Saksi-Saksi Yehuwa Menerima Penghargaan kerana Melindungi Alam Sekitar
Selama tujuh tahun berturut-turut, bangunan percetakan yang dikendalikan oleh Saksi-Saksi Yehuwa di Mexico menerima sijil Perusahaan Bersih.
Pada 26 September 2012, kerajaan Mexico telah menganugerahkan sijil penghargaan khas kepada Saksi-Saksi Yehuwa “kerana [mereka] berdedikasi terhadap pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar.”
Program Perusahaan Bersih membantu perusahaan-perusahaan agar beroperasi dengan cara yang mesra alam. Walaupun organisasi Saksi-Saksi Yehuwa merupakan pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan, mereka turut mengambil bahagian dalam program itu setiap tahun. Seorang jurucakap Saksi-Saksi Yehuwa untuk bahagian percetakan di Mexico berkata, “Untuk mendapat sijil Perusahaan Bersih, kami harus membuktikan bahawa prosedur kerja dan emisi perusahaan kami memenuhi peraturan alam sekitar tempatan dalam tujuh kategori, iaitu udara, air, sisa pembuangan, bahan buangan yang bahaya, keselamatan, tenaga elektrik, dan latihan memelihara alam sekitar. Meskipun industri perusahaan tidak diwajibkan untuk mengikuti program itu, kami mendaftar dengan sukarela.”
Saksi-Saksi Yehuwa di serata dunia berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjaga alam sekitar.