Lompat ke kandungan

Galeri Foto Britain 6 (Mac hingga Ogos 2018)

Galeri Foto Britain 6 (Mac hingga Ogos 2018)

Dalam galeri foto ini, anda akan melihat kemajuan projek pembinaan pejabat cawangan baharu Saksi-Saksi Yehuwa di Britain dari Mac hingga Ogos 2018.

  1. Bangunan Pengeluaran Utara

  2. Bangunan Pengeluaran Selatan

  3. Bangunan Pejabat

  4. Kediaman A

  5. Kediaman B

  6. Kediaman C

  7. Kediaman D

  8. Kediaman E

  9. Kediaman F

8 Mac 2018—Tapak pembinaan bagi pejabat cawangan

Pasukan alam sekitar menguji tahap pH air di sebuah kolam takungan yang dibina berdekatan dengan pintu masuk utama. Ujian ini memastikan supaya air itu tidak tercemar.

13 Mac 2018—Kediaman B

Seorang pekerja sukarela belajar cara untuk memasang panel pelindung cuaca. Dinding luar Kediaman B dibina dengan panel ini yang dilapisi dengan penebat dan papan bercorak bata.

5 April 2018—Bangunan Pengeluaran Selatan

Sebuah jentera pemadat sedang memampatkan tanah supaya jalan raya dapat diturap. Jalan ini menghubungkan Bangunan Pengeluaran Selatan dengan semua bangunan lain.

1 Mei 2018—Bangunan Pejabat

Pandangan atas dari bahagian barat laut. Kren menara di bahagian depan foto terletak di lobi bagi kompleks pejabat. Di sebelah kanan kren itu ialah lantai konkrit bagi Bangunan Pejabat, dan di sebelah kirinya pula ialah asas bagi dapur, ruang makan, dan auditorium. Dek pemerhatian di bahagian atas sebelah kanan telah dipindahkan untuk memberi pelawat pemandangan panorama tapak pembinaan.

9 Mei 2018—Bangunan Pejabat

Rangka bumbung keluli dipasang agar bumbung bagi dapur, ruang makan, dan auditorium untuk kompleks pejabat dapat dibina.

14 Mei 2018—Bangunan Pejabat

Salah seorang ahli pasukan alam sekitar memerhatikan kerja penggalian yang dijalankan di sekitar sebuah pokok. Ahli landskap memasang pagar di sekeliling pokok itu untuk melindungi akarnya. Kegiatan pembinaan dilarang di sesetengah kawasan yang berpagar supaya akar pokok-pokok lain juga dilindungi.

24 Mei 2018—Kediaman E

Seorang ahli landskap memasang rumput di pinggir laluan pejalan kaki. Kayu-kayu kecil juga ditancapkan sehinggalah akar rumput itu tumbuh.

19 Jun 2018—Kediaman D

Seorang pekerja mengecat nombor di panel kayu yang terletak di tingkat tiga. Sebulan selepas itu, para pekerja pembinaan mula berpindah ke Kediaman D.

20 Jun 2018—Bangunan Pejabat

Kontraktor memasang panel dinding konkrit yang akan menjadi dinding untuk ruangan tangga.

26 Jun 2018—Bangunan Pejabat

Kumpulan pemasang dinding (drywall) menaiki lif untuk memasang rangka dinding koridor pada siling. Di sebelah kanan, sekumpulan pekerja menggunakan mesin untuk menaikan sistem HVAC semasa pemasangan.

10 Julai 2018—Bangunan Pejabat

Dua orang pekerja sedang memasang rangka bagi paip di kawasan yang bakal menjadi lobi bagi kompleks pejabat.

10 Julai 2018—Bangunan Pengeluaran

Para pekerja memasang sistem saliran air di antara Bangunan Pengeluaran Utara dan Bangunan Pengeluran Selatan.

17 Julai 2018—Bangunan Pejabat

Kontraktor meletakkan kepingan konkrit yang membentuk tembok rendah di sekeliling bumbung ruang makan. Koridor di bawah menuju ke bangunan Kediaman A.

19 Julai 2018—Bangunan Pengeluaran Selatan

Rangka keluli sedang dipasang. Bangunan ini akan digunakan sebagai bengkel dan pejabat.

2 Ogos 2018—Tapak bagi pejabat cawangan

Pandangan atas dari barat laut. Di bahagian tengah kanan foto, rangka keluli bagi Bangunan Pengeluaran Selatan sudah siap dipasang dan dindingnya sedang dibina. Di bahagian depan foto, Bangunan Pengeluran Utara sedang dibina, dan kawasan di hadapan bangunan itu sudah diturap. Di bahagian tengah kiri foto, terletak kompleks pejabat, dan di belakangnya ialah bangunan kediaman.

3 Ogos 2018—Kediaman

Pandangan atas dari sebelah timur semasa matahari terbit. Di bahagian depan foto, bangunan Kediaman D, E, dan F sudah siap dibina. Kediaman C pula dijadualkan siap pada bulan Oktober.

7 Ogos 2018—Bangunan Pejabat

Para pekerja sedang membina dinding kolam dengan menggunakan batu kapur. Kolam ini akan mengindahkan laluan masuk ke kompleks pejabat. Di belakang kolam ini, ada pokok-pokok.

7 Ogos 2018—Bangunan Pejabat

Para tukang kayu memasang HVAC dan lampu-lampu pada siling pejabat. Pejabat ini akan digunakan untuk mengatur kerja dan jadual bagi setiap kumpulan pembinaan.

21 Ogos 2018—Bangunan Pejabat

Panel konkrit dipasang pada Bangunan Pejabat. Penggunaan panel konkrit ini dapat mempercepatkan kerja pembinaan. Jadi, kerja pemasangan ini dapat disiapkan pada hujung bulan Ogos. Tingkap-tingkap yang besar membolehkan lebih banyak cahaya matahari memasuki pejabat. Rekaan tingkap ini juga dapat mengurangkan pantulan cahaya matahari semasa musim sejuk dan pengumpulan haba semasa musim panas.

24 Ogos 2018—Bangunan Pejabat

Pekerja bersedia untuk menutup rangka bumbung ruang makan dan kawasan auditorium. Dinding ini dapat mengurangkan bunyi bising apabila kedua-dua ruangan ini digunakan pada masa yang sama.