Saksi-Saksi Yehuwa Menerima Penghargaan kerana Membantu Pendatang Asing
Sembilan orang Saksi-Saksi Yehuwa di Australia menerima sijil penghargaan kerana mereka memberikan banyak bantuan kepada para pendatang asing di salah satu pusat tahanan imigresen yang terbesar di Australia. Sijil penghargaan itu diberikan oleh Pusat Tahanan Imigresen Curtin yang terletak berdekatan Derby, Australia Barat. a
Setiap minggu, mereka melawat pusat tahanan itu untuk mendengar pengalaman para tahanan dan mengongsi mesej Bible yang memberikan kelegaan hati dan harapan. Christopher Riddoch, pegawai perhubungan keagamaan dan kebudayaan pusat itu, berkata, “Kesan baik kedatangan Saksi-Saksi Yehuwa dapat dirasai dengan serta-merta.” Dia berkata bahawa para tahanan lebih gembira dan keadaan emosi mereka bertambah baik setelah dikunjungi, kerana “mereka sedar bahawa ada orang lain yang prihatin terhadap mereka.”
En. Riddoch juga mengatakan bahawa sijil itu diberikan kepada Saksi-Saksi Yehuwa kerana mereka telah membantu para tahanan. Selain itu, dia mengatakan bahawa Saksi-Saksi Yehuwa itu telah memuliakan “keluarga mereka, sidang mereka, dan organisasi mereka.”
a The facility can hold up to 1,500 men.