Lompat ke kandungan

Perpustakaan Mudah Alih

Perpustakaan Mudah Alih

Pada 7 Oktober 2013, Saksi-Saksi Yehuwa telah mengeluarkan aplikasi untuk alat mudah alih yang dipanggil JW Library. Aplikasi ini membantu kita untuk membaca dan mempelajari Bible. Aplikasi ini juga mengandungi enam terjemahan Bible dalam bahasa Inggeris, termasuk King James Version dan New World Translation of the Holy Scriptures terbitan 2013. a

Mengapakah Dihasilkan?

Berjuta-juta orang menggunakan telefon pintar, tablet, dan alat mudah alih semasa bekerja dan untuk berkomunikasi. Memandangkan mereka boleh mencari maklumat mengenai Bible dari jw.org, mengapakah aplikasi JW Library dihasilkan?

Pertama, aplikasi ini tidak menggunakan Internet selepas dimuat turun. Kedua, aplikasi ini direka khas untuk membantu orang membaca dan mempelajari Bible dengan lebih mendalam.

JW Library Membantu Orang Belajar Bible

Selepas dimuat turun, JW Library akan memaparkan senarai buku Bible. Selepas memilih buku Bible yang dihendaki, bab-bab dalam buku itu akan disenaraikan. Hal ini membolehkan seseorang untuk mencari ayat Bible dalam beberapa saat sahaja. Aplikasi ini juga mengandungi ciri-ciri berikut:

  • Nota kaki yang mengandungi maklumat tambahan

  • Rujukan kepada ayat-ayat Bible lain yang berkaitan

  • Fungsi pencarian yang menunjukkan semua ayat Bible dengan perkataan atau frasa yang dicari

  • Rangka kandungan pada permulaan setiap buku Bible

  • Senarai buku-buku dalam Bible, penulisnya, tempat dan masa selesai ditulis, serta masa yang diliputi

  • Peta, carta, garis masa, dan gambar rajah yang berwarna

Seperti bahan lain yang dihasilkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa, JW Library adalah percuma. Aplikasi ini disokong oleh sumbangan sukarela. Aplikasi ini sudah dimuat turun lebih daripada sejuta kali. (2 Korintus 9:7) Cubalah aplikasi ini sekarang dan raihlah manfaat daripadanya!

a Pada Januari 2014, aplikasi ini dikemaskinikan. Ayat harian serta buku lagu Saksi-Saksi Yehuwa ditambahkan. Buat masa sekarang, aplikasi ini hanya terdapat dalam bahasa Inggeris.