TERUSLAH BERJAGA-JAGA!
Sinar Harapan bagi 2023—Apakah yang Bible Katakan?
Seraya kita melangkah ke tahun yang baharu, kita pasti mengharapkan masa depan yang lebih cerah bagi diri sendiri dan keluarga. Mengapakah kita boleh memandang ke masa depan dengan penuh harapan?
Bible memberikan harapan
Bible mengandungi berita baik bagi kita. Bible kata bahawa semua masalah yang kita hadapi sekarang hanyalah sementara dan akan dilenyapkan tidak lama lagi. Sememangnya, Bible “ditulis untuk mengajar kita, supaya kita memiliki harapan kerana Ayat-Ayat Suci melegakan hati kita.”—Roma 15:4.
Untuk belajar lebih banyak tentang harapan yang dijanjikan Bible, bacalah rencana “Harapan Sejati bagi Masa Depan.”
Harapan yang dapat membantu anda sekarang
Harapan dalam Bible “bagaikan sauh bagi kehidupan kita.” (Ibrani 6:19, nota kaki) Harapan itu menstabilkan kita, membantu kita menghadapi cabaran, tetap bersikap positif, dan memperoleh kebahagiaan yang berkekalan. Contohnya:
Lihatlah bagaimana harapan Bible membantu seorang lelaki yang bergelut dengan masalah ketagihan. Tontonlah video ‘Saya Jemu dengan Gaya Hidup Sendiri.’
Lihatlah bagaimana harapan Bible dapat membantu kita apabila orang tersayang kita meninggal. Tontonlah video Bantuan untuk Mereka yang Kehilangan Orang Tersayang.
Teguhkan harapan anda
Ramai orang mengharapkan hal-hal yang baik, tetapi mereka tidak tahu sama ada hasrat mereka akan tercapai atau tidak. Tetapi, harapan yang dinyatakan dalam Bible amatlah berbeza. Mengapa? Kerana janji-janji dalam Bible diberikan oleh Yehuwa, “Tuhan yang tidak dapat berdusta.” a (Titus 1:2) Selain itu, Yehuwa dapat “melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya” kerana Dia amat berkuasa.—Mazmur 135:5, 6.
Kami menjemput anda untuk belajar lebih lanjut tentang manfaat harapan Bible bagi anda. Dengan “mengkaji [Bible] dengan teliti,” anda juga dapat membina keyakinan terhadap janji-janjinya. (Kisah 17:11) Anda dialu-alukan untuk menyertai kursus pembelajaran Bible kami yang percuma. Mari kita melangkah ke tahun 2023 dengan penuh harapan!
a Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan.—Mazmur 83:18.