Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Surasak Suwanmake/Moment via Getty Images

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Gelombang Haba di Serata Dunia 2023—Apakah yang Bible Katakan?

Gelombang Haba di Serata Dunia 2023—Apakah yang Bible Katakan?

 Di seluas dunia, ramai orang sedang menderita akibat gelombang haba dan cuaca melampau yang disebabkan olehnya. Perhatikan laporan berikut:

  •   “Bulan Jun yang lalu mencatatkan suhu tertinggi bagi rekod dunia dalam tempoh 174 tahun ini.”—Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat, 13 Julai 2023.

  •   “Itali, Sepanyol, Perancis, Jerman, dan Poland mengalami gelombang haba yang teruk. Suhu udara dijangka meningkat sehingga 48°C di pulau Sicily dan Sardinia. Ini mungkin merupakan suhu paling tinggi yang pernah dicatatkan di Eropah.”—Agensi Angkasa Eropah, 13 Julai 2023.

  •   “Seraya suhu bumi meningkat, cuaca akan menjadi semakin buruk. Hujan lebat dan banjir yang dahsyat dijangka akan berlaku dengan lebih kerap.”—Stefan Uhlenbrook, pengarah hidrologi, air, dan kriosfera Pertubuhan Meteorologi Dunia, 17 Julai 2023.

 Adakah anda risau semasa mendengar tentang laporan cuaca melampau yang berlaku? Perhatikan apa yang Bible katakan tentang topik ini.

Adakah cuaca melampau mempunyai kaitan dengan nubuat Bible?

 Ya. Contohnya, Yesus kata bahawa “kejadian yang menakutkan,” atau “perkara-perkara dahsyat,” akan berlaku pada zaman ini. (Lukas 21:11; Alkitab Versi Borneo) Sememangnya, gelombang haba dan cuaca melampau di serata dunia termasuk dalam kejadian yang dimaksudkan dalam Bible. Banyak orang takut bahawa peningkatan suhu yang mendadak akan menyebabkan bumi musnah.

Adakah bumi akan musnah?

 Tidak. Tuhan menciptakan bumi untuk menjadi tempat tinggal kita buat selama-lamanya. Maka, Tuhan tidak akan membiarkannya dimusnahkan oleh manusia. (Mazmur 115:16; Pengkhutbah 1:4) Sebaliknya, Dia berjanji untuk “membinasakan orang yang merosakkan bumi.”—Wahyu 11:18.

 Bible kata bahawa Tuhan dapat dan akan melindungi bumi daripada kemusnahan akibat masalah alam sekitar.

  •   “[Tuhan] meredakan angin ribut, dan ombak pun menjadi tenang.” (Mazmur 107:29) Tuhan mempunyai kuasa untuk mengawal unsur alam. Dia mampu menyelesaikan semua masalah alam sekitar dan cuaca melampau yang menyebabkan manusia menderita.

  •   “Engkau memelihara bumi dan menjadikan tanahnya sungguh baik dan subur.” (Mazmur 65:9) Tuhan akan mencurahkan berkat-Nya dan menjadikan bumi kita firdaus yang indah.

 Untuk belajar lebih banyak tentang janji Tuhan bagi bumi, bacalah rencana “Siapakah yang Akan Menyelamatkan Bumi?