Lompat ke kandungan

JW.ORG Disediakan dalam Lebih daripada 300 Bahasa!

JW.ORG Disediakan dalam Lebih daripada 300 Bahasa!

Apabila anda melayari jw.org, anda akan mendapati bahawa laman web ini disediakan dalam lebih daripada 300 bahasa. Hal ini adalah sesuatu yang belum pernah dicapai oleh laman web yang lain!

Mari kita bandingkan jw.org dengan laman web yang lain. Menjelang Julai 2013, laman web Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tersedia dalam enam bahasa. Laman web rasmi Kesatuan Eropah yang dikenali sebagai Europa, tersedia dalam 24 bahasa. Google dan Wikipedia pula masing-masing terdapat dalam 71 bahasa dan 287 bahasa.

Banyak masa diperlukan untuk menterjemahkan laman web ini ke dalam lebih daripada 300 bahasa! Kerja ini dilakukan oleh ratusan Saksi-Saksi Yehuwa di serata dunia yang ingin memuji Tuhan Yehuwa. Mereka bekerja secara berkumpulan untuk menterjemahkan teks bahasa Inggeris ke dalam bahasa yang lain.

Laman web jw.org mengandungi banyak maklumat yang telah diterjemahkan ke dalam lebih daripada 300 bahasa. Jumlah halaman yang diterjemahkan bagi laman web ini adalah lebih daripada 200,000!

JW.ORG bukan sahaja disediakan dalam banyak bahasa tetapi laman web ini juga sangat popular. Perhatikan kajian Syarikat Alexa mengenai jumlah orang yang melayari laman web bagi kategori “Agama dan Kerohanian.” Kira-kira 87,000 laman web tergolong dalam kategori ini, termasuk laman web bagi agama-agama yang terkemuka dan laman web syarikat yang menerbitkan buku agama. Pada Julai 2013, hasil kajian Syarikat Alexa menunjukkan bahawa laman web jw.org menduduki tempat yang kedua! Manakala laman web yang paling banyak dilayari ialah laman web komersial yang menyediakan pelbagai jenis terjemahan Bible dalam talian.

Menjelang Oktober 2013, secara purata, lebih daripada 890,000 orang melayari laman web jw.org setiap hari. Kami akan terus menyediakan maklumat praktikal berdasarkan Bible secara percuma bagi orang di serata dunia.