Lompat ke kandungan

Ribuan Orang Belajar untuk Membaca dan Menulis

Ribuan Orang Belajar untuk Membaca dan Menulis

Pada tahun 2011, Saksi-Saksi Yehuwa telah membantu lebih daripada 5,700 orang untuk belajar membaca.

Ghana:

Sepanjang 25 tahun yang lalu, kami telah membantu lebih daripada 9,000 orang untuk belajar membaca dan menulis.

Zambia:

Sejak tahun 2002, hampir 12,000 orang telah meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Agnes yang berusia 82 tahun berkata, “Semasa kelas membaca dan menulis untuk sidang diumumkan, saya telah mendaftarkan diri. Semasa kelas pertama, saya belajar menulis nama sendiri!”

Peru:

Seorang pelajar yang berumur 55 tahun menulis, “Saya tidak pernah bayangkan saya dapat belajar membaca dan menulis. Ibu bapa saya tidak pernah hantar saya ke sekolah.”

Mozambique:

Lebih daripada 19,000 orang telah belajar untuk membaca sepanjang 15 tahun yang lalu. Seorang pelajar yang bernama Felizarda berkata, “Dahulu susah bagi saya untuk mencari dan membacakan ayat Bible kepada orang lain. Tetapi sekarang saya gembira kerana dapat melakukannya.”

Kepulauan Solomon:

Pejabat cawangan kami menulis, “Dahulu, banyak orang di kawasan terpencil tidak dapat pergi ke sekolah. Anak perempuan biasanya tidak menerima pendidikan di sekolah. Oleh itu, orang dewasa telah dibantu menerusi kelas membaca dan menulis. Selepas mengikuti kursus ini, ramai berasa lebih yakin pada diri sendiri.”