Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kim Steele/The Image Bank via Getty Images

Masalah Ekonomi—Apakah yang Akan Dilakukan oleh Kerajaan Tuhan?

Masalah Ekonomi—Apakah yang Akan Dilakukan oleh Kerajaan Tuhan?

 Ramai orang di seluas dunia menghadapi banyak kesusahan untuk menyara hidup mereka, dan masalah ekonomi semakin hari semakin teruk.

  •   Menurut satu laporan global yang diterbitkan baru-baru ini, a “kadar purata gaji bulanan jatuh secara mendadak.” Jika tiada tindakan diambil, “masalah ketidakseimbangan dari segi ekonomi akan meningkat” dan “taraf hidup ramai pekerja dan keluarga mereka” akan terjejas.

 Adakah pihak kerajaan dapat menyelesaikan masalah ekonomi di serata dunia?

 Bible kata bahawa terdapat satu kerajaan yang dapat melenyapkan semua masalah ekonomi. Menurut Bible, “Tuhan di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan” yang akan memerintah seluruh bumi dengan adil. (Daniel 2:44) Di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan, tiada sesiapa pun yang akan dilupakan atau diabaikan. (Mazmur 9:18) Kerajaan ini akan memenuhi semua keperluan manusia dan membawa kebahagiaan yang sejati. Semua orang akan menikmati hasil kerja keras mereka dengan sepuas-puasnya.—Yesaya 65:21, 22.

a Laporan Gaji Global 2022-2023 oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa