Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

sinceLF/E+ via Getty Images

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Siapakah yang Akan Menyelamatkan Orang Awam?—Apakah yang Bible Katakan?

Siapakah yang Akan Menyelamatkan Orang Awam?—Apakah yang Bible Katakan?

 Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu:

  •   Dari 7-23 Oktober 2023, perang Gaza-Israel telah mengakibatkan lebih daripada 6,400 orang terkorban dan 15,200 lagi tercedera. Kebanyakan mangsa merupakan orang awam. Selain itu, ribuan orang terpaksa meninggalkan rumah mereka dan melarikan diri.

  •   Setakat 24 September 2023, perang antara Rusia dengan Ukraine telah mengakibatkan 9,701 orang awam terkorban dan 17,748 lagi tercedera di Ukraine.

 Apakah harapan yang Bible janjikan bagi mereka yang menderita akibat perang?

Harapan yang sejati

 Bible kata bahawa Tuhan akan “menghentikan peperangan di seluruh dunia.” (Mazmur 46:9) Dia akan menggunakan Kerajaan Tuhan, sebuah kerajaan di syurga, untuk menggantikan semua kerajaan manusia. (Daniel 2:44) Kerajaan Tuhan akan membawa kedamaian dan kelegaan kepada semua orang.

 Perhatikan apa yang akan dilakukan oleh Raja Kerajaan Tuhan, iaitu Yesus Kristus:

  •   “Dia akan menyelamatkan orang miskin yang berseru meminta tolong, dan dia akan membantu orang yang lemah dan orang yang diabaikan. Dia akan mengasihani orang yang miskin dan orang yang lemah, dan dia akan menyelamatkan nyawa orang yang papa kedana. Dia akan menyelamatkan mereka daripada keganasan dan penindasan.”—Mazmur 72:12-14.

 Melalui Kerajaan-Nya, Tuhan akan melenyapkan semua akibat buruk yang disebabkan oleh perang dan keganasan.

  •   “Dia akan menyapu semua air mata mereka, dan kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi. Perkara-perkara yang lama sudah lenyap.”—Wahyu 21:4.

 Kerajaan Tuhan akan bertindak tidak lama lagi dan membawa perubahan yang besar di bumi. Bible kata bahawa “peperangan di pelbagai tempat” akan berlaku dan nubuat ini sedang menjadi kenyataan sekarang. (Matius 24:6) Peristiwa ini dan peristiwa lain yang berlaku pada zaman ini menunjukkan bahawa kita sedang hidup “pada hari-hari terakhir” pemerintahan manusia.—2 Timotius 3:1.