Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Bumi Sedang Dimusnahkan—Apakah yang Bible Katakan?

Bumi Sedang Dimusnahkan—Apakah yang Bible Katakan?

 “Kita bakal menghadapi krisis ini: Bandar-bandar besar ditenggelami air. Banyak tempat mengalami gelombang haba. Ribut dahsyat berlaku di pelbagai kawasan. Masalah air yang berleluasa. Kepupusan jutaan spesies flora dan fauna. Ini bukanlah cerita rekaan semata-mata. Kajian sains sudah membuktikan bahawa ini akan menjadi realiti jika manusia tidak mengurus cara penggunaan tenaga dengan sebaik-baiknya.”—Ucapan daripada António Guterres, setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, berkenaan laporan Panel antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim yang dikeluarkan pada 4 April 2022.

 “Saintis memberikan amaran bahawa peningkatan suhu akan menjejaskan kesemua 423 taman negara [di Amerika Syarikat] pada tahun-tahun yang akan datang. Musibah seperti kebakaran, banjir, pencairan ais, peningkatan paras laut, dan gelombang haba akan mengancam taman negara ini. Semua malapetaka ini adalah seperti apa yang digambarkan dalam Bible.”—“Banjir Dahsyat di Yellowstone, Tanda Krisis Akan Melanda,” The New York Times, 15 Jun 2022.

 Dapatkah masalah alam sekitar diselesaikan? Jika ya, siapakah yang dapat membawa perubahan ini? Perhatikan apa yang Bible katakan.

Kemusnahan alam sekitar sudah dicatatkan dalam Bible

 Bible kata bahawa Tuhan akan “membinasakan orang yang merosakkan bumi.” (Wahyu 11:18) Ayat ini mengajar kita tiga hal yang berikut:

  1.  1. Kegiatan manusia akan membawa kesan yang buruk terhadap bumi.

  2.  2. Bumi tidak akan terus dirosakkan.

  3.  3. Tuhan, dan bukannya manusia, akan menyelesaikan masalah alam sekitar.

Masa depan bumi kita terjamin

 Bible kata bahawa “bumi kekal buat selama-lamanya.” (Pengkhutbah 1:4) Maksudnya, bumi akan sentiasa wujud dan menjadi tempat tinggal yang kekal bagi manusia.

  •   “Orang yang melakukan apa yang benar akan memiliki bumi, dan mereka akan mendiaminya selama-lamanya.”—Mazmur 37:29.

 Bumi akan dipulihkan sepenuhnya.

  •   “Padang belantara dan tanah yang gersang akan bersukacita. Padang gurun akan bergembira dan dipenuhi bunga-bunga.”—Yesaya 35:1.