Lompat ke kandungan

Melegakan Orang Lain walaupun Menghadapi Masalah Kesihatan

Melegakan Orang Lain walaupun Menghadapi Masalah Kesihatan

 Clodean, yang merupakan seorang Saksi-Saksi Yehuwa di Afrika Selatan, telah dimasukkan ke dalam hospital bagi pembedahan besar. Dia menghidap banyak masalah kesihatan dan perlu membuat keputusan mengenai rawatannya. Sebelum dan selepas pembedahan itu, dia mengalami keletihan, rasa sakit, dan juga stres. Hampir 10 minggu selepas dia pulang ke rumah, dia masih tidak dapat duduk. Bukan itu sahaja, disebabkan pandemik COVID-19, dia tidak dapat menerima tetamu.

 Clodean enggan berasa kasihan terhadap diri sendiri, jadi dia meminta Tuhan memberi dia kekuatan untuk melegakan orang lain. Sebaik sahaja dia dapat duduk, dia menghubungi adik jirannya yang pernah belajar Bible dengan Saksi dahulu. Clodean mengongsi mesej Bible yang melegakan yang mendorongnya untuk menyambung pembelajaran Bible. Clodean juga menjelaskan manfaat menghadiri perjumpaan, dan membantu pelajarnya menyertai perjumpaan melalui persidangan video. Pelajar itu bahkan memberikan komen semasa perjumpaan.

 Kemudian, Clodean bercakap kepada adik pelajarnya, yang juga minat untuk belajar Bible. Dia turut memberitahu Clodean tentang orang lain yang mungkin berminat mengenai Bible. Hasilnya, Clodean dapat memulakan pembelajaran Bible dengan empat lagi wanita. Namun, kisah Clodean belum berakhir!

Clodean

 Oleh sebab Clodean selalu menunjukkan keprihatinan kepada orang lain, dia mendapat 10 lagi pelajar Bible. Secara keseluruhan, dia telah memulakan 16 pembelajaran Bible semasa pandemik! Ada antara mereka yang menyertai perjumpaan melalui persidangan video secara tetap. Oleh sebab Clodean tetap sibuk membantu orang lain belajar tentang Yehuwa, dia tidak berfokus kepada masalahnya sendiri. Dia juga dapat merasai bagaimana Tuhan Yehuwa melegakan hatinya. Hasilnya, dia juga dapat melegakan orang lain.—2 Korintus 1:3, 4.

 Apakah perasaan pelajar Bible Clodean tentang apa yang mereka pelajari? Salah seorang daripada mereka kata, “Saya dapat banyak manfaat, tapi yang paling saya hargai ialah saya dapat mengenali nama Tuhan. Ini telah membantu saya menghampiri Yehuwa.” Wanita pertama yang dihubungi oleh Clodean pula sedang buat kemajuan untuk dibaptis. Sememangnya, pengalaman ini telah memberi Clodean sukacita yang besar. Dia juga telah sembuh daripada pembedahannya.