Lompat ke kandungan

Mempamerkan “Permata” di Botswana

Mempamerkan “Permata” di Botswana

Dari 22 hingga 28 Ogos 2016, Saksi-Saksi Yehuwa di Botswana, tempat letaknya lombong berlian terbesar di dunia, telah mempamerkan “permata” yang istimewa sempena pesta pengguna di situ. “Permata” yang dipamerkan mereka merangkumi bahan bacaan Bible, laman web jw.org, dan video yang membantu menguatkan ikatan keluarga.

Ibu bapa dan kanak-kanak yang melawat pameran itu sangat menggemari siri animasi Jadilah Sahabat Yehuwa, yang mengajarkan cara menerapkan prinsip Bible. Memandangkan video animasi dalam bahasa Setswana, iaitu bahasa kebangsaan Botswana, jarang didapati, ramai orang ingin tahu cara mendapatkan video itu.

Para pelawat dari seluruh pelosok Botswana telah mengambil kira-kira 10,000 naskhah bahan bacaan, dan 120 orang telah meminta pembelajaran Bible yang percuma. Ramai orang kagum semasa melihat para Saksi daripada sidang bahasa Inggeris dan Setswana bekerjasama di pesta itu.

Semasa pihak pengurus pesta itu melihat pondok dan pameran, mereka memberi Saksi-Saksi Yehuwa hadiah utama.