TERUSLAH BERJAGA-JAGA!
Orang Kristian dan Perang—Apakah yang Bible Katakan?
Semasa perang di Ukraine, banyak pemimpin agama Kristian menggalakkan orang untuk menyokong peperangan. Perhatikan bagaimana pemimpin gereja menyokong kedua-dua pihak yang berperang:
“Penghargaan dan penghormatan yang besar diberikan kepada semua tentera yang berjuang untuk melindungi tanah air Ukraine daripada penceroboh . . . Kami berdoa untuk anda dan menyokong anda dengan sepenuh hati.”—Metropolitan Epiphanius I dari Kyiv, menurut laporan The Jerusalem Post, 16 Mac 2022.
“Serangan Rusia terhadap Ukraine masih berterusan. Ketua Gereja Ortodoks Rusia mengadakan upacara di gereja untuk tentera Rusia pada hari Ahad. Dia menggalakkan mereka untuk mempertahankan negara kerana ‘hanya rakyat Rusia yang dapat berbuat demikian.’”—Reuters, 3 April 2022.
Adakah orang Kristian patut mengambil bahagian dalam perang? Apakah yang dikatakan Bible?
Apakah yang dikatakan Bible?
Catatan Bible menunjukkan bahawa pengikut Yesus yang sejati tidak terlibat dalam perang.
“Sarungkanlah pedangmu. Orang yang menggunakan pedang akan dibinasakan oleh pedang.”—Matius 26:52.
Adakah seseorang yang menyokong peperangan atau mengambil bahagian dalam perang benar-benar mentaati perintah Yesus?
“Aku memberi kamu satu perintah baharu: Kamu harus saling mengasihi. Sebagaimana aku sudah mengasihi kamu, kamu juga harus saling mengasihi. Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamulah murid-muridku.”—Yohanes 13:34, 35.
Yesus berkata bahawa kasih ialah tanda pengenal murid-muridnya. Adakah seseorang yang menyokong peperangan menunjukkan kasih sedemikian?
Untuk tahu lebih lanjut, sila baca rencana “Apakah Perang Sejalan dengan Kekristenan?” dalam bahasa Indonesia.
Adakah orang Kristian pada zaman ini patut mengambil bahagian dalam perang?
Orang Kristian tidak sepatutnya melibatkan diri dalam perang. Hal ini memang masuk akal. Bible kata bahawa “pada hari-hari terakhir,” iaitu pada zaman ini, orang daripada segala bangsa “tidak akan belajar berperang lagi,” seperti yang diajarkan Yesus.—Yesaya 2:2, 4.
Untuk belajar lebih banyak, bacalah siri rencana Menara Pengawal yang bertajuk, “Apakah Pandangan Tuhan tentang Perang?”
Tidak lama lagi, Yehuwa, a “Tuhan kedamaian,” akan menggunakan Kerajaan-Nya di syurga untuk menyelamatkan orang “daripada keganasan dan penindasan.”—Filipi 4:9; Mazmur 72:14.
Untuk mengetahui bagaimana Tuhan akan melakukannya, tontonlah video Apa Itu Kerajaan Tuhan?
a Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan.—Mazmur 83:18.