orang di bumi akan disatukan di bawah pemerintahan “Kerajaan Tuhan,” iaitu sebuah kerajaan di syurga.—Lukas 4:43; Matius 6:10.

 Rajanya, iaitu Yesus Kristus, akan membawa kedamaian ke seluas dunia. Bible kata:

  •   “Orang yang baik akan hidup makmur dan menikmati kedamaian yang melimpah.”—Mazmur 72:7.

  •   “Dia akan menyelamatkan orang miskin yang berseru meminta tolong . . . Dia akan menyelamatkan mereka daripada keganasan dan penindasan.”—Mazmur 72:12, 14.

 Hari ini, ajaran Yesus telah menyatupadukan jutaan orang dari 239 negara dan kawasan. Sebagai orang Kristian, Saksi-Saksi Yehuwa di seluas dunia belajar cara untuk hidup damai. Untuk tahu lebih banyak tentang topik ini, bacalah terbitan majalah Menara Pengawal yang bertajuk, “Memutuskan Kitaran Kebencian.”