Lompat ke kandungan

Lawatan Bethel

Kami mengalu-alukan anda untuk melawat pejabat cawangan kami, yang dikenali ramai sebagai Bethel. Sesetengah pejabat kami juga mempunyai pameran tanpa pemandu.

Lawatan Disambung Semula: Di banyak negara, lawatan ke pejabat cawangan kami telah disambung semula sejak 1 Jun 2023. Sila hubungi cawangan yang ingin anda lawat untuk mendapatkan butiran. Sila jangan lawat jika anda diuji positif COVID-19, mempunyai tanda-tanda selesema, atau baru-baru ini terdedah kepada seseorang yang positif COVID-19.

Afrika Selatan

Maklumat Lawatan

Buat Tempahan

Lihat atau Ubah Tempahan

Muat Turun Brosur Lawatan

Pameran

Pusat Pelawat Bahagian Pengurusan: Sebilangan video membantu anda melihat apa yang berlaku di balik tabir Bethel dan bagaimana Bethel menyokong ibadat kita.

Pusat Pelawat Bahagian Percetakan 2: Video-video menunjukkan faedah menterjemahkan dan mencetak bahan bacaan ke dalam bahasa tempatan. Terdapat bahagian yang membolehkan anda melihat mesin percetakan dari atas. Pameran Bible menunjukkan bagaimana nama Tuhan digunakan dalam Bible dalam beberapa bahasa tempatan.

Pusat Pelawat Bahagian Percetakan 3: Terdapat bahagian yang membolehkan anda melihat seluruh bahagian penghantaran dari atas, dan terdapat pameran dengan data yang menunjukkan destinasi bahan bacaan yang telah dibungkus. Video-video menunjukkan pembinaan Dewan Perjumpaan dan kerja penghantaran serta penghasilan bahan bacaan audio dan video.

Maklumat Tambahan: Anda boleh menaiki bas perantara untuk pergi dari satu lokasi pelawat ke lokasi pelawat yang lain. Pelawat boleh menikmati makanan tengah hari yang dibawa masing-masing di Kawasan Rehat Pelawat.

Alamat dan Nombor Telefon

Dapatkan Arah