TERUSLAH BERJAGA-JAGA!
Perang dan Perubahan Cuaca Menyebabkan Krisis Makanan Global Semakin Parah—Apakah yang Bible Katakan?
Perang di Ukraine dan perubahan cuaca telah menyebabkan bekalan makanan di seluruh dunia terjejas dengan teruk. Hal ini berlaku terutamanya di negara-negara yang sedang membangun di mana ramai orang sukar mendapatkan makanan yang mencukupi.
“Penghasilan dan bekalan makanan terganggu akibat konflik, perubahan cuaca, kenaikan harga tenaga, dan hal-hal lain.”—António Guterres, setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 17 Julai 2023.
“Para pakar menjangkakan bahawa tindakan Rusia untuk menarik diri daripada perjanjian eksport bijirin akan membawa kesan yang lebih teruk kepada krisis makanan global. Harga makanan di negara-negara berpendapatan rendah, terutamanya di Afrika Utara dan Timur Tengah, akan terus meningkat.”—Atalayar.com, 23 Julai 2023.
Perhatikan apa yang Bible katakan tentang krisis makanan dan masa depan kita.
Bible menubuatkan krisis makanan
Yesus menubuatkan, ‘Satu bangsa akan menyerang bangsa yang lain, dan satu kerajaan akan menyerang kerajaan yang lain. Kebuluran akan terjadi di merata tempat.’—Matius 24:7.
Dalam Bible, di buku Wahyu ada menyebut tentang empat penunggang kuda simbolik. Salah satu penunggang kuda itu melambangkan peperangan. Dia diikuti oleh seorang lagi penunggang kuda yang melambangkan kebuluran, iaitu masa apabila makanan akan dicatu dan dijual dengan harga yang melampau. ‘Aku nampak seekor kuda hitam. Penunggangnya memegang sebuah dacing di tangan. Aku mendengar sesuatu yang kedengaran seperti suara berkata, “Satu kilogram gandum seharga upah sehari dan tiga kilogram barli seharga upah sehari juga.”’—Wahyu 6:5, 6, Alkitab Berita Baik.
Nubuat tentang krisis makanan ini sedang menjadi kenyataan. Dalam Bible, waktu ini dipanggil “hari-hari terakhir.” (2 Timotius 3:1) Untuk belajar lebih banyak tentang hari-hari terakhir dan empat penunggang kuda dalam buku Wahyu, tonton video Dunia Telah Berubah sejak 1914 dan baca rencana “Empat Penunggang Kuda—Siapakah Mereka?”
Bagaimana Bible dapat membantu
Bible mengandungi nasihat praktikal yang dapat membantu kita menghadapi situasi yang mencabar, termasuk harga makanan yang melambung tinggi atau kekurangan makanan. Lihat beberapa contoh nasihat sebegitu dalam rencana “Bagaimanakah Saya Dapat Hidup dengan Pendapatan yang Kurang Berbanding Dahulu?”
Bible juga memberi kita harapan bahawa situasi kita akan menjadi lebih baik. Terdapat janji dalam Bible yang menyatakan bahawa pada masa depan, “bumi akan melimpah dengan biji-bijian” dan semua orang akan mempunyai banyak makanan. (Mazmur 72:16) Untuk belajar lebih banyak tentang harapan dalam Bible dan mengapa anda dapat mempercayainya, bacalah rencana “Harapan Sejati bagi Masa Depan.”