Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Tuhan Menjaga Orang Pekak

Tuhan Menjaga Orang Pekak

 Ada hampir 70 juta orang pekak di seluruh dunia. Terdapat lebih daripada 200 bahasa isyarat. Banyak orang pekak menggunakan salah satu jenis bahasa isyarat itu. Sedihnya, orang pekak selalu menderita kerana dilayan dengan buruk. Lihat apa yang dikatakan oleh persatuan-persatuan berikut:

  •   “Hak orang pekak dan orang yang ada masalah pendengaran di seluruh dunia sering diabaikan.”—Persatuan Kebangsaan Orang Pekak Amerika Syarikat.

  •   “Di negara yang sedang membangun, orang pekak ialah antara yang paling miskin. Mereka susah untuk dapatkan pendidikan, maklumat, dan kerja.”—Persekutuan Orang Pekak Sedunia.

 Apakah perasaan Tuhan tentang orang pekak? Apakah yang Bible katakan tentang orang pekak? Bagaimanakah Saksi-Saksi Yehuwa bantu mereka?

Pandangan Tuhan terhadap Orang Pekak

 Tuhan Yehuwa a sayang orang pekak dan ingin menjaga mereka. Dia mahu orang pekak dilayan dengan adil dan mendapat manfaat daripada ajaran Bible.

 Ayat Bible: “Jangan kutuk orang pekak.”—Imamat 19:14.

 Maksud: Undang-undang Yehuwa kepada orang Israel melindungi hak orang pekak.

 Ayat Bible: “Tuhan tidak berat sebelah.”—Kisah 10:34.

 Maksud: Yehuwa jaga dan sayang orang daripada semua bahasa, budaya, dan negara, termasuk orang pekak.

 Ayat Bible: “Yesus menjelajah ke semua kota dan pekan. Dia mengajar di rumah ibadat dan menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan.”—Matius 9:35.

 Maksud: Yesus datang ke bumi untuk ajar semua orang, termasuk orang pekak. Dia ajar orang tentang Kerajaan Tuhan dan apa Kerajaan itu akan lakukan.—Matius 6:10.

 Ayat Bible: “[Yesus] bahkan membuat orang pekak mendengar dan orang bisu bercakap.”—Markus 7:37.

 Maksud: Yesus tunjuk bahawa Kerajaan Tuhan boleh menyembuhkan orang pekak dan bisu, dan mereka boleh mendengar dan bercakap semula. Dalam kisah Bible ini, Yesus guna bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan seorang lelaki pekak. Selepas itu, Yesus sembuhkan lelaki itu dan dia boleh mendengar dan bercakap.—Markus 7:31-35.

 Ayat Bible: “Telinga orang yang tuli akan dapat mendengar.”—Yesaya 35:5.

 Maksud: Yehuwa kata bahawa pada masa depan, orang pekak boleh mendengar semula.—Yesaya 29:18.

Cara Saksi-Saksi Yehuwa Membantu Orang Pekak

 Saksi-Saksi Yehuwa kongsi mesej Bible yang bawa harapan kepada orang pekak di seluruh dunia. Apakah caranya? Kami menghasilkan Bible dan video-video untuk belajar Bible dalam lebih daripada 100 bahasa isyarat. Kami juga ajar orang tentang Bible dan mengadakan perjumpaan Kristian dalam bahasa isyarat. Semuanya percuma untuk orang yang mahu bantuan Tuhan. Mengapa? Kerana Yesus kata, “Kamu menerima secara percuma, jadi berilah dengan percuma.”—Matius 10:8.

 Anda boleh cari maklumat ini dalam talian atau muat turun ke dalam alat elektronik melalui cara berikut:

 JW.ORG. Klik ikon bahasa di bahagian atas laman jw.org untuk cari maklumat dalam bahasa isyarat yang anda gunakan.

 Aplikasi JW Library Bahasa Isyarat. Muat turun aplikasi percuma ini. Anda boleh tonton atau muat turun video bahasa isyarat.

Bantuan untuk Belajar Bible dalam Bahasa Isyarat

 Bible dalam bahasa isyarat. Bible Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam Bahasa Isyarat Amerika ialah Bible bahasa isyarat lengkap yang pertama di dunia. Sebahagian atau seluruh Bible Terjemahan Dunia Baharu kini tersedia dalam lebih banyak bahasa isyarat, dan angka ini terus bertambah setiap tahun. (Untuk lihat senarai bahasa isyarat atau tonton Bible dalam talian, sila lihat kotak “ Bible Terjemahan Dunia Baharu dalam Bahasa Isyarat.”)

  •   Tonton video Bible Terjemahan Dunia Baharu dalam ASL dan belajar tentang kerja yang dilakukan untuk menghasilkan Bible dalam bahasa isyarat.

  •   Muat turun aplikasi JW Library Bahasa Isyarat untuk cari dan tonton ayat Bible dengan mudah. Anda boleh pilih ayat yang ingin ditonton dalam Bible bahasa isyarat tertentu.

  •   Dmytro dan Vita ialah pasangan suami isteri yang pekak. Tapi, anak-anak mereka dapat mendengar dan bercakap. Lihat bagaimana keluarga mereka mendapat manfaat daripada menonton Bible bahasa isyarat setiap hari.

 Video tentang ajaran Bible. Saksi-Saksi Yehuwa ada video-video dalam bahasa isyarat untuk bantu orang belajar dan ikut nasihat Bible bagi . . .

 Kursus perbincangan Bible bersama seorang Saksi. Belajar tentang Bible dalam bahasa isyarat. Anda boleh belajar banyak atau sedikit dengan seorang guru Bible. Mohonlah kursus Bible ini, dan seorang Saksi akan tunjukkan bagaimana kursus percuma ini dilakukan.

 Jeson Senajonon tinggal di Filipina. Lihat bagaimana kursus perbincangan Bible telah bantu dia ada hubungan yang rapat dengan Tuhan.

 Mario Antúnez ialah seorang pastor gereja di Honduras. Baca tentang kisah Mario dan bagaimana dia mendapat jawapan kepada soalan-soalan tentang Bible dalam rencana ini, “Masih Ada Banyak Soalan yang Belum Terjawab.”

 Perjumpaan dan perhimpunan yang besar. Kami ada sidang dan kumpulan bahasa isyarat di seluruh dunia. Setiap minggu, orang pekak boleh berkumpul bersama-sama untuk belajar Bible dan menyembah Tuhan. Kami juga ada perhimpunan yang besar setiap tahun. Di perjumpaan dan perhimpunan Saksi-Saksi Yehuwa, terdapat penterjemahan dalam bahasa isyarat sentuhan bagi orang yang buta dan pekak. Kami juga menyediakan bahan bacaan bahasa Braille secara percuma.

 José Luis Ayala tinggal di Mexico. Dia dilahirkan pekak. Kemudian, dia menjadi buta. Lihat bagaimana dia menjadi seorang guru Bible yang mahir.

a Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan. (Mazmur 83:18) Lihat rencana “Siapakah Yehuwa?