Lompat ke kandungan

JW.ORG​—Memperbaik Hidup Orang

JW.ORG​—Memperbaik Hidup Orang

Laman web jw.org telah membantu orang di serata dunia. Berikut merupakan beberapa surat penghargaan yang dikirimkan ke ibu pejabat Saksi-Saksi Yehuwa setakat Mei 2014.

Membantu Kanak-Kanak

“Anak kami yang masih di prasekolah selalu membawa balik pensel, alat mainan, dan bahkan cermin mata hitam kawan-kawannya. Sudah banyak kali kami mengajarnya bahawa perbuatan mengambil barang orang ialah mencuri dan mencuri itu salah, tetapi dia masih tidak faham. Setelah kami muat turun video Mencuri Itu Salah dari jw.org, dan menunjukkan video itu kepadanya, dia berkata bahawa dia akan memulangkan semua barangan yang dicurinya. Akhirnya usaha kami berjaya. Sekarang dia sedar bahawa mencuri itu salah di mata Tuhan. Laman web ini telah banyak membantu kami!”​—D. N., Afrika.

‘Video jw.org Mencuri Itu Salah membantu anak saya untuk sedar bahawa mencuri itu salah di mata Tuhan’

“Anak-anak saya suka laman web ini. Mereka muat turun video-video animasi yang mengajar mereka tentang prinsip-prinsip Bible. Mereka belajar bahawa bercakap bohong dan mencuri itu salah. Mereka juga belajar sifat-sifat baik yang membantu mereka untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna kelak.”​—O. W., Hindia Barat.

Membantu Para Pelajar

“Dulu, saya mahu berhenti sekolah kerana saya rasa sekolah itu membebankan. Tetapi saya ternampak satu rencana di jw.org yang bertajuk ‘Patutkah Saya Berhenti Sekolah?’ Rencana ini mengubah pandangan buruk saya terhadap sekolah. Saya sedar bahawa jika saya pergi ke sekolah, saya akan lebih bersedia untuk menghadapi masa depan dan menjadi orang yang bertanggungjawab.”​—N. F., Afrika.

“Nasihat yang diberikan kepada orang muda di laman web ini mengajar saya untuk berkelakuan baik di sekolah”

“Nasihat yang diberikan kepada orang muda di laman web ini mengajar saya untuk berkelakuan baik di sekolah. Saya belajar cara untuk berfokus kepada pelajaran saya dan tidak hilang tumpuan.”​—G., Afrika.

“Rakan kerja saya memberitahu saya bahawa anak perempuannya dibuli di sekolah oleh seorang pelajar perempuan. Anaknya berasa begitu takut sehingga tidak pergi ke sekolah selama beberapa hari. Saya memberitahu rakan kerja saya tentang beberapa cadangan daripada video Cara Berdepan dengan Pembuli di laman web jw.org. Dia suka cadangan tentang berjenaka untuk menenangkan situasi yang genting. Dia mengajar anaknya cara untuk berdepan dengan pembuli. Hasilnya, anaknya tidak begitu takut lagi dan dapat pergi ke sekolah. Situasi anaknya bertambah baik secara beransur-ansur, bahkan pelajar yang membulinya dahulu kini melayannya dengan lebih baik.”​—V. K., Eropah Timur.

Membantu Orang Muda

“Terima kasih untuk rencana tentang perbuatan melukai diri sendiri. Sudah lama saya berusaha untuk mengatasi masalah ini. Saya sangka saya seorang sahaja yang mengalami masalah ini dan orang lain tidak memahami perasaan saya. Contoh-contoh dalam rencana ini telah banyak membantu saya. Akhirnya, ada orang lain yang memahami perasaan saya!”​—Seorang wanita muda di Australia.

“Contoh-contoh dalam rencana ini telah banyak membantu saya. Akhirnya, ada orang lain yang memahami perasaan saya!”

“Laman web jw.org telah membantu saya mencari maklumat tentang isu-isu yang dialami oleh kaum muda. Satu rencana khususnya telah membantu saya mengetahui maksud gangguan seksual. Saya mula sedar bahawa saya ialah mangsa gangguan seksual dan telah mempelajari cara saya dapat mengatasi masalah itu dengan baik.”​—T. W., Hindia Barat.

Membantu Ibu Bapa

“Anak remaja saya ada masalah hiperaktif. Saya berasa sangat susah hati kerana dia tidak stabil dari segi emosi, dan sikapnya selalu berubah-ubah. Akibatnya, hubungan kami menjadi renggang. Pada suatu hari, saya melayari laman web jw.org dan melihat maklumat dalam bahagian untuk suami isteri dan ibu bapa. Saya telah menjumpai banyak rencana yang dapat membantu situasi saya dan mengajar saya cara untuk berkomunikasi dengan anak saya. Anak saya juga telah meraih banyak manfaat daripada laman web ini. Sekarang, dia bersikap lebih terbuka dan rela memberitahu saya apa yang membuat dia gembira dan apa yang membuat dia risau.”​—C. B., Afrika.

“Sering kali, semasa kami harus membantu anak-anak menghadapi sesuatu masalah, ada sahaja rencana di jw.org yang dapat membantu kami”

“Sebagai ibu bapa, laman web jw.org membantu kami mengajar anak kami dalam cara yang menyeronokkan. Sebagai contoh, animasi papan putih tentang cara untuk mencari sahabat sejati telah membantu anak-anak kami untuk mempunyai pandangan yang betul tentang persahabatan dan memilih sahabat yang baik. Sering kali, semasa kami harus membantu anak-anak menghadapi sesuatu masalah, ada sahaja rencana di jw.org yang dapat membantu kami. Laman web ini ada banyak maklumat yang baik.”​—E. L., Eropah.

Membantu Suami Isteri

“Saya dan isteri saya sudah berkahwin selama enam tahun. Seperti banyak pasangan suami isteri yang lain, kami menghadapi masalah kerana mempunyai cara berkomunikasi yang berbeza, latar belakang yang berbeza, dan pandangan yang berbeza. Sebuah rencana di jw.org tentang cara menjadi pendengar yang baik telah menarik perhatian saya. Setelah membaca rencana itu, saya memberitahu isteri saya tentangnya. Sekarang kami sedang berusaha untuk menerapkan cadangan dalam rencana itu dalam kehidupan kami.”​—B. B., Hindia Barat.

“Laman web ini telah menyelamatkan perkahwinan saya!”

“Saya telah bergaul dengan Saksi-Saksi Yehuwa selama setahun, dan saya amat bersyukur atas laman web jw.org. Saya telah belajar banyak perkara daripada laman web ini, seperti cara mengawal kemarahan dan cara menjadi suami dan bapa yang baik. Ya, laman web ini telah menyelamatkan perkahwinan saya!”​—L. G., Hindia Barat.

Membantu Orang Pekak

“Laman web jw.org telah menjadikan hidup saya lebih bermakna. Saya menjadi lebih fasih dalam Bahasa Isyarat Amerika dengan bantuan laman web ini. Dulu saya berasa bahawa saya tidak mempunyai tujuan hidup. Tetapi selepas menonton video Melihat Firman Tuhan dalam Bahasa Saya, hati saya tersentuh. Kini saya bertekad untuk berfokus kepada hal-hal yang positif dalam kehidupan saya.”​—J. N., Afrika.

“Laman web jw.org telah menjadikan hidup saya lebih bermakna”

“Laman web ini bagaikan permata yang sangat berharga. Saya seorang sukarelawan yang membantu orang pekak, khususnya mereka yang masih muda. Maklumat yang terdapat dalam bahasa isyarat telah membantu saya meningkatkan tahap penguasaan bahasa isyarat saya. Laman web ini juga mengandungi maklumat tentang cara mengeratkan hubungan keluarga dan mencari sahabat sejati, dan saya telah menggunakan maklumat ini untuk membantu orang lain.”​—K. J., Hindia Barat.

Membantu Orang Buta

“Laman web jw.org telah banyak membantu orang yang buta, seperti saya. Kehidupan keluarga saya menjadi lebih bermakna, dan saya dapat menjadi orang yang lebih berguna dalam masyarakat. Dulu saya perlu tunggu selama berbulan-bulan sebelum mendapat maklumat yang sama melalui pos. Tetapi kini, saya dapat menerima maklumat yang sama pada waktu yang sama dengan kawan-kawan saya yang dapat melihat.”​—C. A., Amerika Selatan.

“Kehidupan keluarga saya menjadi lebih bermakna, dan saya dapat menjadi orang yang lebih berguna dalam masyarakat”

“Bagi orang yang tidak dapat membaca Braille atau tidak mempunyai wang untuk membeli buku Braille, laman web jw.org sangat berharga. Melalui rakaman audio, orang yang buta dapat mempelajari pelbagai hal yang baru. Laman web ini dapat membantu orang daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kami yang buta berasa dihargai dan diterima oleh masyarakat.”​—R. D., Afrika.

Membantu Orang yang Mahu Mengenali Tuhan

“Tidak seperti laman web agama yang lain, laman web kamu tidak menghujani orang dengan istilah-istilah agama yang hanya dapat difahami oleh paderi. Maklumatnya jelas dan terus terang. Saya suka kerana maklumatnya tidak panjang lebar dan berbelit-belit sehingga membuat seseorang keliru. Laman web ini menunjukkan bahawa iman dapat dipupuk oleh semua orang, bahkan orang biasa.”​—A. G., Asia.

“Maklumatnya jelas dan terus terang . . . Laman web ini menunjukkan bahawa iman dapat dipupuk oleh semua orang, bahkan orang biasa”

“Hidup saya tidak bermakna jika tiada laman web jw.org. Dalam dunia yang gelap secara rohani, laman web ini bagaikan lampu yang dapat saya nyalakan. Saya dapat membaca dan mendengar rencana-rencana yang mengajar saya tentang pandangan Tuhan. Saya juga memperoleh jawapan kepada banyak soalan tentang kehidupan.”​—J. C., Hindia Barat.

“Saya menghargai semua bantuan rohani yang telah saya terima melalui laman web ini. Saya tinggal di kawasan pedalaman di Amerika Selatan. Tanpa laman web ini, saya pasti hilang arah.”​—M. F., Amerika Selatan.