Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Sean Gladwell/Moment via Getty Images

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Perbelanjaan Ketenteraan Dunia Melebihi $2 Trilion—Apakah yang Bible Katakan?

Perbelanjaan Ketenteraan Dunia Melebihi $2 Trilion—Apakah yang Bible Katakan?

 Perbelanjaan ketenteraan dunia mencapai rekod tertinggi sebanyak 2.24 trilion dolar (A.S.) pada tahun 2022. Sebahagian besar disebabkan oleh peperangan antara Rusia dan Ukraine. Menurut laporan yang dikeluarkan pada April 2023 oleh Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), semasa tahun 2022:

  •   Perbelanjaan ketenteraan Eropah “meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun itu, yang merupakan perbelanjaan tahunan Eropah yang terbesar sejak perang dingin berakhir.”

  •   “Rusia…meningkatkan perbelanjaannya dengan anggaran 9.2 peratus. Hal ini menempatkan Rusia dari tempat kelima ke tempat ketiga dalam perbelanjaan terbesar di dunia.”

  •   Amerika Syarikat tetap merupakan negara yang paling banyak belanja untuk ketenteraan, kerana mereka “membelanjakan sebanyak 39 peratus daripada jumlah perbelanjaan ketenteraan dunia.”

 “Perbelanjaan ketenteraan global yang semakin meningkat beberapa tahun yang lalu menandakan bahawa kita sedang hidup di dunia yang tidak selamat,” kata Dr. Nan Tian, salah seorang pengarang bagi laporan SIPRI.

 Bible menubuatkan bahawa ketegangan antara kuasa-kuasa dunia hari ini akan meningkat dan memberitahu kita tentang apa yang dapat membawa kedamaian.

Nubuat tentang peningkatan konflik ketenteraan

  •   Bible menyebut zaman yang kita sedang hidup sekarang sebagai “akhir zaman.”Daniel 8:19.

  •   Buku Daniel menubatkan bahawa pada masa itu, kuasa-kuasa dunia akan bersaing. Kuasa-kuasa dunia ini akan “saling berlawan,” atau saling merebut kekuasaan. Akibatnya, mereka membelanjakan “harta-harta,” atau sumber kewangan mereka.—Daniel 11:40, 42, 43.

 Untuk mengetahui lebih lanjut tentang nubuat Bible yang menarik ini, tontonlah video Nubuat yang Menjadi Kenyataan—Daniel Bab 11.

Bagaimana kedamaian sejati dapat dicapai

  •   Bible menyatakan bahawa Tuhan akan menggantikan kerajaan-kerajaan manusia. Dia “akan mendirikan sebuah kerajaan yang tidak dapat dimusnahkan. Kerajaan ini tidak akan diserahkan kepada bangsa lain. Kerajaan ini akan meremukkan dan mengakhiri semua kerajaan itu. Hanya kerajaan ini yang akan kekal buat selama-lamanya.”—Daniel 2:44.

  •   Tuhan Yehuwa a akan melaksanakan apa yang tidak dapat dilakukan oleh manusia, iaitu membawa kedamaian sejati buat selama-lamanya. Bagaimana? Kerajaan-Nya di syurga akan memusnahkan semua senjata dan mengakhiri semua keganasan.—Mazmur 46:8, 9.

 Untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang dapat dicapai oleh Kerajaan Tuhan, bacalah rencana “Kerajaan Tuhan Membawa ‘Kedamaian yang Melimpah.’

a Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan.—Mazmur 83:18.