Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Comstock Images/Stockbyte via Getty Images

Gejala Rasuah dalam Kerajaan—Apakah yang Akan Dilakukan oleh Kerajaan Tuhan?

Gejala Rasuah dalam Kerajaan—Apakah yang Akan Dilakukan oleh Kerajaan Tuhan?

 Manusia sudah lama menderita dan tawar hati akibat ahli politik yang makan rasuah. Kita semua menginginkan kerajaan yang boleh dipercayai. Suatu tinjauan global yang diterbitkan pada tahun 2023 menunjukkan bahawa orang ramai tidak percaya kepada ahli politik. a

 Bible kata bahawa terdapat satu kerajaan yang mempunyai seorang Pemimpin yang boleh dipercayai, jujur, dan bebas daripada rasuah. Ini ialah Kerajaan Tuhan dan Pemimpinnya ialah Yesus Kristus.—Yesaya 9:7.

 Yesus telah membuktikan melalui tindakannya bahawa dia benar-benar mengambil berat terhadap orang lain. (Matius 9:35, 36) Sebagai Raja Kerajaan Tuhan, Yesus akan menegakkan keadilan dan membawa kedamaian kepada semua orang yang mengikut pimpinannya.—Mazmur 72:12-14.

a 2023 Edelman Trust Barometer Global Report.