Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Apakah yang Dikatakan Bible tentang Penyembahan Patung Berhala?

Apakah yang Dikatakan Bible tentang Penyembahan Patung Berhala?

 Menurut Catholic News Service, suatu upacara diadakan pada 25 Mac 2022 di St. Peter’s Basilica. Ketika itu, Paus Francis “memejam matanya dan menunduk kepalanya sambil berdoa dalam hati” di hadapan patung Maria. Dia “merayu kepada Maria” untuk keamanan. Vatican News juga melaporkan bahawa “Paus [Francis] berdoa kepada Maria untuk kesejahteraan manusia sejagat, terutamanya bagi Rusia dan Ukraine.”

 Pada pendapat anda, adakah kita patut menyembah atau berdoa kepada patung berhala? Perhatikan ayat-ayat Bible berikut:

  •   “Jangan membuat patung berhala atau membentuk sesuatu yang menyerupai apa-apa yang ada di langit, di bumi, atau di dalam air. Jangan menyembah atau bersujud kepada patung apa pun, kerana Akulah Yehuwa, Tuhan kamu. Sembahlah Aku sahaja.”—Keluaran 20:4, 5. a

  •   “Patung berhala mereka diperbuat daripada perak dan emas, dihasilkan oleh tangan manusia. Berhala ada mulut tetapi tidak dapat bercakap, ada mata tetapi tidak dapat melihat, ada telinga tetapi tidak dapat mendengar, ada hidung tetapi tidak dapat menghidu, ada tangan tetapi tidak dapat meraba, ada kaki tetapi tidak dapat berjalan, dan ada kerongkong tetapi tidak dapat bersuara. Orang yang membuat berhala akan menjadi seperti berhala, begitu juga dengan sesiapa sahaja yang percaya kepada berhala.”—Mazmur 115:4-8.

  •   “Aku ialah Yehuwa, itulah nama-Ku. Aku tidak akan mengongsi kemuliaan-Ku dengan sesiapa pun atau menyerahkan pujian-Ku kepada patung-patung berhala.”—Yesaya 42:8, nota kaki.

  •   “Jauhkanlah diri daripada penyembahan berhala.”—1 Korintus 10:14.

  •   “Jauhkanlah diri kamu daripada berhala.”—1 Yohanes 5:21.

 Untuk tahu apa yang Bible katakan tentang penggunaan patung berhala dalam ibadat, bacalah rencana Pandangan Alkitab—Benda Keagamaan dalam bahasa Indonesia. Atau lihat video Apakah Pandangan Tuhan tentang Penggunaan Patung Berhala atau Gambar dalam Ibadat?

 Bacalah rencana berikut untuk belajar lebih banyak:

Photo credit: Vincenzo Pinto/AFP via Getty Images

a Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan. (Mazmur 83:18) Lihat rencana, “Siapakah Yehuwa?