TERUSLAH BERJAGA-JAGA!
Kejahatan yang Semakin Bertambah—Apakah yang Bible Katakan?
Keganasan geng berleluasa di Haiti. Jenayah yang ganas melanda Afrika Selatan, Mexico, dan negara-negara Amerika Latin. Meskipun jenayah sedemikian dapat dibendung di sesetengah tempat, orang ramai masih rasa risau dan takut akibat laporan tentang jenayah yang lain.
Apakah yang Bible katakan tentang kejahatan yang sedang berlaku di seluas dunia?
Apakah yang Bible katakan tentang kejahatan yang berleluasa?
Bible sudah menyatakan sejak dahulu lagi bahawa kejahatan merupakan sebahagian daripada tanda “penghujung sistem ini.” (Matius 24:3) Yesus berkata:
“Oleh sebab kejahatan semakin bertambah, kasih kebanyakan orang akan mendingin.”—Matius 24:12.
Bible menubuatkan bahawa “pada hari-hari terakhir,” orang “tidak tahu mengawal diri, garang, dan tidak mencintai kebaikan.” (2 Timotius 3:1-5) Sifat-sifat yang mementingkan diri ini menyumbang kepada kejahatan yang berlaku hari ini.
Tetapi Bible memberikan harapan dan berjanji bahawa kejahatan bakal dilenyapkan.
“Tidak lama lagi, orang jahat akan dibinasakan; kamu akan mencari mereka, tetapi mereka tidak akan dijumpai. Orang yang rendah hati akan memiliki bumi, dan mereka akan menikmati kebahagiaan dan kedamaian yang berlimpah-limpah.”—Mazmur 37:10, 11.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang harapan Bible dan mengapa anda boleh yakin kejadian yang kita lihat hari ini mempunyai kaitan dengan nubuat Bible, bacalah rencana berikut.
“Harapan Sejati bagi Masa Depan”
“Apakah Tanda ‘Hari-Hari Terakhir,’ atau ‘Akhir Zaman’?”
“Adakah Bible Meramalkan Cara Orang Berfikir dan Berkelakuan pada Zaman Kita?”