Lompat ke kandungan

Siaran Web Meliputi Seluruh Dunia

Siaran Web Meliputi Seluruh Dunia

Pada Sabtu, 5 Oktober 2013, seramai 257,294 orang dari 21 negara telah menghadiri mesyuarat tahunan Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania yang ke-129. Sesetengah daripada jumlah hadirin mendengar program ini menerusi siaran web secara langsung. Pada hujung minggu tersebut, Saksi-Saksi yang lain pula menonton rakaman bagi program itu. Jadi, seramai 1,413,676 orang dari 31 negara telah menghadiri program itu. Angka ini melebihi jumlah hadirin seramai 1,327,704 orang bagi program istimewa yang diadakan di Mexico dan Amerika Tengah pada 28 April 2013. Oleh itu, mesyuarat tahunan 2013 ialah perhimpunan Saksi-Saksi Yehuwa yang terbesar.

Sejak tahun 1920-an, Saksi-Saksi Yehuwa telah menyiarkan program konvensyen kepada orang di serata dunia menerusi talian telefon dan rangkaian radio. Seorang Saksi di Amerika Syarikat yang bernama William mempunyai pengalaman sebegini. Pada tahun 1942, dia telah mendengar program konvensyen yang diadakan di Richmond, Virginia menerusi telefon. Setelah menikmati program mesyuarat tahunan 2013, William berkata, “Kamu akan mendapat lebih banyak manfaat jika kamu dapat menontonnya juga. Inilah cara yang terbaik.” Dengan adanya teknologi Internet, orang dari tempat yang jauh dapat mendengar dan menonton program secara langsung atau menerusi rakaman.

Mereka yang bekerja di pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa yang berlainan telah menggunakan lebih daripada setahun untuk membuat persiapan bagi siaran web ini. Mereka telah meluangkan banyak masa untuk melakukan kerja ini. Pada hujung minggu bagi program mesyuarat tahunan, para juruteknik akan mengawasi siaran program dari pusat kawalan di Brooklyn, New York. Mereka bertugas sepanjang masa kerana program ini disiarkan di lokasi yang terletak di 15 zon waktu yang berbeza. Ryan salah seorang juruteknik berkata, “Walaupun kami tidak cukup tidur, kami tahu bahawa program ini akan membawa manfaat kepada banyak orang. Hal ini memang berbaloi.”

Menonton program di Katherine, Northern Territory, Australia