Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Saksi-Saksi Yehuwa dan Holocaust—Apakah yang Bible Katakan?

Saksi-Saksi Yehuwa dan Holocaust—Apakah yang Bible Katakan?

 Pada 27 Januari 2023, ramai orang akan menyambut Hari Peringatan Holocaust Antarabangsa. Kejadian Holocaust yang berlaku lebih daripada 75 tahun yang lalu mungkin buat ramai orang tertanya-tanya mengapa Tuhan mengizinkan hal itu terjadi.

 Jutaan orang Yahudi menjadi mangsa Holocaust dan dibunuh. Pada masa yang sama, terdapat juga golongan lain yang ditindas dan dibunuh, termasuk Saksi-Saksi Yehuwa. Mereka dianiaya kerana kepercayaan mereka yang berdasarkan Bible.

“Harapan dan masa depan yang baik”

 Ramai orang rasa takut bahawa kejadian seperti Holocaust akan berulang lagi. Tetapi Bible memberi kita jaminan bahawa tragedi sebegini tidak akan berlaku lagi.

  •   “‘Aku sendiri tahu apa yang akan Aku lakukan untuk kamu,’ firman Yehuwa, ‘Aku akan memberi kamu kedamaian, bukannya malapetaka. Ya, Aku akan memberi kamu harapan dan masa depan yang baik.’”—Yeremia 29:11. a

 Harapan ini akan menjadi kenyataan apabila Tuhan Yehuwa melenyapkan semua kejahatan dan memulihkan kesan buruk yang dialami orang pada hari ini. Tidak lama lagi, Dia akan:

  •   Melenyapkan semua orang jahat.—Amsal 2:22.

  •   Menghilangkan kesan-kesan buruk akibat penderitaan.—Wahyu 21:4.

  •   Membangkitkan orang mati untuk hidup semula di bumi.—Yohanes 5:28, 29.

 Anda dapat mempercayai janji-janji dalam Bible. Untuk ketahui lebih lanjut, sertailah kursus perbincangan Bible kami yang percuma.

a Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan.—Mazmur 83:18.