Menara Pengawal Edisi Mudah
Pada Julai 2011, edisi mudah bagi majalah Menara Pengawal bahasa Inggeris mula dikeluarkan. Tempoh percubaan yang ditetapkan bagi majalah ini ialah setahun. Selepas tempoh percubaan tamat, keputusan telah dibuat untuk terus menerbitkan edisi mudah bagi majalah ini.
Bermula pada Januari 2013, edisi mudah bagi majalah ini juga tersedia dalam bahasa Perancis, Portugis, dan Sepanyol.
Edisi mudah direka untuk membantu orang yang menghadiri perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa dalam bahasa Inggeris. Namun, bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda mereka.
Sejak terbitan pertama edisi mudah dikeluarkan, banyak orang telah menulis surat untuk menunjukkan penghargaan mereka. Misalnya Rebecca dari Liberia, yang berusia 64 tahun dan tidak pernah bersekolah, menulis, “Saya sedang belajar untuk membaca. Kadangkala saya membaca majalah Menara Pengawal, tetapi saya langsung tidak faham. Saya sangat suka edisi mudah kerana saya dapat faham isi majalah itu.”
Banyak ibu bapa menggunakan edisi mudah untuk membantu anak mereka membuat persediaan bagi salah satu perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa, iaitu pembelajaran majalah Menara Pengawal.
Rosemary, yang membesarkan tiga orang cucunya, menulis, “Belajar Menara Pengawal dengan cucu saya memang mencabar. Kami perlu selalu menggunakan kamus untuk mencari makna bagi perkataan. Kami meluangkan banyak masa untuk memahami sesetengah ungkapan sehingga cucu saya tidak tahu isi penting rencana itu. Tetapi, dengan adanya edisi mudah, kami sekarang ada lebih banyak masa untuk memahami ayat Bible dan kaitan ayat tersebut dengan rencana.”