Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Melawan Kesunyian dengan Menjalinkan Persahabatan—Bagaimana Bible Dapat Membantu

Melawan Kesunyian dengan Menjalinkan Persahabatan—Bagaimana Bible Dapat Membantu

 Pada tahun 2023, masalah kesunyian merupakan suatu ancaman kesihatan global. Dapatkah kita membanteras “penyakit” ini?

  •   “Masalah kesunyian dan pemencilan sosial dapat membawa kesan yang teruk kepada kesihatan dan kehidupan kita,” kata Dr. Vivek Murthy, ketua kor perkhidmatan kesihatan awam Amerika Syarikat. Tetapi dia juga menambah, “Kita dapat melakukan sesuatu untuk melawannya.” Caranya adalah “dengan mengambil langkah-langkah yang kecil setiap hari untuk menguatkan hubungan kita dengan orang lain.” a

 Perasaan sunyi bukan hanya dialami apabila seseorang bersendirian atau hidup berasingan daripada orang lain. Tetapi, dia juga mungkin berasa sunyi semasa dikelilingi ramai orang. Tidak kira apa sebabnya, Bible dapat membantu kita. Terdapat nasihat-nasihat yang praktikal dalam Bible untuk menjalinkan persahabatan agar dapat melawan kesunyian.

Prinsip Bible yang dapat membantu

 Mengasah kemahiran berkomunikasi. Belajarlah cara untuk meluahkan isi hati anda dan menjadi pendengar yang baik. Apabila anda lebih prihatin terhadap orang lain, persahabatan anda juga akan menjadi lebih kuat.

  •   Prinsip Bible: “Jagalah kepentingan orang lain, dan bukan hanya kepentingan diri kamu sendiri.”—Filipi 2:4.

 Luaskan pergaulan anda. Berusahalah untuk berkawan dengan orang yang lebih tua atau muda daripada anda, atau orang daripada budaya dan negara lain.

 Untuk maklumat lanjut tentang cara menjalin persahabatan yang akrab dengan orang lain, bacalah rencana dalam bahasa Indonesia yang bertajuk, Memuaskan Rasa Lapar akan Persahabatan.”

a Our Epidemic of Loneliness and Isolation: The U.S. Surgeon General’s Advisory on the Healing Effects of Social Connection and Community, 2023.