Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

fcafotodigital/E+ via Getty Images

Gaya Hidup Vegan—Apakah yang Bible Katakan?

Gaya Hidup Vegan—Apakah yang Bible Katakan?

 Di serata dunia, ramai orang semakin berminat terhadap amalan pemakanan vegan.

  •   “Veganism merupakan falsafah dan gaya hidup yang menolak penggunaan produk haiwan khususnya sebagai makanan, pakaian, atau tujuan lain. Segala jenis eksploitasi dan kekejaman terhadap binatang harus dielakkan.”—The Vegan Society.

 Selain melindungi binatang, sesetengah orang mengikut cara pemakanan vegan untuk menjaga alam sekitar, kesihatan sendiri, atau untuk tujuan keagamaan.

  •   “Tidak seperti kebanyakan pilihan diet, amalan gaya hidup vegan sering dipandang sebagai suatu pendirian atau kepercayaan, pilihan beretika, dan satu cara setiap individu dapat membantu mewujudkan dunia yang lebih baik.”—Britannica Academic.

 Adakah gaya hidup vegan dapat membawa masa depan yang lebih baik bagi bumi kita? Apakah yang Bible katakan?

Pandangan Pencipta terhadap manusia dan binatang

 Bible menjelaskan bahawa Pencipta kita, Tuhan Yehuwa, a menciptakan manusia sebagai makhluk yang lebih berkuasa dan mengizinkan mereka menguasai binatang. (Kejadian 1:27, 28) Pada kemudian hari, Tuhan juga membenarkan manusia makan daging binatang. (Kejadian 9:3) Namun demikian, Tuhan melarang manusia memperlakukan binatang dengan kejam.—Amsal 12:10.

 Mengenai pilihan makanan, Bible berkata bahawa setiap individu berhak menentukan sama ada untuk makan daging atau tidak. b Pilihan kita tidak menjadikan kita lebih alim atau baik di mata Tuhan. (1 Korintus 8:8) Memandangkan ini ialah hak peribadi, kita tidak patut menghakimi atau mengkritik pilihan orang lain.—Roma 14:3.

Penyelesaian yang sejati

 Bible menunjukkan bahawa gaya hidup kita tidak dapat menyelesaikan masalah dunia ini. Banyak isu dalam dunia berpunca daripada hal politik, sosial, dan ekonomi, dan masalah sedemikian sudah tidak dapat diubati. Bible kata:

 Pencipta kita akan menyelesaikan semua masalah yang kita alami. Bible menggunakan kata-kata kiasan untuk menggambarkan apa yang akan dilakukan-Nya.

  •   “Kemudian aku melihat langit baharu dan bumi baharu. Langit lama dan bumi lama telah lenyap, dan laut pun tidak ada lagi.”—Wahyu 21:1.

 Tuhan akan menggantikan “langit lama,” iaitu kerajaan manusia, dengan “langit baharu,” iaitu Kerajaan-Nya di syurga. Kerajaan Tuhan akan melenyapkan “bumi lama,” iaitu orang jahat, dan memerintah “bumi baharu,” iaitu orang yang sudi tunduk kepada kekuasaan Tuhan.

 Di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan, manusia akan belajar cara untuk hidup damai dengan binatang dan benar-benar menjaga serta menghormati alam sekitar.—Yesaya 11:6-9.

a Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan.—Mazmur 83:18.

b Bible memerintahkan agar kita “menjauhi darah.” (Kisah 15:28, 29) Maksudnya, kita tidak patut minum darah, atau makan daging binatang yang darahnya tidak dikeluarkan dan makanan yang dicampurkan dengan darah.